6 LEBUHRAYA PALING BERPUAKA DI MALAYSIA

4/13/2015 08:09:00 PM suria lekatlekit 12 Comments

Ni kalau anak rantauan ni memang la pengguna lebuhraya la kalau nak balik kampung. Seram ke sejuk ke hapa tetap kena jugak redah katanya. Entri ni bukan nak takutkan pengguna lebuhraya just nak share jer supaya kita lebih berhati hati ketika memandu. Jin & syaitan tunggu kita terleka je dia nak kacau. Memang depa tak boleh membunuh kita secara terus tapi spesis depa ni membunuh kita dengan cara melalaikan. Jadi Kalau nak tahu lebuhraya mana tercalon untuk kategori paling seram,berhantu & berpuaka meh baca entri ni sehingga meremang bulu roma terakhir katanya...

Sumber Google

Lebuhraya Pedas/Linggi - Simpang Ampat Plus
Yang katanya seram lebuhraya ni adalah bermula dari persimpangan susur keluar Pedas/Linggi sampai ke persimpangan susur keluar Simpang Ampat, Melaka. Selalunya kejadian seram ni berlaku tengah malam buta la.. kiranya sebelum subuh antara pukul 1 - 4 pagi. Antara kisah seram yang pernah di ceritakan berlaku kat kawasan tu adalah kisah seorang lelaki yang naik motor sekitar 2 pagi melalui jalan tu kemudian terserempak dengan kereta Iswara putih yang dalam kelajuan siput babi (pelan sangat). Sebab tetiba rasa seram mamat tu pun potong la kereta Iswara putih tu bila dah berada depan kereta tu tetiba terbau busuk bila dia toleh belakang yang dia nampak cuma sebuah kereta remuk teruk kategori total lost bergerak tanpa pemandu. Kau hangpa gamaknya boleh pegang handle motor lagi tak? kekekeke

Lebuhraya Butterworth - kulim KM 20.6 (BKE)
Ni laluan aku sebelum sampai kampung jugak ni. Sebab katanya banyak berlaku kemalangan maut di tempat yang sama maka bermula la episod kisah seram & misteri kat situ. Katanya ramai saksi & mangsa kemalangan buat laporan polis nampak makhluk separuh badan atau tanpa kepala melintas sebelum kemalangan berlaku. Katanya ada seorang pengamal perubatan alternatif aka bomoh la kot.. kemalangan berlaku adalah sebab makhluk halus. Dulu kawasan tu hutan belantara, jadi tak pelik la kalau jadi penempatan golongan makhluk ghaib ni. Bila di ceroboh marah la dia.

Lebuhraya Kuantan - Gambang (Plus)
Menurut sumber yang aku baca.. Lebuhraya ni paling seram kisahnya. Di ceritakan oleh seorang pemandu truck tunda yang pernah merakam gambar mahluk halus secara tak sengaja semasa berada di lokasi kemalangan kat situ pada tahun 2011. Gambar yang berjaya di rakam adalah 3 entiti yang seolah olah memandang dia, dua berpakaian merah & satu lagi katanya pakai blouse putih. Standard la putih tu memang uniform hantu katanya. hehehehe

 Gambar sebenar penampak 3 makhluk, satu berbaju putih, 2 berbaju merah

Lebuhraya Gurun (Plus)
Katanya pernah berlaku kepada satu keluarga Cikgu bahasa Arab yang baru balik dari bercuti di Cameron Highland. Tiba2 anak sedara dia yang umur 2 tahun menangis tak henti2. Pujuk pun tak diam jugak lepas masuk ke highway Gurun ni. Nak lebih seram lagi, kereta yang depa naik pun tetiba jadi luar biasa berat. Masa berhenti kat RnR gurun, Isteri cikgu tu sempat ambil gambar. Dalam gambar tu kelihatan seorang wanita berkebaya merah. Menurut cerita orang2 kat situ.. makhluk berkebaya merah tu selalu ganggu pengguna lebuhraya tu. Ada saksi mengatakan ada kemalangan yang berlaku sebab mengelak makhluk berkebaya merah. Ni mesti hantu ratu kebaya ni.. kekekeke

Gambar sebenar hantu ratu kebaya merah

Lebuhraya karak
Ni highway paling legend dengan cerita hantu. Semua orang pun rasanya pernah dengar macam2 versi cerita. even aku lahir & membesar di kedah tapi dari kecik memang aku dah pernah dengar cerita seram pasal lebuhraya karak ni. Di buka tahun 1977 . Banyak kemalangan maut berlaku samada dari kecuaian pemandu mahupun sebab makhluk halus. Paling popular cerita kisah Volkwagen. Ni cerita dari aku kecik lagi. Katanya ada kereta Volkwagen ni even kita potong dia pun kita akan jumpa lagi kat depan.

