5 GEREJA PALING BERHANTU & SERAM DI DUNIA

4/21/2015 02:53:00 PM suria lekatlekit 2 Comments

Semalam dok selongkar asrama berhantu kat Malaysia hari ni dapat tiket flight so marilah kita memburu tempat2 berhantu di serata dunia balik. Banyak sungguh tempat berhantu kat dunia ni kan.. Untuk episod seram lekat lekit hari ni kita akan menjelajah, mengopek dengan ngerinya gereja gereja yang di tuduh sebagai paling berhantu & menyeramkan.

Sumber Google

Gereja kita sedia maklum la.. tempat ibadat bagi yang beragama kristian. Tempat ibadat selalunya di anggap sebagai tempat paling selamat dari gangguan makhluk2 halus bernama hantu ni.. Tapi ada jugak rumah ibadat yang menyeramkan. Kat bawah ni senarai 5 gereja yang tercalon sebagai berhantu & seram

1. Gereja St. Botolph (Inggris)
Katanya gereja ni sangat terkenal dengan cerita seramnya. Gereja tu dah tak digunakan sejak tahun 1973. kini gereja ni selalu menjadi tempat untuk aktiviti paranormal yang memburu hantu & di jadikan tempat pemujaan syaitan. Menurut cerita orang, lalu je kat kawasan gereja ni memang dah rasa seram tapi takde pulak dia share kisah2 seram yang berlaku kat gereja ni. spoil betul. Ni nak naik hantu ni. hahahaha

2. Gereja Unitarian Beverly (Amerika)
 Ni pun katanya di iktiraf sebagai gereja paling berhantu & seram sebab para jemaah yang melakukan ibadat kat situ selalu je rasa sesuatu yang pelik terutamanya pada musim sejuk. Menurut cerita dari jemaah kat situ pernah nampak roh hantu orang yang dah mati pada tahun 1980. Hantu2 berupa nenek tua berpakaian merah jugak katanya selalu muncul bila ada acara pernikahan & ada juga hantu yang menjaga kebun belakang gereja. Yang ni banyak pulak hantu kan?

3. Gereja St. Michan (Irlandia)
Gereja ni pulak di katakan paling berhantu & seram di dunia sebab di kubah gereja ni telah di kuburkan satu jasad tak bernama yang telah di mumiakan. Katanya para jemaah kat gereja ni selalu di ganggu dengan suara2 seram & rambut mereka di tarik oleh sesuatu yang tak nampak. Ni hantu jenis main kasar ni. Kalau berani tunjuk la rupa kan.. apa barang main tarik2 rambut. hahahaha

4. Gereja Paroki, Kota Oistins (Barbados)
Katanya ada cerita seram pada abad ke-19 di mata keranda yang di simpan di dalam atas rak besi yang dah di kunci dalam almari, tiba2 keluar dengan sendirinya. Sampai sekarang katanya keranda tu masih ada kat situ & takde seorang pun berani ubah posisinya. Ni kena panggil david copperfield tolong alihkan sebab dia je boleh buat magic alihkan benda besar & berat. Kapal terbang boleh dia buat magic apalah sangat keranda berhantu tu kan. hehehehe

5. Gereja St. James Sag (Amerika)
di ceritakan pada tahun 1977, seorang polis pernah di datangi 9 paderi tapi kemudian hilang di pintu gerbang makam yang terletak di gereja tersebut. Birawati kat situ pun katanya pernah melihat kereta hantu & pengantin yang dah meninggal dunia yang bergerak sendiri ke arah gereja. Hantu pengantin gamaknya ni kan...

-sumber asal tapi bukan copypaste : Gudang ilmu-

Maaf gereja kat Malaysia semua masih aman & takde gangguan hantu yer sebab tak tersenarai. So, penganut kristian yang berada kat Malaysia tak payah takut. Perkongsian ni sekadar hiburan jer.. Tak payah ambil serius sangat. Sekadar santai2 petang katanya.

Moral of the story.. hantu sebenarnya adalah manusia sebab yang lebih menghantui kehidupan kita ni bukan jin tapi diri kita sendiri. Contoh dah kau tahu penakut sapa suruh layan cerita hantu, akibatnya nak kencing pun kena berteman even dah tua bangka. Hantu takde pun tapi dia yang rasa di hantui. hehehehe

2 comments:

  1. Kisah asrama berhantu semalam lagi seram dari yg ni sis.. Sampai meremang bulu roma di buatnya.

    ReplyDelete
  2. Kang kalau hantu-hantu omputih tu keluar, ketua hantu seMalaya juga yang kecut perut! Biarlah tak nampak. Nak main tarik tali ke, tarik rambut ke, biarlah....

    Yang gereja No.2 tu banyak pulak hantu-hantu jadi pekebun ek. Memang asalnya petani ke apa? Depa memang tak minat agaknya kerja-kerja professional macam loyar buruk ke, lawyer ke, doktor ke....

    Lepas gereja ni, kita nak pi mana memburu hantu, Suria? Kuil Hindu ke atau tokong Cina pulak punya turn? Akak ni kalau pelawa, ikut jerk... Hahahaa....

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com