PEMADAM JERAWAT & PARUT PALING BERKESAN

19.4.15 Suria Lekatlekit 5 Comments

Produk apa pulak ni. Pemadam jerawat & parut jerawat paling berkesan. Produk ni sama ke macam pemadam @ eraser yang selalu kita guna masa sekolah tu? tu dia canggih tumbuh jerawat je tenyeh2 hilang katanya.. Magic sangat kot kalau macam tu.

Sekadar hiasan

Amboi hang tajuk kalau tak gempak bukan blog lekatlekit kot. Yelah.. sebagai blogger picisan ni kena kreatif katanya. Kalau tak sapa la nak baca apa kau tulis kan? Lain la blogger pemes amos buat entri bodoh2 dengan tajuk hai pun berpusu orang clik. Depa dah ada populariti sendiri, apa depa tulis maybe bagi fans dia semua best so tak payah nak pening sangat fikir nak jadi kreatif. ye dak? hehehehe

Last week tercurang dengan bio essence sekejab terbeli night cream Nour Ain. Kira ni bekas ke tiga yang pernah aku pakai la. Dulu dah pernah pakai dah pun. Yang terbeli balik ni ada kisah di sebalik kejadian. Aku dah pegang pun bio essence bird nest cream, siap beratur kat cashier guardian tu.. alih2 buka beg tengok wallet takde. Kalau korang mesti gelabah tapi aku tak la panik sebab aku yakin wallet aku ada kat rumah. sebab budak lala sebelum keluar dia ada selongkar beg aku & dia memang suka sangat la meng spot check wallet aku. Kau bayangkan dah beratur kena letak balik barang tu lepas pergi cari budak & bapak budak tengah berjimbaraya dalam Mr DIY.. memang terus spoil mood nak membeli even laki aku ajak pergi beli semula. Dalam perjalanan nak keluar dari selayang Mall tu singgah kat booth toko jamu beli jugak night cream nour ain sebab tanaka white night cream aku memang dah tinggal bekas jer. Memang rezeki Nour ain la kot kan..


Produk ni sebab dah biasa guna so aku tau la kebaikkan dia. Memang bagus untuk masalah jerawat & parut. Sekarang muka aku hasil dari 3 bulan bercinta dengan bio essence jerawat memang terbantut yang tinggal sejarah luka bersamanya je. iatu saki baki parut degil yang mula pudar dah.  Bio essence memang sangat membantu merawat cuma kesan dia tak drastik tapi aku puas hati dengan hasilnya. Kulit muka lebih berseri & bersih. Nour Ain.. 2 hari pun memang boleh nampak kesan parut jerawat tu mula menghilang. Tu yang tagline dia hat ni baru clear memang betul2 clear la kalau consistent pakai. Sebab apa aku panggil pemadam produk ni memang berkesan menghilangkan jerawat & parut dengan cepat. Untuk yang hadapi masalah jerawat yang serius pun aku pernah tengok, pakai produk nour ain ni memang nampak kesannya memang memuaskan. Aku bukan tak nak setia dengan nour ain tapi tu la aku jenis suka produk yang senang beli kat supermarket & farmasi macam guardian, watson bagai. Senang nak swap katanya hahahaha

Nour Ain aku cuma pakai night cream setakat ni... yang lain2 masih bio essence. Setakat ni depa boleh bergaul kat muka aku. Takde sebarang kesan sampingan akibat hasil pergaulan bebas depa. So, mana ada masalah jerawat, berparut atau kulit kusam,kurang cerah bagai.. boleh try nour ain. Night cream ni aku beli RM40. Ada jual dalam bentuk set.. untuk trial set boleh try set 3 in 1, harga RM50. ada sabun, night cream & day cream merangkap foundation yang sangat pinkish. Cantik bila pakai. Aku tau la aku pernah guna set ni so tak payah pertikai, ok!

Bulan ke empat merawat jerawat yang naik akibat planning pill yang aku ambil ni.. Alhamdulillah tak rasa sia2 duit aku laburkan. Semua produk yang pernah aku guna, bio essence, garden of eden & nour ain.. semuanya memberi hasil yang memuaskan. Review ni sekarang berkongsi kebaikkan dengan orang lain bukan niat nak menunjuk nunjuk.

Moral of the story.. Apapun produk kita pakai paling utama kena consistent. Kalau kau sehari pakai, 5 hari tinggal kalau kulit kau dok camtu bukan salah produk tapi salah kau yang pemalas. hehehehe

5 comments:

  1. Sejak preggy...jerawat naik dgn jayanya, ada jugak tfikir nak try nour ain.. kalau elok , bkesan nak jg..hehe

    ReplyDelete
  2. Hehehehhehhe.. Tq sis sudi kongsi kebaikan produk ni. Kathy ni ada masalah parut yg di bawa sejak umo 17. :(

    ReplyDelete
  3. 1st time singgah sini.. follower no. 2000

    ReplyDelete
  4. Okey, akak rasa tergugat nak mencuba sama bila bercerita pasal BioEssence aje. Itulah sebab dah pakai tahulah produk tu elok ke tidak. Lain-lain ni belum terbuka lapang hati dan dada nak membeli. Hahaha....

    Yalah, produk apa pun kalau beli jer tak guna ataupun guna ikut sukahati bila nak, lepas tu komplen produk tak bagus dan tindakbalas lambat, memang minta hempuk je tu. Eh, macam ludah ke langit tapi jatuh ke muka sendiri pulak....

    ReplyDelete
  5. Thanks for review.Saya sekeluarga ambil yg haq sahaja.lain lain tiada.Dulu kini Dan selamanya

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!