KISAH SERAM HANTU AKAK LIMAU WAD BERSALIN

4/23/2015 08:11:00 PM suria lekatlekit 5 Comments

 Mummydearie dok tanya kemana pulak episod memburu hantu lepas ni. Letih dok travel jejauh kita jenjalan kat hospital pulak la. Kat Hospital Malaysia ni pun ramai lagi hantu yang belum di ketengahkan bakat berhantunya.  Jadi bagi memartabatkan hantu2 Malaysia marilah kita memberi publisiti hantu tempatan .MD dah siap packing moh ler kita pergi memburu katanya.. hehehehehe. Memalam jumaat ni share cerita hantu feel seram sikit katanya.

Ni kisah hantu hospital lagi tapi kat ward bersalin pulak. Tak tau la ada antara korang pernah baca kisah ni atau tak tapi yang pasti best pulak nak share kat blog puaka melekat lekit ni. Patutnya aku post petang tadi tapi petang tadi ada appointment dengan hospital so postpone ke malam la. Di nasihatkan yang mempunyai tahap keberanian yang kurang tapi imaginasi yang tinggi jangan la baca time sorang2 atau tengah malam buta. Risau pulak aku tetiba kena histeria.

Sumber google

Alkisah di sebuah wad bersalin yang nama hospital terpaksa di rahsiakan oleh si pencerita. Katanya takut kena saman. Yelah.. zaman orang sekarang memasing ada lawyer ni kan.. Malam tu katanya dia di tugaskan di wad kelas 1 & 2. Malam tu dia shift malam. Masuk pukul 8. Lepas briefing & check semua pesakit, dia pun meronda ronda la kat kawasan sekitar. Terserempak dengan seorang pesakit ni yang memang suka berjalan. Dia pun tegur. Suruh rehat & tak elok jalan jauh2. Nak2 lagi pesakit tu memang dah tengah sarat sangat. Pesakit ni memang rajin berjalan & berbual dengan nurse kat situ. Akak ni suka makan limau katanya. Dipendekkan ceritanya.. Tibalah hari dia bersalin, nurse yang selalu borak dengan dia kebetulan bercuti sebab abang dia kawen. Bila dia balik bertugas, macam biasa selepas abis rutin dia check up pesakit semua. dalam pukul 12 malam tu dia duduk lepak2 dengan kawan dia kat bilik rehat untuk bagi hilang mengantuk. Tiba2 dia di datangi si akak yang selalu dia tegur & suka bersembang dengan nurse kat situ sambil pelawa limau. Walau di tolak tetap di pelawa sampai 3 kali. wajah akak tu katanya pucat sikit. Di tanya pengalaman bersalin akak tu cuma senyum & tak banyak berbual macam selalu. Tengah lepak tu ada baby menangis & kawan dia memang di tugaskan untuk bagi baby susu so kawan dia pun bangun pergi buat susu baby. Perangai akak tu tak seramah selalu dah.. Yang si kawan nurse tadi dah pelik tengok dia sembang sorang2. Lepas akak tu berjalan pergi sambil lambai tangan kawan di nurse ni tegur & tanya dengan siapa dia cakap. Bila dia bagitau dengan akak suka makan limauyang selalu dok sembang dengan diaorang terus kawan dia pucat. Serentak 4 bayi kat situ semua menangis. Bila di beritahu akak tu sebenarnya dah meninggal dunia masa bersalin. Uri dia tersangkut kat dalam. korang rasa apa dia rasa? Kalau korang apa korang rasa? Kalau rajin meh baca full version kat sini > Hantu wad bersalin <

Moral of the story.. Yang datang kat dia bukanlah akak limau yang dah meninggal dunia semasa bersalin tapi itulah jelmaan jin yang nak menyesatkan manusia. Jadi di ingatkan, orang yang dah mati takkan kembali kedunia dengan apa cara atau rupa sekalipun apatah lagi jadi hantu.

5 comments:

  1. Aduhai mummy...
    Malam2 kisah serem...
    Ibu dah 4 hari demam nih...
    Huwaaaaaaaaaa!!!

    ReplyDelete
  2. Waa..naik bulu roma di jam 10.30 malam...hahaha

    ReplyDelete
  3. HUHUU MEREMANG MAKNANYE BETUI LA CERITA NI WUJUD....

    ReplyDelete
  4. Ada baca juga pasal ni sis.. seram.

    ReplyDelete
  5. Hehehe.... trip kali ni akak tak ikutlah Suria. Cerita ni akak dah baca dulu. So kali ni baca sambil kunyah kerepek pisang lagi. Ingat bila baca tajuk, nak cari limau tapi raya Cina lama lagikan....

    Eh, sebelum blog ni akak selalu lepak satu blog omputih tu baca cerita seram sampai bos panggil pun tak dengar! Tak cukup kat pejabat, boleh sambung lagi memalam kat rumah sendirianku ditemani cerita hantu! Opocot! Tapi itulah lupalah apa nama blognya. Yang itu memang hantu merata dunia datangnya!

    Okey, pas ni kita nak travel ghost hunting ke mana pulak nih? Nak confirm flight ni *_*

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com