Lebuhraya Tangkak - Muar (Plus)
Pada tahun 2012 satu persatuan bangsa cina mendapat kebenaran untuk menutup laluan kedua belah arah lebuhraya ni untuk melakukan upacara pembersihan dari gangguan makhluk halus di kawasan tu. Upacara tu juga di wakili bangsa India & melayu. Tapi sayangnya tak berjaya pun. Seorang anggota polis di rasuk sehingga meninggal dunia & bomoh melayu yang cuba membantu juga katanya turut meninggal dunia setelah kalah bertarung dengan makhluk halus menyebabkan semua yang ada kat situ termasuk anggota polis terpaksa beredar dengan segera untuk mengelakkan perkara tak di ingini.

Sumber tapi Bukan copypaste : 6 Lokasi Berhantu Lebuhraya Malaysia

Antara 6 kisah seram lebuhraya ni aku rasa paling seram kisah lebuhraya Tangkak - Muar. Korang nak undi lebuhraya mana paling berpuaka? Macam biasa mari mengundi di kotak komen.

Moral Of the story.. kebanyakkan lebuhraya adalah hasil gondol gunung ganang, atau hutan belantara di mana tempat tinggal jin maka tak mustahil menjadi kawasan depa lalu lalang atau bekas penempatan mereka. So,berhati hati di jalan raya.

12 comments:

  1. tak silap akk yg pasal kereta wak segan tu ada jugak dekat2 dgn terowong menora.. yg tulah pd akk paling seram sbb biasa balik kg akan lalu situ jam 1 - 2 pagi... huhuhu

    ReplyDelete
  2. setuju dengan kata-kata "moral of story".. memang betul kan asalnya tempat mereka, kita tarah jadikan lebuhraya

    ReplyDelete
  3. Yang pedas linggi tu seram sis..

    ReplyDelete
  4. Mestilah nak undi lebuhraya 'sendiri' ~ Lebuhraya Tangkak-Muo tu ~_^ Kawan akak suka balik kampung malam hari so satu malam tu keluarlah depa satu famili ni kat tol Tangkak. Lepas je keluar tol, kereta terus jadi berat. Si adik lelaki pun teruslah berhentikan kereta dan check. Kotnyalah ada masalah enjin ke apakan... Bila dah check 18kali tengok everything okey jerk makanya dia masuk balik dalam kereta terus pasang CD ayat rukyah. Tak lama lepas tu barulah okey dan mereka sambung perjalanan pulang.

    And, and, and...salah seorang anak saudara perempuan akak pernah terbuka 'hijab' nya ya, dia ada sixth sense gitu, siap boleh bersapa mapa dengan segala hantu. Katanya kalau balik dari KL ke rumahnya di JB, sampai aje kat Tangkak-Pagoh tu, bukan main meriah hantu di kiri kanan highway ~ yang kemetot ada, yang tunjang ada, langsuir ada, kepala jerk tinggal ada, yang suka melekap kat cermin kereta macam parasit pun ada. Dek kerana dia dah terbiasa, dia okey ajelah tapi kita yang tak nampak ni bila dengar ceritanya, mak oiii... agak-agak Suria akak ni berani ke balik malam hari?

    Of courselah jawapannya TIDAK ^_^

    ReplyDelete
  5. yg gurun penah anak sulung kau menangis dr gurun tu sampai ke batu feringgi ... tak berenti menangis .. gila betui time tu dlm 3 bln kot umur die

    ReplyDelete
  6. Alhamdullillah..setakat hari ni..taka pernah alami lagi perkara seram ni..dan minta jauh daripadanya

    ReplyDelete
  7. lebuhraya tangkak memang berhantu.. sebab saya pernah kena saman kat situuuu hehehhehehe

    ReplyDelete
  8. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  9. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  10. Seram jgk highway mmg berhantu

    ReplyDelete
  11. Yang kat pedas linggi tu x penah jumla lagi sbb saya slalu blik melaka tengah malam 12.30-2.00 pagi tapi x penah jumpa lagi
    Klau ada yang saya nampak lembaga putih duk kat signboard sempadan daerah melaka time tu mmng rasa lain macam skit la meremang beebbb huhuhu

    ReplyDelete
  12. Kwn sy accident di km137 Pagoh-Tangkak.Keretanya tiba2 berpusing dan langgar besi penghadang.Semua anak isteri tercampak keluar mujur tiada kemalangan jiwa.Sy kenal dia sbg pemandu cermat.So bila dia ada cerita sikit tu..mmg sy percaya laa.Semenjak itu mmg sy berhati2 bila lalu spjg 30km Pagoh-Tangkak tu.

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com