RUMAH YANG JIN SUKA TINGGAL

4/05/2015 11:33:00 AM suria lekatlekit 6 Comments

Bukan semua rumah Jin suka nak menumpang. Ingat jin takde taste ke? Jin pun ada taste jugak tau..  Almaklum makhluk bernafsu ni harus la ada citarasa ye dak. Mesti ramai yang nak tau ciri2 rumah macam mana jin suka sangat nak tinggal even berpenghuni sekalipun. Jin ni spesis dia suka jer.. dia tak kira la rumah orang ke sapa.. Suka hati jin je dia nak tumpang. Jom kenali jenis rumah jin suka tinggal

Sumber google

1. Rumah yang di bina atas penempatan Jin. Yelah.. depa kan makhluk ghaib kita mana perasaan kan tempat kita buat rumah tu sebenarnya tapak rumah jin. Tempat jin suka adalah tempat yang ada mata air takkan kering walau musim kemarau. So, kalau nak buat rumah nampak tapak rumah tu macam ada ciri2 ni rujuklah pada mereka yang arif dulu.

2. Rumah yang di bina atas kawasan kubur, tempat orang yang mati di bunuh atau tempat yang pernah orang buang mayat sebab jin suka berkumpul di kawasan perkuburan atau tempat yang pernah berlaku kematian macam di bunuh atau mayat yang di buang di situ. Kalau kita buat rumah kat tempat2 macam tu automatik jin akan turut tinggal bersama kita. Sebab tu kalau nak buat rumah kat tempat2 macam tu mesti di bersihkan dahulu sebelum membina rumah.

3. Rumah yang dibina di tempat yang pernah menjadi tempat pembuangan jin. Yelah.. kadang2 jin yang dihantar melalui sihir atau jin belaan.. orang akan buang. Risiko dia perumahan yang di bina di kawasan yang pernah jadi hutan. Yelah.. hutan kan salah satu penempatan jin. lebih-lebih lagi bagi rumah yang tidak didirikan solat, sepi dari Azan dan Iqomah, sepi dari bacaan ayat-ayat suci al-Quran, sepi dari zikir, tasbih, tahmid, solawat dan sebagainya.

4. Rumah yang menjadi tempat laluan jin keluar masuk dari alam ghaib ke dunia manusia. Selalunya tempat macam ni jin yang ada bersahabat dengan manusia. Laluan tu di gunakan untuk bertemu dengan manusia yang meminta pertolongan dari dia. Kalau kita bina rumah kat tempat macam tu jin akan jadikan rumah kita sebagai tempat persinggahan atau markas mereka. 

Cukup la 4 ciri2 rumah yang di sukai jin. selebihnya korang boleh baca kat sini >>10 JENIS RUMAH YANG JIN SUKA TINGGAL DIDALAMNYA<<

Moral of the story sebelum nak bina rumah kat sesuatu tempat tu mohon rujuk kepada mereka yang lebih berpengalaman & arif tentang perkara ghaib ni. Tapi jangan pulak dok cari orang yang amalkan amalan khurafat & syirik pulak.. Orang2 macam selalunya berdamping dengan jin.. Nak halau jin kang di bagi lagi jin lagi haru.

6 comments:

  1. Takut juga dengarnya sis. Kadang² kita tak tau kn? Tapi perlu ambik tau jugak.

    ReplyDelete
  2. Sbb tu la org tua dulu suka minta izin datuk nenek tu... Sbb kpcyaan dulu dgn jin lagi kuat..

    ReplyDelete
  3. rumahku syurgaku..tapi kalau macam LL dok habaq nie,memang kena hati2 la nak bina sesebuah rumah tue..

    ReplyDelete
  4. Rumah saya yg no 4 laluan dia.kata seorang kwn la

    ReplyDelete
  5. Rumah saya yg no 4 laluan dia.kata seorang kwn la

    ReplyDelete
  6. Kita ni kadang-kadang manalah tahu. Ada tu dah siap beli, dah duduk barulah nak rujuk pakar. Haruslah kena rela hati menunggu jin pindah keluar dari rumahkan...

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com