QU PUTEH DAH MELAMPAU PROMOSI

4/13/2015 10:58:00 AM suria lekatlekit 17 Comments

Fans2 dato seri vida @ peminat Qu Puteh bertabah yer. entri ni maybe buat korang nangis bawah bantal katanya tapi hakikatnya memang harus la bagi ucapan sepatah dua kata jugak bil tengok promosi Qu Puteh ni makin hari makin melampau over nya.

Sebelum ni dia taja juta2 kat Anugerah Juara Lagu.pakat habis orang kena morning sickness katanya dok dengar promosi Qu Puteh. Ni dia taja pulak rancangan bintang bersama bintang yang semalam rasanya baru 1st episod.Dah dengar rungutan yang naik pening dengan iklan QU puteh sepanjang rancangan tu.over sangat kot. Ikut dia nak sepanjang rancangan tu pada setiap persembahan 5 minit sekali kena sebut Qu puteh. semak tau tak? Kalau nak iklan Qu Puteh kau beli je la semua slot iklan kt tv3 tu kan senang. Bila kau taja rancangan hiburan macam tu kau nak juta ratus kali orang sebut Qu Puteh dah tak nampak macam pertandingan lawak tapi macam rancangan iklan produk kau.

Benda macam ni merosakkan kualiti rancangan hiburan. tau la kau taja,kau keluar duit tapi jangan sampai orang dah tak terhibur dengan lawak pelawak sebab rasa annoying dengan iklan produk ko yang melampau sangat menonjol dalam rancangan tu. tv3 pun jangan asal orang tu keluar budget juta juta sampai dah tak fikir keselesaan penonton. Aku tau dato vida ni suka orang kutuk dia sebab boleh jadi viral tapi kalau viral benda yang negatif tu tak berapa elok sangat kot.

hope dato vida tak beli lagi rancangan hiburan atau majlis anugerah untuk jadikan slot iklan produk dia.meluat pulak rasanya kalau over sangat.jadi semak nak tengok rancangan yang ada tajaan dari dia.confirm rasa nak mencerca.

Moral of the story, sebab pentingnya beserderhana & berpada pada. Kalau over sangat pun jadi bahan keji orang je.

kang ada la komen yang kata aku dengki la,rezeki dia la,kesian dengan kisah hidup dia la.hope paham entri ni takde kena mengena dengan dengki atau kisah sedih hidup dia.sila bagi komen ikut topik perbincangan.

p/s : hari ni update live dari tab guna pakej internet 150mb untuk 1 hari. sebab streamyx tetiba je down.nak kata kena bar dah bayar.tu pun minta kena cerca 500 patah perkataan jugak tu.hahahaha

17 comments:

  1. x berkenan jugak promosi over2 ni...

    ReplyDelete
  2. Memang semak. Hilang mood nak tengok tv

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah semak.. dah hilang mood..
      naper xtutup je.. bodoo punya mamalia .. !!!

      Delete
  3. setuju..Fida pada mulanya dah tgk masa spy BBB petang tu..masa tu pun dah tengok over dah...
    Semalam punya pun Fida sempat tgk Achey buat persembahan lepas tu nampak sgt nak promote Qu Putih tu..terus tukar Channel tgk citer Korea...Agak2la nak promo produk pun...biarla diaorang buat lawak sendiri tanpa selitkan Qu Putih tu...

    ReplyDelete
  4. Menyampah tengok iklan tu..entah apa² je Qu Puteh ni..

    ReplyDelete
  5. Akak nampak je dia yang taja, akak terus immediately kata dalam hati, tak nak tengok rancangan ni tak kiralah best ke tidak! Memang over tau. Kalau ya pun nak buat promosi gempak, apa kata buat satu rancangan TV untuk produk sendiri. Yang itu, nak mention setiap 5 minit ke, setiap saat ke, beribu-ribu kali ke terserah.

    Baru pagi ni akak borak dengan kawan pejabat, lebih pada mengumpat untuk dapat dosa percumalah. Kata kawan akak ni, untunglah dia, dapat pahala banyak dok kerana kita-kita yang tiada kaitan ni mengutuk. Datin Bedah ni kan, kalau nak sangat orang tengok, make up dah okey tapi bab baju dengan crown tu Ratu Elizabeth pun boleh jatuh terduduk tak tahan nak gelak!

    ReplyDelete
  6. qu hitam qu hitam... barulah hitaamm

    ReplyDelete
  7. setuju, terlalu byk sgt iklan. nk tengok rancangan tu pun rase da tawar hati...

    ReplyDelete
  8. laku sgt sgt ke Qu Puteh ni sampai taja juta2 ... cam tak laku je ... sbb dh taja ajl tu br aku kenal produk ni

    ReplyDelete
  9. tu lah marketing strategi dia.. saya pon kalau banyak duit. sure akan buat marketing kow2 mcm tu... tp sebab xda duit banyak.. xdapek la nak buat (: chill

    ReplyDelete
  10. tak tengok pun..tapi kalau dah qu puteh yang taja kompem la tak de beza dengan AJL hari tu..sampai jadi rancangan Qu Puteh dah..tenggelam terus nama rancangan bintang apa ke benda entah tu..

    ReplyDelete
  11. Mmg tak layan pun... Tgk tajuk pun dh tahu..

    ReplyDelete
  12. Mmg tak layan pun... Tgk tajuk pun dh tahu..

    ReplyDelete
  13. Anak2 akak pun menyampah nak layan rancangan tu...

    ReplyDelete
  14. Semak dan serabut tgk tong tu tergedik - gedik kat TV.klu dah hodoh tu hodoh jgk lah. sape beli produk dia mmg buta ke apa... dia tempek bedak 2 inci tebal kat pipi pastu kata putih. badan macam badak sumbu masih lg nak percaya kat produk dia.

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com