TIPS UNTUK NAMPAK MURAH BILA BELI PRODUK BIO ESSENCE

4/07/2015 02:42:00 PM suria lekatlekit 8 Comments

Ramai yang kata agak mahal & segelintir yang rasa harga dia biasa - biasa jer bagi golongan yang bekerjaya tapi aku pulak rasa sebenarnya bio essence ni nampak mahal tapi sebenarnya murah. Kalau nak beli tengok harga tiga empat kali jugak letak & ambil kan. Sebab harga seunit dia boleh tahan jugak bila nak bayar. Sebenarnya ada cara untuk kita buat harga dia nampak murah bila nak beli produk bio essence ni.

saka2 yang aku bela sekarang. hahahaha

Itu kalau kita tengok harga memang nampak mahal tapi try buat kira2.. sebab produk bio essence ni memang tahan lama. Paling sekejab pun 3 bulan. antara cream2 dia yang aku guna, tanaka white double whitening night cream & Snail repair & smooth cream, Bio essence gold water & Sunscreen moisturizing cream SPF 56 (aku guna time nak keluar jer).. sampai sekarang tanaka white memang dah 3 bulan still ada lagi tapi hujung2 nyawa. Tahan la seminggu lagi kot.. Snail repair yang rasanya tahan 2 minggu lagi. Semua dah melepasi umur tiga bulan. Yang snail repair tu sehari 2 kali aku guna, tanaka white aku guna sekali je sebab night cream kan. Cleanser dia yang pernah aku guna snail cleanser, bio water foamy cleanser & sekarang tengah guna bio water miracle cleanser.. yang dah totally habis snail cleanser memang 3 bulan. Yang bio water foamy tu dah lama aku beli tapi aku guna tak consistent tak habis2 lagi.. yang bio water miracle aku guna baru masuk minggu kedua. Yang bio gold water tu baru je beli hari ahad aritu, tapi rasa boleh tahan 4 5 bulan kot. Botol besar & guna bukan banyak pun tiap kali pakai.

Meh kita buat kerja sekolah matematik sikit..  Aku beli Tanaka white dengan harga RM48++ tapi tu harga offer kalau tak offer rasanya harga dalam RM70++ Bahagi dengan 3 bulan harga untuk sebulan tak lebih dari RM25 pun cream tu. Yang snail repair & smooth cream aku beli masa offer jugak RM70 tapi masa offer kalau tak offer harga dia dalam RM99. Kalau bahagi dengan 3 bulan harga dia dalam RM33 macam tu la. Snail Cleanser harga dalam 24 (aku guna 3 kali sehari). Sebulan lebih kurang RM8 jer.. Bio water miracle cleanser pun lebih kurang je harga dia dengan snail cleaser. Yang bio gold water harga aku beli RM77++ (harga dah campur GST), kalau tahan 5 bulan bermakna sebulan dalam RM15 je. Kalau 3 bulan.. sebulan budget dalam RM25 camtu je. Sebenarnya tak perlu nak guna semua yang produk bio essence. Guna 1 cream & cleanser pun rasa ok dah. Bagi aku kalau takde budget aku akan guna snail cream @ bird nest cream & bio water miracle cleanser tu je cukup. Kiranya sebulan untuk skincare paling budget RM50 sahaja. Tapi produk bio essence kita tak perlu beli tiap2 bulan sebab produk dia tahan 3 bulan.

Sebagai surirumah tingkat 9 ni.. kita takde income tetap sendiri. Macam aku income dari blog ni nak kata banyak sangat pun tak.. nak kata takde langsung tiap2 bulan tu ada la jugak masuk buat menabung kat guardian katanya.Even surirumah kita pun nak merasa cantik macam orang lain jugak kan. Cuma tu kekadang kemampuan terbatas.. Kadang2 nak beli sesatu benda tu pegang letak dekat 10 kali sampai salesgirl pandang pun dengan pandangan miskin giler.. padahal bukan tak mampu bayar tapi rasa alahai mahal jugak. Berbaloi ke beli.. So tu la cara aku pysko diri aku bila nak beli produk bio essence. Aku selalu fikir.. bukan untuk sebulan tapi untuk 3 bulan.. sebulan baru berapa hengget jer. Baru la aku tabah ambil & bawak gi kaunter cashier. Aku tak beli semua dalam satu masa.. aku beli satu2 dulu. Kalau nak beli semua mau patah debit card aku. hahahaha. Sebulan satu pun ok. Lama2 boleh la buat koleksi katanya. Pun macam tu kemampuan setiap orang berbeza. Murah bagi kita mungkin ada yang rasa mahal.. Tetap kena berbelanja ikut kemampuan.

Moral of the story.. Nak beli sesuatu produk jangan hanya nilai dari harga seunit tu tapi kena fikir berapa lama boleh tahan & berapa gram isinya, Kadang harga RM20-RM30 tapi cuma tahan sebulan. Kalau 3 bulan budget dah RM60-RM90 sama je harga dengan produk bio essence. Tang mana murahnya? Jadilah pengguna & pembeli yang bijak jangan tertipu dengan harga yang murah. Peace!

p/s : Produk bio essence beli di guardian @ watson lebih murah berbanding tesco. Aku terkena beli bio water cleanser miracle. kat tesco RM29.90 tengok kat guardian baru RM24++

8 comments:

  1. akak punya skin care ,kalau akak pakai biar sampai titisan yang terakhir..hahahah..kita bukan kerja gaji tetap..income bulan2 pun kadang2 dapat 100 je..jadi kena bijak beli dan guna.beli benda yang betul2 kita akan guna dan guna sampai habis..jimat pun kena jugak tu..heheheh..makna kata kalau dah tak kerja ni tetiba jadi bijak bab2 gini..kan??hahha...nak beli satu set tu memang bengkok la..jadi beli satu2 dan jimat ...ekekeke..;

    ReplyDelete
  2. Hehehehe.. Bertambah tergoda dgn bio essence kalau macam ni. Lebih kurang mcm shaklee jugak la sis. Beli mcm mahal tapi tahan sampai 2-3 bulan dan ada yg lebih lama. Kathy pun nak beli produk yg bajet besar macam ni akan buat kira² mcm sis. Bandingkan harga dan jangkamasa penggunaannya. Tapi kalau ikut mcm sis cakap,berbaloi beli ni.

    ReplyDelete
  3. betulll... dulu pakai produk loreal.. nk melabur tu mula nya rasa agak mahal.. tapi sebenarnya murah je.. kuantiti dia boleh tahan 6 bulan... dah tau mahal..pakai pon ciput2 je..wakakaa

    ReplyDelete
  4. good tips.. thanks dear :)

    www.haneeza.com

    ReplyDelete
  5. semakin menarik tertarik-tarik nak guna bio-essence

    ReplyDelete
  6. Math calculation Suria ni akak nak tunjuk kat HD untuk membuktikan yang 'it's worth buying' *_* Buat kata isteri mithali nak pakai SKII, tak merana hati HD nanti kena top up duit perbelanjaan kecantikan& keanjalan muka isterinya? Ahah, sure tak nak. Makanya, calculation ni nanti akak tunjuklah kat HD yerk :)

    Suria, masa akak 'terbeli' set Birdnest hari tu (bagak-bagak isinya-cleanser+serum+lotionawetmuda) baru RM170. Ni Suria beli satu 24K gold berkarat dah RM77 ni, mahal tu ~_^

    ReplyDelete
  7. Salam sis...blh share x mcm mne nk buat duit atau nk dptkn income melalui blog atau guna blog?

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com