RUPANYA BLOGGER PUAKA NI LAVENDER MUMMY

29.4.15 Suria Lekatlekit 8 Comments

Terbongkarlah rahsia sebenar.. siapa lavender mummy. Rupanya dia. Selama ni sapa pun tak perasan. Tulis blog sejak 2009. Dok ambil job review berbayar menggunakan no account yang sama pun orang tak dapat detect. Siap kalau ada produk free, alamat rumah pun dia bagi. Tetap depa tak dapat tangkap blogger yang katanya lavender mummy tapi menyamar jadi orang lain. Tentu hangpa nak tau kan, lavender mummy menyamar sebagai siapa pulak kali ni.
 
Rupanya Si Suria Lekatlekit tu yer.. Patut la takde mana2 blogger pernah jumpa dia. Patut la dia susah nak upload muka dia. Patut la dia cuba sembunyikan identiti dia.. Rupanya dialah Lavender Mummy.

Sekarang ni dia cuba tuduh orang lain pulak lavender mummy sebab nak sorok identiti dia.. Jahatnya Suria Lekatlekit tu. Tapi rasanya Suria LekatLekit ni wujud dari zaman dia ber Dj kat Online Radio lagi. Geng2 online radio dia pun pernah jumpa dia. Tu zaman lekatlekit, zaman Abbyfunny kat Mirc lagi la ramai pernah jumpa dia. Cuma masuk zaman Mummy Suria Lekatlekit jer kehidupan dia berubah 360 darjah katanya. Dari kaki selfie suka upload gambar kat myspace lepas tu ke FB dia mula private semua gambar2 dia & kurang dah nak tunjuk muka.

Adakah Suria Lekatlekit ni ada ciri2 Lavender Mummy? Korang percaya ke Suria Lekatlekit ni Lavender mummy? Pasal kena remove dari KBBA pun dijadikan alasan kenapa Suria Lekatlekit ni Lavender Mummy. Pasal kena ugut saman dengan blogger tet tu pun jadi point untuk kukuhkan alasan Suria Lekatlekit ni Lavender mummy. Mummy tu betul la aku mummy kepada anak aku tapi lavender tu bukan aku. hahahaha. Pasal KBBA tu takde kena mengena langsung dengan identiti aku. Depa pun ada alamat rumah & no tel aku. Nak siasat sangat datang ketuk pintu jer. hahahaha


Nak gelak pun ada.. dia terasa dengan status aku berkaitan dengan lavender mummy, dia jadi cuak kemudian dia kata aku fitnah dia. Kalau kau bukan lavender mummy dah kenapa pulak kau sorang jer terasa. ramai lagi makhluk alam maya yang muncul dengan menyembunyikan wajah tup2 ko sorang jer terasa, dah kenapa.

 Aku syak dia terasa dengan status aku ni sebab status ni je aku up sebelum ni pasal lavender mummy tapi berhari selepas up dia up status sebut pasal cerita hantu tu. Hahahaha.. Takde sebut atau hint pasal dia pun tup2 terasa. Musykil jugak kan? Dia lavender mummy atau bukan, dia je yang tahu. kekekeke

Aku tak tuduh sesapa malah tak point pun nama sesapa, tapi kalau dengan identiti yang mencurigakan kemudian tup2 kau terasa lebih, so sapa makan cili dia la rasa pedas. Mustahil orang terasa dengan sesuatu yang takde kena mengena dengan dia. Pelik jugak.


Moral of the story.. orang buat salah ni kadang2 dia cepat cuak. Bila gelabah tu yang terkantoi. Jadilah penipu yang bijak. Tak letih ke asyik jadi sesumpah. Asal kantoi bertukar wajah. hehehe << khas untuk lavender mummy yer bukan orang yang bukan lavender mummy >>

Pesanan khidmat Masyarakat : Spesis penipu ni bukan lavender mummy jer.. banyak. Jadi berhati2 bila berurusan secara online ni. jangan mudah percayakan orang. Korang nak tahu pasal lavender mummy korang google jer. Macam2 cerita penipuan dia buat tapi licik mengalahkan belut. Susah nak tangkap. Pakai pelincir apa pun tak tau. hahahaha

8 comments:

  1. hehe....mcm2 hal le. Sape pulak ayuni ni? terbelit2 pulak citer dia ni. Adoiii....

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum kak, pening kepala baca hahahhaha

    ReplyDelete
  3. Eh, memang excitedlah baca pasal Lavender Mummy ni. Tapi kalau baca entri dia, rasa macam sopan jerk. Manalah orang tak tertipu. Dia ni memang spesies tak serik ke? Memang hebatlah kalau buat jahat berkali-kali tapi orang masih tak boleh tangkap. Akak is pelik sikitlah ya.... pagi tolong hantar kuih mak buat kot, pastu kerja kat IIUM separuh hari jerk, ada anak-anak 'murid' maknanya pensyarah ler takkan cikgu tadika pulak....petang buat consultation (law maybe...) malam belajar kat UM (belajar PhD la tu...) Okey, 'kau memang rajin kebaboom'. Yang lagi tak menahan macam-macam assignment dia kena buat, undang-undang lagi tu! DAEBAK! DAEBAK!

    Akak ingat akak je yang berazam menulis di alam maya tanpa keluar wajah rupa-rupanya LM ni lagi low profile....

    Nak senang cerita, kalau Ayuni bukan Lavender Mummy apa kata tunjuk je muka bagi orang jealous akan kejelitaan Ayumi Hamasaki eh, bukan... Ayumi Rahilah ni....muka LM kita semua pun dah tahu macamana rupanyakan.....

    ReplyDelete
  4. Wajah dia yang misteri gitu,takut le tu..kalau dia jujur takde lah kantoi,ni sapa makan cili dia terasa pedas,siap dia kutuk kite lelaki gatal pasal kita mintak dia upload gambar sebenar..haihsss..tak faham

    ReplyDelete
  5. Kathy tak tau siapa blogger ni sis. Rasanya tak pernah masuk belog kathy pun.

    ReplyDelete
  6. Ok la..kalau tak nak tunjuk muka sekurang2 nya tunjuk bekas jerawat..kami semua cam tau bekas jerawat LM..kalau bekas jerawat tak belopak baru sah bukan LM...

    Ekekkekk

    ReplyDelete
  7. saya tak ambik pusing sangat tentang perkara ini..

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!