INILAH BLOGGER PENGIDAP HIV POSITIF

4/02/2015 11:16:00 AM suria lekatlekit 10 Comments

Dah lama aku nak tulis entri pasal blogger ni tapi risau jugak la takut melanggar privacy orang lain atau menganggu sensitiviti beliau. Sebagai seorang pengidap HIV kita sedia maklum orang pandang macam pesalah sangat padahal tak semua pengidap HIV tu adalah seorang yang bermasalah moral. Allah nak uji hambaNya dengan bermacam macam cara termasuk dengan HIV..

Sumber google

Alkisah seorang blogger pengidap HIV ni.. Dia bukan di jangkiti HIV kerana masalah moral. Tapi tak payah la aku cerita kenapa maybe akan jadi pertikaian & melibatkan banyak pihak. Yang penting apa yang berlaku bukanlah dari kesilapan beliau. Tapi aku kagum dengan blogger ni dia terima dengan positif apa yang berlaku. Menerima semua sebagai satu Anugerah Allah & tidak meletakkan kesalahan kepada sesiapa. Memang patut kita kagumi. Kita kena gastrik pun kadang2 mengeluh macam kena kanser... Punya doa macam tak puas hati dengan Allah.. Ya Allah kenapalah kau bagi aku gastrik ni. Dah takde orang lain ke kat dunia ni kau nak bagi gastrik. Sampai macam tu sekali gamaknya kalau kita terpilih untuk jadi pengidap HIVmacam mana lah yer.

Bukan setakat abang blogger ni positif dengan penyakit HIV malah dia aktif dengan aktiviti berkaitan penyakit HIV. Untuk memberi kesedaran kepada masyarakat tentang HIV sebab biasa la manusia kebanyakkan dengar HIV terbayang penyakit berjangkit. Dia punya panik mengalahkan jumpa zombie yang kalau kena gigit orang tu pun jadi zombie jugak sedangkan HIV bukanlah semudah tu berjangkit yang kebanyakkan masyarakat kita anggap.

Tak kira la macam mana pun seseorang tu di jangkiti HIV tapi kita tak perlu menjadi penghukum. Kadang2 persepsi kita yang membuatkan mereka putus harapan sedangkan setiap manusia masih ada peluang untuk menjadi lebih baik atau hidup dengan bahagia selagi bernyawa. HIV bukan sebuah pengakhiran tapi satu permulaan. HIV bukan satu dosa tapi satu hidayah Allah untuk pengidapnya.

Kalau korang nak memahami tentang HIV & melihat bagaimana positifnya seorang pengidap HIV meneruskan kehidupannya macam manusia lain, ada keluarga, isteri & anak.. Menjalani kehidupan seorang suami & ayah seperti orang lain korang boleh terjah blog AKU HIV POSITIF atau boleh friend di FB beliau  Ahp Pie

 Sapa kata pengidap HIV mesti berkudis bagai. Kalau hidup secara sihat Insya Allah kekal hensem bergaya macam abang Pie ni.

P/S : Tak perlu nak komen berbentuk pertikaian.. sebab entri ni ditulis dengan keizinan Abang Pie. Aku pun tahu batas batas nak menulis so aku terlebih dulu minta izin beliau.

10 comments:

  1. Salutelah kat bro ni. Rileks je, nampak macam sihat jerk. Yalah, penyakit zaman sekarang ni macam-macam. Kalau tak betul-betul faham, mulalah main percaya jerk orang kata itu, ini. Suruh baca fakta, depa pi percaya kat auta, siapa suruhkan....

    ReplyDelete
  2. Allah huakbar...kesian kan..kadang2 kita x tau punca sesuatu masalah tu...tp abg pie ni tabah dan tidak menyalahkan takdir..kuat semangat dia..moga abg pie terus bersemangat untuk memberi kesedaran kepada semua di luar sana

    ReplyDelete
  3. Memang jiwa kental abang pie ni..alhamdulillah Allah bagi keluatan pada beliau.

    ReplyDelete
  4. 😆😆😆
    Jazakillah khier...
    semua ini nikmat dan anugerah Allah

    ReplyDelete
  5. Rupa abang ini macam Fahrin Ahmad.

    ReplyDelete
  6. simpati saya membacanya
    pasti dia dikelilingi dengan orang yang sangat positif
    maka dia juga menjadi positif

    saya setujulah suria, pandangan masyarakat ni payah
    baru ni ada orang meninggal sebab kanser kat kaw rumah mak
    muka dia agak gelap sebab treatment kimo yang dia kena buat
    orang keliling dok sok sek, ahli nerakalah, apalah
    rasa nak lepuk sesorang, bengap tahap abadi manusia gitu

    ReplyDelete
  7. tabik sikit!!
    alhmdullilah sntiasa positif..
    kadang2 orang sekeliling ni yg kene mainkan peranan yang penting kan

    ReplyDelete
  8. Mmg dia pun positif... Insha Allah... Allah bntu..serah sglanya kpd Dia..

    ReplyDelete
  9. al fatihah khusus aku hadiahkan untuk arwah abg pie

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com