PENGASAS PUSAT RAWATAN ISLAM ALHIDAYAH KURANG MESRA

22.4.15 Suria Lekatlekit 7 Comments

Bukan kali pertama aku pergi pusat rawatan Islam Alhidayah yang di asaskan bapak mertua si asyraf Muslim. Bapak kepada bini pertama dia, Dr Dayana tu. Kali pertama aku anggap dia penat sebab masa tu dah pukul 12 lebih. Tengah malam aku faham la.. Maybe dia banyak merawat orang,letih & jadi kurang mesra & kurang nak menjawab apa yang kita tanya.


Semalam kali ketiga aku ke pusat rawatan Islam Alhidayah & kali kedua di rawat oleh pengasas dia sendiri Hj Lokman. Masa tu baru pukul 11 lebih. Aku datang dari pukul 8.30 malam tapi dapat jumpa Hj Lokman ni pukul 11 lebih. Aku kira... aku orang yang ke tujuh dia rawat semalam. Takkan penat sangat kot sampai apa yang aku tanya tak dapat jawapan yang sepatutnya. Dah tu masuk2 je dia dah buat aku sentap. Kau faham la budak ni semua dia nak cuit kan.. tercuit la buku ke hapa tak tau atas meja dia, terus sound cara yang tak mesra kanak kanak langsung.." Jangan main. Jangan Main" katanya. Nada tu aku rasa tak berapa sesuai la untuk budak budak. Lepas dia check record sebelum ni pasal anak aku.. Tanya sepatah dua.. dia terus buat rawatan yang tak sampai pun 5 minit. Lepas tu aku tanya la.. macam progress dia.. sepatah je jawab. Banyak aku tanya banyak jawapan.. "Kalau Allah nak bagi sembuh, esok pun sembuh" Betul la tu semua kuasa Allah.. Sebab katanya pusat rawatan Pakcik Lokman ni berpengalaman rawat budak2 macam tu.. So, nak tahu jugak potensi boleh pulih tu macam mana. Takkan nak cerita sikit pun dah tak boleh. Jawab dah la sepatah dua kata.. Nada pulak tak sedap langsung nak dengar walau dia jenis cakap slow je. Laki aku awal2 lagi bangun lepas dia merawat tak sampai 5 minit tu. Aku je gagah nak ambil masa dia sikit bertanya pendapat atau pandangan tapi dia pun malas nak layan.. So, nak cakap apa lagi kan. Aku ni dah la jenis banyak tanya. Yelah.. kita bayar untuk perkhidmatan tu so kita harap dapat la apa yang kita nak. Memang la semua pun dari Allah tapi usaha tetap kita kena buat. Kalau nak letak pada takdir Allah je baik aku tak payah datang pusat rawatan kau, melabur RM50 setiap sesi rawatan sekarang dah kena GST pulak jadi RM53 dah.

Serius.. dalam hati ni dah tawar hati nak pergi kat situ. Please la.. korang buka pusat rawatan Islam.. tapi layanan tak berapa Islamik. Setiap orang yang datang bukan suka2 jer nak tengok muka perawat kat situ. Semua datang bersama masalah masing masing. So, bila pesakit atau waris pesakit perlukan nasihat & pandangan tolong la bagi. Setakat dok bagi jawapan semua tu kuasa Allah.. Jawapan tu aku pun tahu. Yang aku nak dengar pandangan yang mungkin boleh membantu aku terapi anak aku kat rumah. Pengalaman depa merawat budak macam anak aku ni. so, kita boleh la nilai tahap mana rawatan mereka membantu perkembangan budak macam anak aku ni. Yang sebelum ni aku pergi siang, ada seorang perawat tu ok la. Dia layan la apa kita tanya. Apa yang dia cakap kita rasa positif jugak. Dia bagitau masalah apa semua. So, takde la semua perawat alhidayah kerek cuma yang tak best pengasas dia sendiri yang kerek.

