MENTERI MALAYSIA BANYAK MAKAN MEE SEGERA MASA BELAJAR

14.4.15 Suria Lekatlekit 4 Comments

Yelah.. tu je la makanan paling senang & jimat waktu tu untuk alas perut. Kebanyakkan student sebelum zaman GST memang ada stok megi la kan. Sesak2 itulah yang di jamah buat alas perut lapar. Dari berkeroncong, megi pun megi lah katanya. Takde mangkuk baldi pun boleh buat makan megi. So, megi la pilihan terbaik ketika kecemasan katanya.


Maybe di sebabkan banyak makan megi masa belajar untuk jimat belanja, segelintir Menteri Malaysia even berjaya graduate pun ada sel2 otak depa yang mereput lalu terputus perlahan lahan bila usia semakin emas katanya. Buktinya kita boleh tengok kesannya sekarang. Almaklum la GST mendapat tentangan dari rakyat Malaysia.. segelintir je rasa GST tak membebankan. Selagi tak mati katanya.. Sampai yang mati kebuluran baru depa rasa GST tu membebankan. Takpa.. biaq pi yang rasa GST ni memberi keuntungan berlipat kali ganda.. Sebab maybe depa kaya raya.

berbalik kisah menteri Malaysia makan megi ni.. sebab dah sel2 otak mereput & terputus maka statement2 menteri sekarang banyak jadi bahan troll kat media sosial. Belum reda isu, student IPT di cadangkan masak, keluar pulak statement rakyat di nasihatkan bertani untuk berjimat. Yang aku paling tak paham kalau GST tu tak membuatkan harga barang keperluan naik, perlu ke nak jimat teruk2 sangat. Cadangan yang keluar dari kepala lutut bapak menteri idea penjimatan paling bijaksana di alam semesta hasil makan megi katanya... ehehehe

Perlu ke sampai bertani untuk berjimatkalau GST tak membebankan? Lagipun tak semua orang ada ruang untuk bertani. Nak2 tinggal kat bandar ni. Sejengkal tanah pun berharga.

Aku rasa nak jemput menteri yang bagi cadangan bertani untuk langkah penjimatan datang rumah aku supaya dia boleh cadangkan kat aku kat mana port paling terbaik aku bercucuk tanam sedangkan jemur baju pun dalam rumah. Ke nak suruh aku bercucuk tanam dalam pasu? Kang ada pulak kata... kalau nak buat seribu daya.Yelah.. yelah.. aku suka makan pisang nanti aku tanam pokok pisang dalam pasu.

Moral of the story.. Dalam mereka mempertahankan GST katanya untuk kebaikkan semua, mereka seolah2 membuka pekung di dada, bahawa GST memang menaikkan kos hidup. Idea2 penjimatan yang di cadangkan dah membuktikan depa juga tahu GST memang membebankan jadi untuk kurang bebanan perlu ambil langkah penjimatan. Sekarang bagitau aku.. tang mana GST yang kata GST tak membebankan rakyat kalau nak isi perut pun perlu jimat sejimat jimatnya?

4 comments:

  1. ehh ehhh PA TMK tu siap kate rakyat ni tak paham kebaikan GST ....pi baca blog aku ... beria mempertahankan GST tu wei

    ReplyDelete
  2. kita di suruh menerima GST tapi lepas tu suruh elak kan pulak GST dengan cadangan2 bodoh..depa ingt kita ni sama bodoh macam depa ka??

    ReplyDelete
  3. 'Marilah, mari! Kita bertani...'

    Ahah, tengok.... akak okey je kalau Menteri suruh bertani. Kalau tak cukup tanah, akak nak suggest kat Pak Menteri boleh tak akak tumpang tanah kat rumah banglonya, tak pun kat mana-mana tanah lot yang dia ada 'dalam simpanan'. Maklumlah, akak kalau nak bercucuk tanam, mesti lengkap semua jenis ada ~_^

    ReplyDelete
  4. Heehhehehe.. Bapak menteri senanglah nak bertani sebab kawasan rumah diorang luas mcm padang bola sepak. Kita ni bertani cucuk atas simen. Hehehhe.

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!