15 SEKOLAH DI MALAYSIA YANG BERUSIA RATUSAN TAHUN

11.4.15 Suria Lekatlekit 15 Comments

Kiranya ni semua sekolah2 tertua dia Malaysia la. Bayangkan umur sekolah ni dah nak cecah ratusan tahun. Lebih tua dari Rakyat Malaysia katanya. Sekolah yang mungkin nenek moyang kita pernah belajar. Mesti ramai yang tak tahu kan? Sebab aku confident level upin ipin ramai yang tak tahu.. maka aku buat la entri lawatan sambil belajar ni..


Antara sekolah tertua dia Malaysia adalah...

1. Penang Free School, Penang
Di bina pada tahun 1816 & kini berusia 198 tahun. Lagi 2 tahun nak masuk umur 200 tahun.

2. Malacca High School, Malacca
Di tubuhkan pada tahun 1826 dan kini berusia 189 tahun

3. St. Xavier's Institution, Penang
Di buka pada tahun 1825 dan kini berusia 163 tahun

4. Convent Light Street School, Penang
Di buka pada tahun 1825 dan kini berusia 163 tahun

5. SMK St. Teresa, Sarawak
Di buka pada tahun 1885 dan kini berusia 130 tahun

6. Methodist Boys' School and Methodist Girl's School, Penang
Di buka pada tahun 1891 dan kini berusia 124 tahun

7. Anglo-Chinese School, Perak
Di buka pada tahun 1895 dan kini berusia 122 tahun

8. Victoria Institution in Kuala Lumpur
Di buka pada tahun 1894 dan kini berusia 121 tahun

9. St. Michael's Institution, Perak
Di buka pada tahun 1912 dan kini berusia 102 tahun

10. St. John's Institution, Kuala Lumpur
Di buka pada tahun 1904 dan kini berusia 111 tahun

11. St George's Girls' School,Penang
Di bukan pada tahun 1884 dan kini berusia 131 tahun

12. Convent Bukit Nanas, Kuala Lumpur
Di buka pada tahun 1899 dan kini berusia 116 tahun

13. SMK Methodist (ACS),Klang
Di buka pada tahun 1893 dan kini berusia 122 tahun

14. St. Paul's Institution, Negeri Sembilan
di buka pada tahun 1988 dan kini berusia 116 tahun

15. SMK St. Luke, Sarawak
di buka pada tahun 1863 dan kini berusia 152 tahun

Untuk artikel penuh berkenaan semua sekolah ni korang boleh baca kat sini 15 buah sekolah berusia lebih 100 tahun

Antara 14 buah sekolah ni mesti ada pembaca entri ni yang pernah bersekolah kat salah satu sekolah yang tersenarai kan? Gamaknya sekolah kat sekolah kategori sekolah pra merdeka ni mesti banyak cerita misteri & mistik kan.. Almaklum sekolah. Tak lepas dari cerita hantu even sekolah aku dulu yang pun ada jugak kisah2 macam tu. kekekeke

15 comments:

  1. Wow... Nasib baik bangunannya di peliharaa dengan baik kan?

    ReplyDelete
  2. Apasal sekolah kita tak senarai padahal kita biasa jerk dengar cerita hantu Jepun naik basikal keliling asrama? Ni yang taching ni sekolah tak masuk dalam senarai!

    ReplyDelete
  3. senior methodist girls school kuala lumpur pon dh lebih 100 tahun...1896

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  5. SSK Dato Shah Bandar, Abu Bakar, Labu Hilir. Ditubuhkan pada tahun 1906. Maksudnye, dah 109 tahun dah

    ReplyDelete
  6. SK Labu Ulu dah 120thn. Ditubuhkan ,1895.

    ReplyDelete
  7. Mana Clifford School Kuala Kangsar.....skolah ni sejak 1897

    ReplyDelete
  8. Semuanya sekolah berbunyi inggeris. Sekolah Kebangsaan Sungai Gelugor ditubuhkan pada tahun 1826 dan merupakan sekolah Melayu tertua di Malaysia. Harap maklum.

    ReplyDelete
  9. Semua sekolah kat atas ada sejarahnya. Contoh SMK METHODIST (ACS) KLANG ,ditubuhkan kerana tauke-tauke cina ingin ank mereka bersekolah.Selepas beberapa tahun pihak Jepun datang dan British pun pergi dari malaysia.Selepas kekalahan Jepun,Jepun telah pulang ke negaranya.British menduduki tanah melayu semula.Pada pemerintahan Jepun , sekolah tersebut telah dijadikan ibu pejabat,tempat tinggal dan sebagainya.Ingin tahu lebih lanjut layarilah internet.Kerana itulah sekolah itu bersejarah.

    ReplyDelete
  10. Malacca High School tu sekolah bdak2 melayu ya. Jgn iht kitorg ni speaking sgt.

    ReplyDelete
  11. Sekolah Smk king edward vii dibina 1883

    ReplyDelete
  12. Mana SMK ST Thomas, Sarawak? 1848.. tua kottt.. hrrmmm..

    ReplyDelete
  13. SMK KING EDWARD VII
    (1885)
    MANA??

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!