KALAU JUMPA ZUL ARIFFIN BUAT MACAM TAK KENAL SUDAH

18.4.15 Suria Lekatlekit 5 Comments

Kecoh la pasal isu Zul Ariffin katanya tak melayan peminat nak bergambar dengan alasan dia dengan family & perlukan privacy. Nak privacy jangan jadi retis la bang... Dah jadi retis ni ko pepaham sendiri sudah la. Peminat kalau serempak dengan kau dalam toilet pun confirm excited punya. Betul la peminat kena faham.. artis pun manusia tapi tu la dah nama manusia ni tahap kefahaman depa berbeza. Kalau nak budget semua orang sama.. bukan manusia namanya. Maybe robot yang dah di setting.


Sebab kau sendiri pilih nak jadi publick figure tu la kau kena hadap.. Kau boleh minta orang faham & kau tak boleh letak 100% kesalahan tu pada orang yang tak boleh faham. Macam mana nak handle peminat yang tak berapa faham, kau kena pandai la supaya tak jadi isu atau kontroversi, ye dak.


Pada peminat bang zul ripin tu.. Sebab dia nak privacy korang kalau jumpa dia buat2 macam tak kenal sudah. Almaklum la.. peminat kena paham kan. Retis pun manusia. Tengok macam mana dia feel bila dia berada di tempat awam sapapun tak tegur atau treat dia macam orang awam biasa. Terlanggar bahu pun just say.. sorry ecik. dah. Maybe dia rasa lebih enjoy. Yelah.. sebagai peminat kita di tuntut faham kan.. Kita minat kita layan drama dia sudah. Kat luar buat macam takde connection atau dia tak attractive langsung. Atau senang kalau dah kerek sangat korang blah jer.. tak payah nak jaga air muka sangat. Orang dah tak sudi nak bergambar kau terhegeh2 dah kenapa. Sebelum blah tu kau bagi dia serangkap pantun "Pinggan tak retak nasi tak dingin, kau tak hendak, seribu kali aku tak hingin". hahahahaha. Sebagai peminat pun kena jaga harga diri jugak. Kena ada value jugak sebab tanpa peminat depa pun tak bernama retis kot.

Moral of the story.. Bang Zul ripin awak tu kekadang jawab soalan reporter pun memang bunyi kerek sangat so, tak mustahil cara awak tegur peminat yang over excited kat luar pun dengan cara sombong. So, ubah cara awak bercakap, Insya Allah peminat faham. Takde la jadi kontroversi, ye dak?? 

P/S : aku sekarang terserempak dengan retis pun takde rasa nak bergambar atau nak tegur pun. Yelah.. kot2 depa nak privacy katanya. hahahaha (sebenarnya aku tak berapa excited pun dengan retis just layan karya depa jer)

5 comments:

  1. Wah..jaga privacy btl abang zul ni ek? Hmm..dunoa artis mcm²..

    ReplyDelete
  2. Pada koi la kan..kalau nampak artis tengah makan..lelebih lagi dengan family...biasanya buat tak kenal dan tak nampak je...biasa dia menhalani hidup swperti kita juga....tapi kalau mmg dia dtg ke majlis promosi ke...mmg dia diundang sebagai artis.. okla nak bergambar ke hapa ke...

    ReplyDelete
  3. Akak kalau jumpa retis, memang buat selamba jerk. Biarlah mereka terhegeh-hegeh duk fikir dalam kepala otak-'Eh, aku tak glamor ke, apsal peminat tak excited pun nampak aku???' Tapikan kalau terjumpa Abang Nuar Zain, rasa memang terkinja-kinja juga nak minta autograph. Kalau dia kekwat pun, akak relakan aje sikapnya. Dah namanya peminat tegarkan....

    ReplyDelete
  4. Best la teguran kak.suria ni. Pedas tapi sangat bermakna.

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!