INILAH BANGUNAN PALING BERHANTU DI MALAYSIA

16.4.15 Suria Lekatlekit 8 Comments

Hari ni khamis malam Jumaat so, cerita seram di blog puaka melekat lekit bersiaran awal sikit la. Al maklum la malam Jumaat orang takut tido awal katanya. Tak berani nak blogwalking sampai tengah malam.


Jadi untuk hari khamis malam Jumaat tajuk segmen puaka kita adalah Bangunan paling berhantu. Antara calon bangun paling berhantu pilihan puaka melekit adalah...

Apartment Riviera II, Cheras

sekitar tahun 90an katanya tempat ni banyak di jadikan asrama pelajar beberapa buah Universiti termasuk warga asing. Mula2 ok je tak apa yang seram pun berlaku tapi selepas katanya tempat ni di jadikan tempat maksiat segelintir pelajar, mula timbul cerita tentang gangguan mistik. Kejadian seram selalu berlaku dekat lift terutama tengah malam. Yelah.. mana extreme nyakat orang siang hari kan? Antara kejadian penuh misteri berlaku.. butang lift menyala dengan sendiri & berhenti di tingkat2 yang tak berpenghuni.Ada yang jumpa makhluk seram ketika naik tangga katanya. Nak tambah ngeri lagi katanya pernah berlaku seorang pelajar perempuan terjun dari bangunan tersebut selepas dengar ada suara suruh dia buat macam tu. Lepas macam2 kejadian menyeramkan bangunan tu semakin hari semakin kurang penghuni & sekarang takde sapa berani tinggal kat situ. Yang suka buat lawatan sambil belajar adalah geng paranormal je sekarang.Suka la hantu dapat kawasan jajahan kan? kekekeke

Kemayan City, Johor Bahru 

Bangunan ni asalnya di bina untuk pusat membeli belah pada tahun 90an. Tapi akibat kemelesetan ekonomi pembinaan dia tergendala. Membuatkan bangunan tu terbiar & menjadi pusat penangih melakukan ritual penangihan dadah di situ, katanya. ada jugak pasangan yang ambil kesempatan romen2 kat situ. Ada cerita katanya satu keluarga dari Singapore lalu depan bangunan tu nampak meriah dengan lampu bagai terpasang & ramai pengunjung kat situ maka depa dengan excited pun masuk la ke bangunan yang depa nampak macam Mall yang sedang meriah dengan kunjungan orang ramai. Siap shopping & makan2 lagi tu. Bila sampai rumah sedara dorang, dorang pun cerita la singgah ke mall tu membeli belah bagai bila tahu mall tu sebenarnya bangunan terbengkalai yang kosong, semua barang yang di beli kat situ ghaib & duit baik yang dapat dari membeli belah kat mall tersebut bertukar jadi daun kering. Amboi hantu pun pandai berniaga yer.. tapi sayangnya semua ghaib. hehehehe

Amber Apartment, Genting Highland

Katanya ada pengunjung pernah nampak orang membunuh diri dengan terjun dari tingkap bangunan ni tapi hilang bila jatuh kebawah. Katanya banyak lagi kisah seram lain tapi dari sumber aku baca dia share satu je kisah seram.

Cukup la 3 contoh bangunan paling berhantu tu aku bagi. Letih dah nak jadi geng blogger seekers ni katanya. Bukan apa kalau google bangunan paling berhantu kat dunia confirm hantu malaysia mesti tak tercalon. Perform tak berapa tiptop hantu Malaysia ni tu yang tak terkenal. Jadi sebagai wakil hantu Malaysia,rasanya aku kena angkat geng2 hantu Malaysia supaya terkenal di serata dunia. Jadi aku buat entri ni supaya tersenarai dalam carian google katanya.

Moral of the story.. biar la hantu buat kerja hantu jangan kita manusia gigih nak jadi hantu menghantui hidup orang lain. Peace!

8 comments:

  1. Kemayan City tu dah tak berhantu lagi, dah dibangunkan semula pun. Senyap dah kisah mistiknya di JB ni.

    ReplyDelete
  2. kat kawasan rumah akak ni ada satu rumah berhantu..rumah tu dulu suami akak duduk masa bujang..tiap2 malam depa kena kacau..sampai lari tengah malam...pindah duduk kat rumah yang akak dok sekarang ni..hahah..lawak pulak sebab yang lari tu semua budak bujang.boleh tahan penakut jugak..rumah tu sekarang warga asing dok..nama pun warga asing,nak tak nak kena la duduk dah company suruh..kan??

    ReplyDelete
  3. Kemayan City tu besar.. sayang sgt bila dia jadi usang mcm tu

    ReplyDelete
  4. ohh paling takut bila bayangkan ada soething dalam lift

    ReplyDelete
  5. bangunan no,2 tu memang kerap lalu

    ReplyDelete
  6. Pernah baca jugak kisah kemayan city ni..

    ReplyDelete
  7. Yang ni akak dah pernah selongkar, dok membaca sampai terpejam-pejam mata keletihan. Suria, next time kalau perlukan assistant mengejar hantu, roger akaklah ya :) Nampak sangat kita sehaluan nak menaikkan ranking hantu Malaysia di mata dunia ni tau!

    ReplyDelete
  8. Tunggu je lah building apartmen baru yg siap atas tapak kemayan city nnti..pasti ada bermacam cerita

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!