PELAKON BERTUDUNG DAH TAK KISAH DI PEGANG & DI PELUK LELAKI

4/27/2015 08:14:00 PM suria lekatlekit 6 Comments

Bukan la nak bergosip pasal retis memalam senin ni kan.. Tapi bila dah nampak depan mata sebagai manusia ni terbercakap la jugak sepatah dua kata. Bukan la kata retis jer yang buat, malah kat luar sana pun sama jugak bagi golongan bukan retis. Tapi apa yang lebih tak berapa sedap nak tengok bila pelakon2 bertudung sekarang keterbukaan mereka sama jer macam artis artis seksi yang dok ada.

Bila tertengok drama episod yang tengah di tayangkan sekarang ni.. Tak payah tengok full episod tengok iklan pun boleh nampak babak2 pegang peluk pelakon wanita bertudung ni.Dulu aku ingat dia just pegang watak perempuan bertudung rupanya dia memang bertudung pun. So, aku jadi sedikit pelik dengan aksi2 dia dalam drama tu.

 Sumber google

Sayangnya tudung hanya fesyen kepala jer bila tetap melakukan aksi bersentuhan, berpegangan & berpelukkan dengan lelaki secara terbuka macam tu. Mesti ada nak backing.. abis dah watak laki bini mesti la kena sentuh2 pegang2 jugak kalau tak, tak nampak real la. Kalau nak real sangat awat tak tunjuk babak beromen. Lagi real nampak macam laki bini. Sebab dia membawa imej bertudung tu orang pertikai. Imej bertudung ni mengambarkan imej perempuan gud gud katanya. Bukan aku kata yang tak bertudung ni jahat & boleh buat apa jer babak.. Tapi bila dah kau sarung tudung tu kau membawa imej muslimah tapi bila kau berlakon macam tu rasa tak tau pulak nak cakap kau bawak imej apa. hahahahaha. Kang aku kata dia bawak pengaruh tak elok ada pulak yang mai hentam sebelum dia berlakon pun memang dah berlaku benda macam tu kat luar sana. ye betul! Tapi sebagai public figure tak boleh ke tunjuk tudung tu bukan sekadar fesyen jer. Tetiba rasa respect pulak kat Izzue Islam yang boleh meletakkan syarat tidak mahu melakonkan babak intim, romantik yang perlu bersetuhan secara berlebihan. Yelah... kang ada kata Izzue Islam dah ada nama, sipolan tu baru satu drama nak Up, maka tak boleh banyak songeh. Yelah.. yelah.. tunggu popular dulu katanya baru boleh cerewet.

Bukan la aku ni sebaik baik manusia di muka bumi ni tapi kasihani la mereka yang berhijab. Benda2 macam ni buat orang pandang bertudung pun tak bermakna tak boleh sentuh. Macam berlakon, touch & go. Dah cemuih, tinggal je. Orang akan hilang rasa respect pada golongan bertudung sebab tudung ke tak tudung ke asal kau bayar aku buat jer apapun. Takde beza pun.

Moral of the story... Nak buat apapun memang hak memasing jadi bila orang nak kutuk atau kritik pun jangan lupa hak orang jugak. Jangan bila kena jentik, c u in court sudah padahal dia bagi topik untuk orang bercakap takde lak dia fikir kan? kekekekekeke

P/S : jangan tetiba bagi alasan.. tak sengaja sudah! hahahaha


6 comments:

  1. Nak buat macam mana ,,kain banyak kat pasar leh beli murah2 buat tududng,apa nak dihairankan semuanya duit,semua noleh asal duit

    ReplyDelete
  2. x tengok pun citer tu...mcm x best jer..hehe

    ReplyDelete
  3. Yup.akk setuju sis.memula akk pun ingat dia pakai tudung kt dlm drama tu je.akk dh tak ikut drma tu sbb boring tgk perangai anis yg ego smcm je.hahahaha

    ReplyDelete
  4. Baru sempat tengok drama ni semalam, one full episode gitu. Uhuh, tak mudah nak duduk setempat waktu-waktu Maghrib macam tu tapi dalam pada tak mudah tu, terpengaruh juga!

    Padanlah semalam akak tengok aksi baring atas katil pun siap pakai tudung. Mulanya ingat dia melakonkan watak perempuan bertudung rupa-rupanya memang dia bertudung di luar drama ya....

    Ni semua salah pengarahlah. Kalau takda adegan intim pun, kita boleh faham kalau guna ayat-ayat 'lomantik' laki bini, kan. Orang kita ni, kalau disuakan dengan ayat-ayat cinta, asyik juga dalam hati, terus menonton sampai habis :)

    Nasib baik akak tak terniat jadi pelakon dari dulu....Eh, apa motif ni ek! Hahaha!

    ReplyDelete
  5. setuju dengan kenyataan suria..ermm alasan mereka, "berlakon" ciss..

    ReplyDelete
  6. duit punya pasal dah tak kisah halal haram....semoga kita semua dijauhkan dari sikap sedemikian

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com