JENIS SIHIR PALING POPULAR DI KALANGAN ORANG MELAYU

4/08/2015 12:06:00 PM suria lekatlekit 2 Comments

Setiap bangsa yang suka buat amalan khurafat & syirik ada cara tertentu. Kalau kat nigeria lain amalannya, kat barat pun lain caranya macam tu jugak dengan negara2 Asia. Entri bukan nak bagi tutorial cara sihirkan orang cara orang melayu yer.. kang ada pulak yang fikir entri ni tutorial nak buat sihir. Entri ni just nak share ritual sihir yang selalu di buat oleh orang2 melayu...

Sumber google

Antara sihir yang popular di kalangan orang2 Melayu.. Maybe bercampur sikit dengan cara orang siam. Almaklum la berjiran kan. Kadang2 graduate ilmu bomoh pun dari sana. Ada jugak macam orang Indonesia.. pun sebab jiran & ada jugak yang graduate dari sana. So, tak pelik la kalau ada persamaan.

Ini antara info yang aku aku baca pasal sihir yang popular di kalangan orang melayu adalah seperti berikut

PATUNG
Memang biasa bomoh gunakan patung sebagai objek menyihir dengan menggunakan bahan bahan dari tubuh mangsa yang nak di sihir seperti rambut, kuku bagai kemudian di ikat pada patung. Maybe kalau takde benda2 camtu tak connect kot sihir tu dengan mangsa. Lepas tu cucuk dengan jarum beserta mentera semerah padi (mentera jer hehehehe). Menyebabkan mangsa sihir berasa sakit di tempat yang dicucuk.

SANTAU
Yang ni memang popular. Santau pun ada beberapa jenis.. santau tuju & santau angin. Santau tuju yang aku tau memang di tujukan kepada orang tertentu, santau angin ni adalah santau yang pengamal santau lepaskan bila sampai tempoh tertentu supaya tak makan diri sendiri. Akan terkena kat sesapa saja tak bernasib baik. Santau ni selalunya menggunakan benda2 tajam & berbisa macam kaca, jarum,pisau, kaca. Dihantar oleh tukang sihir kepada mangsa.

TELUR LAYANG
Tukang sihir akan mengambil sebiji telur yang telah dijampi yang lalu dibalut dengan kain kuning. Kemudian sebatang jarum akan dicucuk ke dalam telur tersebut sambil jampi mantera dibaca. Akibatnya mangsa akan berasa sakit serta boleh membawa maut. Yang ni pun biasa kita dengar & tengok berlaku.

TANGKAL DAN AZIMAT
Tukang sihir akan menulis ayat azimat dengan lidi daun pokok kabong berserta dakwat merah yang dicampur dengan bedak za’faran dan air ros. Dakwat merah tersebut ialah darah seseorang yang telah mati dibunuh dengan kejam atau darah ayam jantan. Kemudian tangkal atau azimat tadi diperasap dengan kemenyan yang dilakukan pada malam jumaat atau malam khamis yang ditujukan kepada mangsanya. Yang ni biasa tengok dalam filem.

Sihir Pembenci Dan Kasih Sayang
Sihir pembenci bertujuan memisahkan sepasang kekasih atau suami-isteri. Manakala sihir kasih-sayang boleh dilakukan oleh tukang sihir dengan menulis ayat-ayat jampi di atas kertas kemudian dibakar dan habuknya dimasukkan ke dalam minuman yang disertakan dengan jampi tiga kali sambil menyebut nama orang yang dihajati.

Jadi mari kita mengundi antara calon2 sihir paling popular ni yang mana di iktiraf paling popular pilihan anda. Tak payah beli surat khabar nak vote.. Anugerah sihir paling popular di kalangan orang melayu jatuh kepada.... sambung kat kotak komen. hehehhehehe

2 comments:

  1. Tangkal dan Azimat!

    Yeah, yeah! ' Terima kasih semua kerana mengundi kami sebagai yang duo paling popular seantero pelusuk Malaya' *_*

    Ni nak tanya, zaman dah berubah. Dari pakai tin kosong buat call kawan, sekarang dah pakai smartphone, kenapa hati manusia ni masih teringat zaman batu? Nak main sihir-sihir, memang dah takda job vacancies lagi ke kat Malaysia ni?

    ReplyDelete
  2. Sihir guna patung ni umpama voodoo di luar negara kan sis?

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com