JALAN BATU KURAU KE TAIPING SERAM & BERHANTU

5/29/2015 08:06:00 PM suria lekatlekit 7 Comments

Malam ni segmen seram serik lekat lekit ke bahagian utara tahan air pulak.. Kisah seram malam ni adalah berkisarkan kejadian2 seram yang berlaku di jalan yang menghubungkan batu kurau dan taiping. Banyak versi jelmaan2 seram berlaku di jalan ni.. Tarik nafas, baca bismilillah.. kosongkan minda meh kita baca Kisah Misteri & seram Jalan Batu Kurau ke Taiping.


Alkisah.. kisahnya jalan ni di katakan amat menyeramkan sehingga kalau ada mana2 pemandu teksi atau orang yang bekerja sampai lewat malam yang nak balik rumah & terpaksa guna laluan ni sanggup tak balik rumah dulu. Tidur la mana2 masjid katanya dari mengadap benda2 seram yang dok main aucak tetengah malam. Boleh kering darah di buatnya.

Antara kejadian seram yang pernah berlaku pernah orang terserempak dengan orang tua tak berkaki naik basikal yang laju mengatasi logik akal seorang manusia di tengah malam. Orang tua, naik basikal tua, kayuh kemain laju.. dia kayuh pakai apa tu aku takde jawapan. Yang di ceritakan cuma tu jer. Siapa orang tua tu.. Misteri nusantara lagi.

Kisah lain.. seorang perempuan dukung anak menahan teksi di tepi jalan tengah2 hutan yang takde penempatan manusia. Siapa perempuan tu? takde jawapan.. secara logik buat apa seorang perempuan kat hutan tengah malam buta dengan anak. Antara kejadian2 lain yang takde kaitan dengan jelmaan jasad seperti manusia.. adalah babi putih lintas jalan.. bebola api yang tiba2 muncul depan cermin kereta. Kalau ikut kepercayaan orang2 kampung.. jenis bebola api ni maybe langsuir. Tapi yang dok menyakat orang yang guna jalan tu.. tak tau la spesis hantu apa. Aku agak je la...

Tak pelik sangat kalau tiba2 mahkluk ni muncul sebab kawasan hutan salah satu penempatan jin. tetiba tebuk hutan buat jalan dia pun nak menikmati prasarana yang kerajaan sediakan jugak even tak layak mohon BR1M.Yelah.. rakyat Malaysia juga so dia berhak guna kemudahan di sediakan. hehehehe

Moral of the story... Balik kerja awal sikit. Kalau tak serempak dengan hantu pun takut orang kat rumah naik hantu. hahahaha

Sumber Anjang Dollah

7 comments:

  1. Rasanya selalu jugak lalu jalan ni memalam sebab aku kalau balik kampung mesti dah petang raya.. so sampai jalan tu memang malam... alhamdulillah laa takde la kejadian ngeri melainkan aku nampak laa "insan2 halus" kat pokok getah area situ... heeeeeeee

    ReplyDelete
  2. memang seram jalan ke batu kurau tu..tapi kami kerap lalu ..dah berapa kali lalu malam2..Alhamdulillah belum pernah di ganggu..

    ReplyDelete
  3. wah.. pakcik yang berkayuh basikal tanpa kaki tu memang seram la.. silap-sila pemandu yang tertengok pakcik tu kayuh basikal boleh terbabas ke dalam longkang.

    ReplyDelete
  4. Moral of the story : Janganlah berkelana memalam buta especially bila time hantu nak beriadah dan sibuk lalu-lalang depan mata! Habis cerita!

    ReplyDelete
  5. kg sy tuh... hurmmm tggu raya br blk kg...

    ReplyDelete
  6. kampung sy tu kampung pondok quin

    ReplyDelete
  7. lahh...jln tu berhantu ke? selamba je lalu situ malam2 gi jln taiping. maklum arr...pelancong lah katakan. tp masa lalu situ ada gak snap pic hutan tu masa remang senja. al kisah masa tgok balik pic tu tetiba mcm tanjat gak sbb kt cermin keta nmpk kelibat pochooongg...omg...tp saya abaikn je sbb anggap mebi reflect cahaya. huhu...

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com