ARTIS UNDI DIRI SENDIRI MENANG TANPA MARUAH

4/06/2015 03:02:00 PM suria lekatlekit 12 Comments

Amboi lekatlekit ni.. Sentap tau para retis baca tajuk entri hang tu. Silap2 ada yang nangis bawah bantal. Takpa la.. biaq pi depa nangis bawah bantal pun depa dah sedap menikmati hasil kemenangan dari main tipu dalam sesuatu Anugerah yang memerlukan vote dari peminat.

Sekadar hiasan

Semalam berlangsungnya Anugerah bintang popular berita harian.. Aku tengok la sikit2 & sekejab lepas tu tukar channel. Tak selera pulak nak hadap lama - lama katanya. Satgi bila rasa yang tak layak menang tapi boleh memang mula nak keluar status bebukan kat FB.  Jadi aku undur mata dari terus tengok ABPBH semalam.

Tapi terbaca la status2 kat FB yang mempertikaikan kemenangan retis yang vote diri sendiri. Ha kau! punya gigih nak rasa diri di nobatkan sebagai yang terbaik sanggup ni vote diri sendiri demi nak nampak macam ramai peminat. Aduhai.. tak malu ke? Kalau pun orang tak tahu tak rasa malu dengan diri sendiri ke? Yelah.. menang tapi tak bermaruah. Tu kategori menipu jugak. Kalau betul peminat pilih kau untuk jadi penerima anugerah tu tak perlu kau gigih sangat mengundi diri sendiri cukup kau berkempen untuk meraih undi.

Tolong rasa malu wahai artis.. Kalau kau tak cukup bagus tingkatkan kebagusan kau bukan menipu dengan undi diri sendiri. Bila yang tak layak, merampas trofi dari yang layak artis tempatan nampak murahan sangat. Orang akan cakap.. camni ke artis yang di pilih sebagai yang terbaik?? Kalau macam ni boleh dapat anugerah.. retis malaysia boleh kutip tepi2 tong sampah touch up bagi lawa2 suruh berdiri depan camera.

Moral of the story.. dalam hidup kita kena ada sedikit ego untuk mengelakkan kita melakukan perkara yang tak bermaruah sebab kurang kemaluan pada diri sendiri. Orang yang kurang kemaluan pada diri sendiri nescaya secara automatik dia juga kurang kemaluan dengan orang lain.

P/S : aku tak point retis memana.. tapi kalau ada retis terasa maka dia ada buat. Hahahaha

12 comments:

  1. ermmm... tak guna vote diri sendiri...

    ReplyDelete
  2. entah la...kite tak tgk langsung..membosankan saja..

    ReplyDelete
  3. Tak tgk pun...dulu dulu suka rancangan anugrah macam ni...

    ReplyDelete
  4. yg penting neelofa menang...
    she deserved that.

    ReplyDelete
  5. Rasanya ini bukan anugerah terbaik tapi terpopular. Biasanya mereka ada kelab peminat yg gigih mengundi.. klu duit byk blehlah keluarkan modal beli suratkhabar byk2 utk mngundi.. kannn

    ReplyDelete
  6. Ada juga la yang jenis macam ni kan..haha

    ReplyDelete
  7. macam sam tu kan..mak dia adik beradik pulun mengundi..mana tak menang..ada duit semua jadi..

    ReplyDelete
  8. rasanya mcm tahu siapa artis tu...sbb ida cari juga dlm google sapa die..rasanya tak bnyk mana pun die dh berlakon

    ReplyDelete
  9. tah aku tak tgk ....lg pun aku tak minat pun cerita2 cam ni

    ReplyDelete
  10. hadiah yg dapat tu berbaloi kot. hihihihi

    ReplyDelete
  11. Kita tak tengoklah Suria sebab kita rasa diri ini lebih popular dari artis tempatan yang katanya boleh dikutip tepi2 tong sampah tu. Berlakon berapa kerat, berdiri macam tiang dah boleh jadi retis popular, sungguh tak faham peminat kat Malaysia ni.

    Eh, yang 'dirujuk' ni yang menang paling popularlah kan, kan, kan....

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com