BLOG BOMOH SIAM

4/09/2015 08:17:00 PM suria lekatlekit 6 Comments

Sebab terbaca status blogger Bro Framestone yang katanya ada rakan dia baru meninggal akibat perbuatan sihir aku tetiba saja nak google info2 pasal sihir ni. Bukan untuk di amalkan tapi sekadar untuk pengetahuan sendiri jer.. Zaman sekarang amalan sihir kembali berleluasa.. Orang kembali mempratikkan amalan kuno bagi memenuhi tuntutan nafsu serakah.  Nau'zubillah.. Moga kita di jauhi dari terpengaruh dengan ritual syirik & khurafat tu.

Sumber google

Google punya google dengan macam - macam keywords tetiba terjumpa satu blog bomoh ni.. Mak Aii.. Bomoh pun ada blog ke? Try la buka.. Yup memang dia banyak share pasal perkhidmatan bomoh siam.. segala macam perkara yang ada unsur khurafat & syirik.. minyak pengasih la, ritual puja roh la la untuk sihir pengikat kasih sayang katanya, ada jugak dia kutuk pasal bomoh lain yang katanya temberang. Tapi rasanya dia bukan bomoh tapi sekadar orang tengah untuk sesiapa sahaja memerlukan khidmat bomoh. Mungkin dapat komisyen dari bomoh kot. Entri dia tak banyak untuk tahun 2015 ni memang takde update langsung.

Dari cara penulisan siap salam macam orang Melayu Islam tapi tergamak pulak dia dok mempromosikan perkhidmatan khurafat & syirik macam tu kan?  Siap mention lagi sapa perlukan khidmat bomoh tak kira dengan apa tujuan sekalipun dia sedia membantu. Bahaya orang macam ni. Kalau orang tu guna khidmat dia dengan niat jahat untuk khianat orang.. sama2 la kongsi dosa.

Moral of the story.. Apa cara ikhtiar kita sekalipun semua berlaku dengan izin Allah bukan bermakna Allah redha dengan perbuatan kita. Jangan sesekali terjebak dengan perkara khurafat & syirik sebab benda ni kadang2 macam dadah jugak sekali cuba.. kita akan nak cuba berkali kali. So, jauhi bomoh khurafat & syirik..

P/S : aku takkan share url blog tu.. So jangan minta. hehehe

6 comments:

  1. cn ingt bomoh pn ada blog, mmg canggih ler tu, rupanya org tgh jer, isy2..org tu jenis yg tak fikir halal haram demi duit

    ReplyDelete
  2. Astafirullah...
    Perbuatan syrik ni telah dijanjikan apai neraka jahanam..tak takutkah mereka yg mengamalakannya.

    ReplyDelete
  3. Ehh.. Bahaya orang ni suka² je promosi benda salah kat belog tu kan sis?

    ReplyDelete
  4. Kesian sebenarnya kat dia. Mesti bisnes bomoh tak berapa nak cun sebab itu promote dalam blog. Suria, kalau akak upah produk Bio Essence satu, nak tak bagi url tok bomoh tu? Akak nak minta tolong tok bomoh carikan voucher Aeon RM5 akak yang hilang dari purse nih......

    ReplyDelete
  5. bila akal dan iman tidak selaras..mula lah percaya akan perkara khurafat

    ReplyDelete
  6. Amboi Mummydearie......nak ubat sawan ke hihi.....
    Cerita pasal bomoh, takut akidah kita terpesong sebenarnya. Setuju, benda gini boleh ketagih ni

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com