KENA REDHA SEBAB GST REZEKI KERAJAAN DARI ALLAH

4/11/2015 10:13:00 AM suria lekatlekit 5 Comments

Salah ke aku cakap camtu? Bukankah ada segelintir yang memang anggap bagus tak bagus tu memang rezeki dari Allah so kita tak boleh pertikai. Apa yang Allah bagi kita kena terima, katanya. Kalau melawan namanya derhaka pada Allah. Kalau dah memang rezeki mereka kita tak boleh nak cakap apa sebab rezeki tu Allah yang bagi. Betul ke camtu?

Sumber Google

Aku cukup rasa Annoying bila cakap sesuatu isu berkaitan perkara2 yang kita tak setuju tentang orang lain. Contoh pelakon tu berlakon tak bagus, artis tu tak layak menang tapi boleh menang atau orang tu kita nampak apa dia dapat sebenarnya tak berbaloi dengan apa yang dia buat. Even tak mempertikaikan rezeki dia tapi mengkritik kelayakkan dia mesti ada yang datang dengan komen.. dah rezeki dia. Yer betul la rezeki dia. Sememangnya rezeki semua dari Allah tak kira la kau buat kerja halal atau kerja haram. Kau buat kerja jujur atau menipu. Tak kira la rezeki kau tu berkat atau tidak. Penyamun pun Allah bagi rezeki untuk dia. Semua dari Allah.. cuma bukan semua rezeki tu datang bersama keredhaan Allah.

Takkan sebab rezeki tu dari Allah semua perbuatan jadi betul, ye dak? Takkan sebab rezeki dari Allah kita berhak tegur atau mengkritik? Soal rezeki tu soal lain.. Bila orang mengkritik sesuatu tak bermakna orang mempertikaikan rezeki seseorang tu. Bab GST takde pulak aku dengar orang cakap dah rezeki kerajaan,redha je la. Boleh pulak pakat pertikai sebab tak setuju. Konsepnya sama la.. mempertikai adalah sebab kita rasa tak sepatutnya berlaku bukan soal rezeki siapa.

Ni kalau kritik retis peberet depa.. Mai la komen macam kita ni jeles sangat dengan rezeki retis tu. Dah dia tak bagus di mata orang lain, takkan nak paksa orang cakap bagus. Kau kritik retis peberet orang tak pulak kau rasa tu rezeki dia kan? Tang kena retis kau retis terus keluar hujah Islamik bagai. Watdehek??

Moral of the story.. Bebawak la guna hujah lain bila nak backup orang yang anda suka bila kena kritik selain menggunakan alasan rezeki. Rasa nak muntah kuasa lima boboiboy ja aku dengar.

5 comments:

  1. ye saya redha terpaksa bayar GST hampir setiap hari

    ReplyDelete
  2. Tu jawapan malas nak gaduh tu SL, jawapan pujuk diri sendiri, jalan mudah, cakap jerlah cenggitu....

    ReplyDelete
  3. Hehehehhehhehe.. Redha dalam terpaksa. Bolehkah gitu sis? Hehehehhe.

    ReplyDelete
  4. Marah nampak? Akak ni kalau orang tegur retis pujaan akak memang akak nak belasah jerk, tak mainlah berbalas-balas pantun dalam komen. Hahaha!

    Dah rezeki dia, Suria.... siapalah kita nak mempertikaikannya, ya tak?

    Huhuhu....lari pecut 100 m balik dululah ya ~_^

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com