10 SPESIS HANTU MELAYU PALING SERAM & POPULAR

4/02/2015 08:33:00 PM suria lekatlekit 6 Comments

Tu dia malam jumaat katanya kita cerita seram. Almaklum la di kalangan orang2 Melayu malam jumaat la malam untuk menyeramkan budak2 supaya tidur awal. Jadi mari kita momok momokkan golongan budak budak akil baligh supaya tidur awal & tak buat aktiviti tak senonoh malamJumaat

Entri lepas cerita pasal spesis spesis hantu yang terkenal di serata dunia tapi depa terlepas pandang hantu yang popular di kalangan orang Melayu. Depa tak tau hantu hantu ni lagi seram. Takde bersayap kat punggung tapi still boleh terbang katanya. Sebab tak puas hati.. tetap aku nak tulis jugak nama nama hantu yang memang lagend la di kalangan masyarakat melayu..

Sumber Google

Calon calon hantunya adalah..

1. Pontianak / Puntianak / kuntilanak
Hantu ni hantu perempuan yang suka pakai uniform kaler putih ala2 macam baju kelawar sikit. Dikatakan suka membalas dendam. pontianak, kalau ikut cerita dahulu kala kononnya perempuan yang mati ketika mengandung.Terdapat juga pendapat menyatakan bahawa ia merupakan jin (hantu) liar yang bertindak mengganggu manusia. Sebenarnya memang jin pun..

2.  Langsuir
Kalau ikut sumber yang aku baca ni dia kata hantu penghisap darah tapi tu la sepanjang hidup aku tak pernah dengar orang cedera kena hisap darah dengan hantu apatah lagi mati. Kalau dalam filem tu biasa la.. Dikatakan jelmaan langsuir ni adalah dari wanita yang mati bersalin. Kelebihan dia katanya boleh menjelma sebagai perempuan cantik & goda lelaki bagi tujuan untuk menghisap darah.

3. Toyol
Toyol ni di gambarkan seperti seorang kanak kanak yang berbogel. Kepercayaan orang melayu, toyol ni adalah sejenis jin jugak yang di bela bagi tujuan untuk mencuri. Bukan sifat je macam budak budak tapi perangai toyol pun macam budak budak jugak. Toyol jugak di kenali sebagai saka.

4. Pelesit
Pelesit ni macam kita sedia maklum la.. dia antara spesis jin jugak yang di pelihara bagi tujuan tak baik. Kebanyakkan wanita yang bela pelesit ni. Makanan pelesit adalah dari dari hujung jari tuan dia sendiri. Kelebihan Pelesit ni boleh menjelma sebagai belalang yang biasa kita dengar belalang pelesit.

5. Hantu air
Hantu air jugak di kenali sebagai mambang atau jin yang tinggal.. of course la kat kawasan berair. Kalau tak.. takkan la nama dia hantu air, ye dak??  Katanya agak keras & boleh memudaratkan sesiapa saja bertembung dengan dia. Dia boleh menyamar sebagai kayu buruk yang terampung sesiapa saja tersentuh boleh jadi lumpuh. Boleh menjelma depan manusia & mengusik. Katanya hantu air ni berasal dari makhluk halus maybe bekas belaan sapa2 yang di buang dengan cara di hanyutkan ke sungai atau di laut. Kalau kat laut nak kesan kehadiran hantu air.. kalau air berkilau tu dia ada la tu.

6. Hantu raya
Ni antara hantu peberet manusia bela sebab dia macam pak guard. Jaga kebun la.. jaga ladang la.. jaga rumah la.. Habis dia jaga.. kita kena jaga jaga balik sebab spesis ni boleh menyerupai tuan dia. Banyak kes orang kena rogol dengan hantu raya ni. Jugak boleh menjelma seperti haiwan. Kena bagi makan macam perjanjian yang di buat kalau tak dia akan serang balik tuan dia. Benda ni perlu pewaris kalau tak orang yang bela akan jadi bangkai bernyawa. Tapi elok la jangan waris benda benda macam ni. Banyak rawatan Islam boleh buang saka . Cukup2 la dengan kejahilan orang dulu2 kita tak payah sambung episod jahil lagi. Tergolong dalam golongan saka jugak.

