KEDAI BORONG BANGLA KEREK

3/17/2015 11:56:00 AM suria lekatlekit 16 Comments

Tudia.. rare tak nama kedai ni? Confirm hangpa cari guna gps tak jumpa punya. Aku sorang ja tau kat mana kedai borong bangla kerek ni. Nama pun kemain kerek.. gamaknya barang2 yang dia jual kerek ke tidak?

Sekadar hiasan

Alkisah sabtu lepas saja nak pi beli mainan berilmiah untuk anak aku... Aku ni mana pernah beli mainan anak aku kat tempat memahal.. Tak main la beli kat ToysRus katanya.. tak rare sangat hahahhaa... Aku kalau tak beli kat kedai RM2, kat kedai Mr DIY.. mesti aku beli kat kedai borong bangla kerek ni.. kedai borong ni kat KL.. aku tak sure nama kedai dia apa.. Tapi kat situ pekerja dia semua bangla.. kerek2 belaka.. tapi tu dulu. Sekarang ni aku pergi dah tak berapa kerek sangat dah.... Tapi tetap aku panggil kedai bangla kerek. Sebab asben aku pun kalau nak bagitau aku kedai tu dia pun sebut kedai borong bangla kerek... hahahahaha

Semalam pergi membeli belah sempena nak sambut kedatangan GST tak lama lagi.. beli la 6 jenis mainan anak aku antaranya learning arabic tablet, laptop abc & song & musical instrument box, satu bunga berlampu dengan kipas berlampu dan beberapa barang lain asben aku punya.. semua harga cuma RM51 sahaja. Kalau kat DIY aku tengok musical instrument tu harga boleh tahan sebab harga dia dua angka jugak.. tapi beli kat kedai borong bangla kerek ni tak sampai pun RM10. dalam RM5++ ja... nama pun kedai borong even tak beli borong tetap harga runcit dia murah.

3 dari 6 mainan yang sempat rembat lepas bayar kat kedai bangla kerek. Yang budak lala pegang tu semalam dah kena lemaskan dalam air tapi Alhamdulillah masih berfungsi dengan baik lepas di keringkan. Ok la tu rega dalm RM5++ je

Kedai tu segala mak nenek ada.. tak tau nak cerita barang dia jual. Kedai borong la katakan.. memang murah sangat. Ramai peniaga memborong kat situ.. kedai dia agak terpencil maybe tak ramai yang tahu.. Tapi aku ni takde skill meniaga barang... aku cuma reti jual ayat jer... Jadi aku selalu pergi beli barang2 keperluan sendiri je la. Nak beli barang dapoq pun banyak.

Orang macam aku ni.. Tak mampu nak shopping kat Ikea apatah lagi makan meatball lepas tu upload kat IG & FB.. jenjalan boleh la katanya. So, memang asben aku terer la kalau bab2 kedai borong ni. Mesti ramai nak tau kedai tu kat mana kan? meh la bodek aku.. kalau aku tergoda dengan bodekkan korang.. Aku akan interview laki aku siap plan ke kedai borong bangla kerek tu sebab aku sendiri pun tak tau nak habaq lokasi dia even banyak kali pergi tapi aku ada penyakit lemah ingat tempat & jalan... hahahaha

16 comments:

  1. akak tak pandai bodek tapi nak mintak jugak jasa baik.. pm lokasi dan landmark yg terhampir dgn pasar borong bangla kerek ni. pantang dgr ada brg dapur.. rasa cam menggelupurrrr... hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. ok nanti kita free2 kita gosip2 pasal kedai ni yer hehehehe

      Delete
  2. wah..bagus jugak kedai ni sis..macam2 ada ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang bagus nak2 lagi untuk orang pompuan hahahaha

      Delete
  3. Lala boleh jadi geng Mikhail la..semua mainan nak bagi mandi..pertama dan terakhir kali beli kereta yang guna bateri adalah 2 bulan lepas..lepas tengok kejadian dia bagi mandi kereta tu terus tak beli dah..kalau beli kereta ,beli yang kena tolak sendiri tu..hahahha

    ReplyDelete
    Replies
    1. lala ni kalau mandi penuh mainan dia angkut masuk bilik air.. semua dia bagi mandi..

      Delete
  4. Suria, jangan cakap macam tu. Belum rezeki Suria lagi. Nanti dah murah rezeki, hari-hari boleh pergi makan kat ikea tu. Sampai muak pulak dibuatnya.

    ReplyDelete
  5. Salam. Hee seronok tengok anak anak mak bermainan.

    ReplyDelete
  6. Kak alin pun penah pegi kedai mainan bangla kerek kat kl...aemua pekerj bangla yg bajet mcm dia plak bos...kalau x psl murah...mmg tak.jejak dah

    ReplyDelete
  7. Laaaa... kenapa tak cakap terus terang jerk kat mana kedai bangla kerek ni. Mana tau akak tersesat jalan, sampai ke kedai ni. Dah taulah berapa nak bajet.

    Ini rupanya entri yang mengundang kepiluan di hati tu.... Hahaha....

    Takpalah Suria, janji dapat shopping lagi. Harga belakang kira. Yang penting kita happy *_*

    ReplyDelete
  8. kt mana kedai tu yer..dah lama cari tp belum jumpa tptnya..kalau blh bgtahu la yer..terima kasih

    ReplyDelete
  9. kat mane ye kedai ni,ce la cite, hehehe

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com