PRODUK SHAKLEE TIDAK SELAMAT?

27.2.15 Suria Lekatlekit 5 Comments

Kontroversi produk shaklee ni aku pernah baca firstly pasal konon menyumbang pada ekonomi Yahudi.. Lepas tu senyap. Beriya la sipolan2 tu ajak boikot tapi maybe kekurangan fakta sahih so tak bagi kesan la kot sebab tu pentingnya fakta untuk menyebarkan sesuatu. Macam boikot Mc Donald dulu.. Banyak fakta menjurus kepada bukti yang mengatakan Mc Donald menyumbang pada dana untuk Yahudi maka boikot tu agak berkesan biar untuk tempoh sementara. At least bagi peringatan pada pihak lawan jugak..

Sumber google

Tak lama jugak la.. tapi takde la baru dua tiga hari ni. Aku ada baca post blogger popular yang kias2 nak bagitau produk shaklee ni tak selamat. Masa tu aku pun jadi cuak jugak sebab aku antara pengguna produk shaklee & anak aku pun aku sumbat vitamin produk shaklee jugak. Tengok pada botol ada kelulusan KKM jadi aku letak keyakinan tu pada KKM & aku letak pergantungan aku kepada Allah.. Lagipun hanya statement yang keluar dari seorang kita tak boleh ambil sebagai fakta sahih. Nak lebih kesahihan, rujuk la mereka yang pakar.

So, aku tawakal je la pada Allah sebab vitamin shaklee sangat2 membantu dalam perkembangan anak aku yang ada delay ni. Aku rasa aku perlukan produk ni. Lepas 3 bulan aku bagi anak aku omega guard aku nampak banyak progress dia.. Paling awal kesan aku nampak adalah selepas seminggu bagi omega guard.. anak aku boleh baca ABC sampai Z.. lepas tu boleh kira one to ten.. lepas tu boleh sebut banyak perkataan & boleh buat ayat guna dua patah perkataan & boleh menyanyi lagu abc walau tak betul sangat & mula meniru perkataan yang aku sebut atau dia dengar kat tv. Dah kenal gambar2 kat flashcard even tak semua tapi dia boleh ingat. Contoh macam jam.. dia belajar kenal jam dari flash card tapi kalau cakap jam dia tak kenal kena sebut watch sebab dia belajar kat flash card bahasa English. Bila dia tengok orang pakai watch so dia tahu itu watch. Tu antara kesan2 selepas aku bagi Omega guard pada anak aku selama 3 bulan ni. Kanak kanak yang mengalami speech delay ni.. memang ada masalah dengan pertuturan, so sebagai mak bapak kita usaha selain berdoa kepada Allah. Sebab yang menyembuhkan adalah Allah.. tapi tak boleh duduk tadah tangan je tak buat apa2 kan.


Sebelum ni pun aku ada bagi supplement dari produk lain tapi tak berapa nampak kesan dari segi pertuturan & pemahaman.. Tapi Allhamdulillah.. semua yang berlaku dengan izin Allah yang menggerakkan hati aku untuk cuba Omega Guard ni. Pada mereka yang ada anak yang mengalamani masalah lewat perkembangan tu boleh la cuba sebagai ikhtiar. Harga dia memang RM100++ (ikut pada pengedar la.. kena pandai survey sebab setiap pengedar harga dia tak sama).. Tapi untuk sebotol tahan 3 bulan kalau bagi sebiji sehari. Macam kanak2 ni memang sebiji sehari je. Omega guard sebenarnya bukan hanya untuk merangsang otak & perkembangan kanak kanak ni malah boleh di ambil oleh seisi keluarga sebab banyak khasiat lain lagi mengikut masalah yang orang tu hadapi & jugak boleh di amalkan bagi mereka yang nak kuruskan badan. Kalau berminat nak tau apa fungsi Omega guard boleh tanya pengedar shaklee. Aku ni pengguna jer.. bukan pengedar.

Jadi sesiapa nak cuba Omega Guard untuk merangsang perkembangan otak anak anak ni boleh la cari mana pengedar untuk consultant. Yang ada anak austisme @ slow learner pun boleh cuba.  Insya Allah.. usaha doa & tawakal.

P/S : Sekadar berkongsi kebaikkan dengan orang lain.

5 comments:

  1. Kathy baru nak try alfalfa dan vit C sis..

    ReplyDelete
  2. saya amik ESP..anak amik mealshake..tak habis-habis lagi tu..

    ReplyDelete
  3. Pernah cuba sekali je... Lpas tu dh tak amik dh... Sy amalkn supplement keluaran produk tempatan sahaja..

    ReplyDelete
  4. saya bermula sebagai pengguna dalam setahun sebelum jadi pengedar. sebab sangat sukakan kesan yang dia bagi..sangat sangat suka..bak kata orang tak kenal maka tak cinta kan..hehe..dengan niat nak tolong lebih ramai orang untuk sihat dan share kebaikan sy daftar jadi ahli dan jadi pengedar..seronok sangat bila dapat tolong org..tapi yang paling penting kita sendiri kena yakin dengan apa yg kita amalkan..InsyaAllah Allah lancarkan jalan 😊

    ReplyDelete
  5. Pernah dengar suatu masa dahulu yang produk ni tak diiktiraf oleh FDA tapi sebab tak pernah ambil makanya tak ambil port pun samada betul ke tidak. Kalau dulu ramai juga yang mengedar Shaklee ni lepas tu senyap. Bila akak mula berblogging ni, start tengok ramai orang bercerita pasal Shaklee. Ke sebab akak memang tak aktif dalam media sosial makanya tak tahu perkembangan produk Shaklee sekarang ni.

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!