7.  Hantu bungkus
Nama pun bungkus ye dak.. dah tentu sifatnya berbungkus je. Alah yang orang selalu panggil pocong tu sama la tu.. Sifat dia macam kita tahu la berbungkus dengan kain kafan. Sebab dia berbungkus maka dia tak boleh berjalan atau berlari. dia boleh meloncat @ melompat je ketika bergerak. Suka menyakat orang yang lemah semangat. Even melompat jer pun tapi di katakan mampu selaju kereta yang kita pandu. Agak2 malam takde transport boleh tumpang hantu bungkus ni. hahahaha

8. Polong
Hantu polong ni biasanya di bela oleh kaum lelaki dengan tujuan tak baik nak menyusahkan orang. Dia macam Pelesit juga, makanan dia darah dari hujung jari Tuan dia. Gamaknya laki bini kot polong & pelesit ni. hahaha.. Katanya asal usul hantu polong ni adalah darah orang mati di bunuh & sedikit darah orang yang nak membela polong ni kemudian di letakkan dalam botol bermulut panjang & di puja. Nak tau mangsa polong atau tidak biasanya ada kesan lebam pada mayat atau keluar darah melalui mulut.

9. Bota
Aku pun tak pernah dengar. Macam mana boleh kategori popular ni. hahahaha. Hantu ni dia seekor mahluk besar yang hodoh yang keluar dari dalam tanah. Sebab kepopularitian hantu ni katanya sampai di jadikan nama kampung. Ooo.. Bota tu nama hantu rupanya. Katanya Bota ni spesis gergasi tapi macam mana masuk dalam list hantu? hahaha.. suka pada kanak kanak & suka berbogel. Gamaknya baju seluar takde size besar sangat. badan gergasi Bota ini menyerupai warna tanah itu sendiri terutama di kawasan berlumpur, di tepi rimbunan buluh kuning dan di tepian sawah padi di mana ikan puyu dan tilan biasa ditemui. Makanannya didapati di dalam tanah juga dan sesekali akan mencari makanan dalam bentuk daging manusia atau haiwan. Manusia dan haiwan bukanlah makanan kegemarannya kerana ia hanya keluar sesekali sahaja terutama pada rembang petang.

10. Bajang
Bajang ni pun spesis jin jugak. Dipelihara bagi tujuan tak baik untuk menyusahkan orang. Tergolong dalam spesis saka. Bajang ni katanya jelmaan hantu dari hasil pemujaan mayat bayi yang mati semasa lahir. Jantan yer bukan betina bajang ni. Suka menjelma seperti pole cat. Sasaran dia kanak kanak & kalau terkena boleh menyebabkan sakit misteri yang boleh membawa maut. Bajang di simpan dalam tabung buluh dan di tutup dengan sejenis daun. Makanan dia telur & susu jer... Kalau tak bagi makan dia akan serang balik tuan dia.

Tu dia 10 spesis hantu yang kekonon popular & seram sangat la kan.. Padahal tak tersenarai hantu paling seram di serata dunia. Tu la korang.. Macam drama melayu jugak. Dok tang situ jer tak mampu bersaing di peringkat antarabangsa katanya. Apapun.. pengkaji hantu maybe belum kenai hangpa. Tunggu depa mai Malaysia hangpa perform all out baru depa tau hantu malaysia punya extreme.

Moral of the story.. bacaan ni sekadar hiburan jangan terlalu berimaginasi seram sampai tidur pun tak lena yer.. Jin & syaitan memang wujud namun tiada lebih berkuasa melainkan Allah SWT.

Sumber rujukan tapi bukan copypaste : Jenis Jenis Hantu Melayu

6 comments:

  1. mujur baca entry ni dah pagi....tapi seram la sikit sebab bila baca pi bayang kan pulak... cuma seram nya tu tak sampai tertanggal bulu roma je...

    ReplyDelete
  2. memang kenal hantu-hantu melayu nih..heheh tapi bota dan bajang tu..pernah berlakon dalam filem apa eh

    ReplyDelete
  3. 1-8 pernah dengar , 9-10 tu tak pernah dengar. Tapi kampung Bota tu taulah. Hahaha. Ada Bota Kiri ada Bota Kanan lagi.

    ReplyDelete
  4. hahaha..nak seraam x jadi siap ada calon calon nya.. huhu

    ReplyDelete
  5. Eh, ada juga hantu nama bota eh? Asal kejadian dulu kepala dia botak ke apa ni?

    Kesian kat hantu-hantu Melayu, sikit punya beria-ia menyeramkan orang kita tapi tak satu pun tersenarai sebagai top ten dalam dunia. Akak dah kata list tu tak sah. Depa tak pernah mai sini berjinak-jinak dengan hantu Melayu, itu yang tak tahu seram ke tidak!

    ReplyDelete
  6. Bota dan bajang? 1st time dengar..hehehehhehe..

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com