Mula2 anak aku kena gangguan.. Pergi kat Alhidayah balik tu pun tak berapa progress sangat esok tu pergi kat Al Qayyum puas hati cara ustaz Al Qayyum merawat. Dia takde baca ayat2 Al Quran dalam hati, dia baca yang boleh kita dengar. Lepas dia rawat boleh nampak kesan pemulihan tu berbanding Alhidayah aku pun tak dengar apa dia baca semasa merawat. Tup tup siap jer. Darussyifa pun cara merawat sama macam Al Qayyum. Sebab katanya boleh merawat kanak kanak yang ada masalah speech delay macam anak aku tu aku bawak jugak pergi situ. Takpe la.. anak aku pun dah mula banyak words. dah boleh nyanyi pun. Takat Abc-Z 0ne-ten dah lama dia kenal & boleh baca. So, rasanya kalau setakat nak buat rawatan Islam lepas ni aku usung je ke Darussyifa je sambil buat terapi moden jugak.

Rasanya pusat rawatan Islam sebelum ni aku pernah pergi takde la sekerek tu.. Darussyifa yang berkonsepkan sedekah je pun bagi layanan yang kita puas hati. Bila kita perlukan pendapat, dia boleh spent time untuk kita. Kau jangan kejar sangat nak habiskan pesakit dengan cepat sampai apa orang tanya pun dah tak boleh nak jawab dengan baik. Tak tau la kot dia tengok aku kecik macam budak2, dia layan macam tu tapi dengan orang lain ok je layanan dia.

Moral of the story.. aku tak judge Hj Lokman untuk kali pertama even kali pertama pun aku rasa tak puas hati dengan cara dia menjawab bila kami laki bini cuba dapat kepastian.Sebab aku masih positif, aku anggap sebab dia penat. Tapi kalau kali kedua pun sama jugak, memang aku tak berapa suka la style dia. So, dari kali ketiga aku melabur untuk balik dengan rasa tak puas hati lepas tu kena dengar asben aku membebel cara layanan dia, takpe la aku survey tempat lain je la.

P/S : Aku selalu terapi anak aku kat Hospital Sg buloh,memang aku seorang mak yang banyak tanya pendapat seorang yang arif tentang masalah anak aku. Setakat ni rasa puas hati. Speech theraphy, Occ Theraphy, Paedeatrik Doktor semua boleh jawab soalan aku dengan mesra alam. Aku seorang mak, mesti la aku risau perkembangan anak aku bila ada yang terlewat. Ingat aku aktif kat blog, Fb bagai aku tak peduli ke pasal anak aku.

7 comments:

  1. abg saya pernah buat part time kat sini selama 2-3 tahun jugak lah. tapi lepas asyraf muslim kahwin lain, dia terpaksa berhenti. tapi sejak kerja situlah dia berubah jadi orang yang dekat dengan Allah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. bagus la dia jadi lebih baik hope pengasas dia pun boleh beri layanan yang lebih baik jugak la..

      Delete
  2. Mak akak pernahlah pergi ke pusat rawatan ni tapi tak pernah pulak dengar ada komplen. Mungkin juga my sister yang bawa emak tu tak banyak tanya, jadinya takdalah banyak rasa tak puas hati bila soalan kita tak terjawab. Kotnya Hj Lokman rasa dia dah tahap ustaz selebriti tak, itu yang layan hendak tak hendak aje. Tapi yalah, kita pun bukan suka nak judge orang bila first time berjumpa. Tapi kalau kali kedua, ketiga dan seterusnya macam tu juga layanannya, haruslah kita pun terfikir kenapa dan mengapakan!



    ReplyDelete
  3. Hehehhehehehe.. Agaknya kena tunggu hidayah datang kot baru lebih mesra. Hehehehhe.. Ooopss..

    ReplyDelete
  4. Jgn marah mereka...mungkin diorg kurang customer servis skill....jgn amik.hati....saya ada call ustaz darus syifa diorg cakap penyembuhan itu kuasa Allah....kita hanya berikhtiar.

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!