FAMILIA MYVI CLUB OFFICIAL MEMPERBODOHKAN YANA

5/04/2015 12:11:00 PM suria lekatlekit 4 Comments

Aku baru jer ikuti page Familia Myvi Club Official ni semalam. Memula aku ingat page ni sekadar untuk memberi penjelasan pada semua yang berlaku tapi bila tengok admin dia yang aktif sangat update & kekadang status tu nampak macam memperbodohkan diri sendiri aku mula rasa macam something wrong somewhere jer.


Aku ni jenis bukan terima apa yang datang bulat2.. aku jenis belek2 dulu & fikir logik akal. So logik akal aku rasa macam page ni fake account sekadar provoke jer. sekarang ni asyik petik nama UMNO. sikit2 UMNO.. sikit2 UMNO. Status pun nampak macam memperbodohkan admin FMC si Yana tu. Tapi sampai sekarang tiada penafian di buat dari pihak FMC so susah la nak cakap kesahihan Page Familia Myvi Club Official tu. .


Biasa la.. Bila berlaku benda2 macam ni, mesti ada yang menaguk di air yang keruh. Ambil kesempatan atas kesempitan orang lain. Bukan kata aku di pihak FMC.. aku myvi pun takde mana layak nak join depa ye dak. Bukan jugak aku menyokong mereka. Tapi dari korang dok layan page provoke macam tu.. Dengan hangpa sekali nampak bodoh termasuk aku ada jugak dua tiga komen aku tinggal kat situ sebab mula2 tak berapa perasan sangat. Bila dok baca status kat situ.. Kalau aku Yana, Rasanya aku tak update benda2 macam tu. Dah la kes tu tengah hot & spicy lagi buat apa nak panas kan orang ramai kat luar sebab benda tu mampu mengancam club mereka sendiri. Ada ke orang suka rasa terancam? Pelik jugak la sebab apa yang berlaku pun bukan depa sesaja buat nak publisiti tapi sebab kebanggangan 6 pemandu myvi dari club mereka tu mengundang kecaman dari orang ramai. Tapi kalau buat jugak memang jenis orang bodoh gila glemer la.

Page2 provoke macam ni kalau kita tak support ia takkan wujud. apa jer depa update kita tak payah emosional sangat la reply nanti depa tau depa berjaya provoke kita dengan status2 yang merangsang kemarahan kita pada FMC. Tak adil jugak menghukum semua sedangkan yang bersalah cuma 6 pemandu. Page2 camtu sekadar nak hasut kita anti FMC & yana selaku admin club tu.

Moral of the story.. Orang bijak mengkaji berbanding orang yang kurang bijak hanya terima apa yang datang. Even kita takde la bijak mana tapi jangan sampai senang di perbodohkan.

P/S : Aku tak confirmkan Familia Myvi Club Official ni adalah Fake Account sekadar untuk provoke cuma dari logik akal aku yang belajar tak tinggi mana ni rasa something wrong somewhere jer page tu.  Tapi kalau memang di update oleh admin FMC yang sebenar si Yana tu memang bodoh la minah tu. Sesia pakai myvi katanya... hahahaha

4 comments:

  1. Setuju orang bijak ada prinsip dia sendiri takkan mudah ikut-ikut orang jer...

    ReplyDelete
  2. ni semua nak melepaskan diri nyer hal la ni...dah buat mana nak berani tanggung kan....3 nyawa tu...hutang dia ngan 2 lagi nyawa terselamat tu kena fikir...boleh aman damai hidup ke...ermm....kat SANA nanti ada orang dalam boleh tolong ke?

    ReplyDelete
  3. Hmmmm... Apa pun alasan,nampak sangat kesalahan diorang bila di lihat dr cctv tu. Ingat tgh blakun fast and furios ke di highway tu? Inilah padah kalau kebangangan diternak.

    ReplyDelete
  4. Haha...tp aku mmg harap myvis tersebut dot blsab setimpal

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com