KERANI DI MALAYSIA SAMA TARAF DENGAN BIBIK INDONESIA

30.5.15 Suria Lekatlekit 4 Comments

Ni bukan menghina atau memandang rendah pada sesiapa atau apa2 pekerjaan yer tapi hakikatnya sekarang dah nak jadi macam tu. Cuma beza nak jadi kerani paling2 kena pandai typing surat menyurat, buat filling, koman2 kena pandai basic computer & tahu cara menjawab telefon & greeting dengan betul. Tapi kalau setakat nak jadi bibik @ orang gaji.. depa tak minta sijil sekolah apatah lagi sijil computer bagai. Cuma kau perlu mengaku reti buat kerja rumah even sebenarnya kau tak reti pun dah lulus jadi bibik.

Apa korang ingat semua bibik expert dengan kerja rumahtangga ke? Tapi yang expert mengerjakan rumahtangga orang sampai telingkup dah makin ramai. Yang berlagak pandai dari majikan pun dah semakin membiak. Tu tak cerita lagi yang rajin curi tulang, dera anak orang & caras laki orang atau caras harta benda majikan.

Bayar ribu riban dapat amah gila camni. Lambung2 anak orang hempas ke lantai lagi nangis

Tapi bukan la nak cerita yang buruk2 pasal bibik ni.. cuma tetiba kecoh satu alam maya katanya gaji bibik @ pembantu rumah indonesia bakal dia naikan sehingga RM1200. Dah sama level rate gaji kerani kat Malaysia tu. Silap2 ada tempat gaji kerani pun lagi rendah dari tu. Takkan kot kerani kat Malaysia harga sama jer dengan dengan bibik indonesia. Alahai kesiannya. Nak jadi kerani pun sekurang2nya SPM jugak tapi nak jadi bibik tak pernah kenal sekolah pun boleh.

Makin demand pulak depa sekarang. Kalau bayar mahal2 tapi perangai macam bibik kak LydiaMiza, dengan majikan pun kurang respect, kerja pun asyik nak curi tulang, hari minggu asyik nak ajak pergi Mall mau migrain majikan. Bayar mahal2 sekadar untuk menyusahkan makan hati majikan di buatnya.

Kalau ikutkan bibik ni tempat tinggal, makan semua majikan sediakan.. Bila nak up gaji lagi jadi bebanan jugak la. Dah nak kena bela makan minum bagai.. Nak kena bayar gaji mahal pulak. Kerani pun takde bos tanggung makan minum & tempat tinggal. Alahai sedih sangat Malaysia ku ooi!!

Moral of the story.. Kalau dah basic bibik sama dengan kerani makesure bibik tu sekurang2nya lulus SMP ke SMA sekolah menengah depa.. aku pun tak berapa tau sangat. At least boleh jadi cikgu tuisyen sekali kat anak2 majikan. Baru berbaloi bayar ribu riban.. ye dak? kekekekeke


yang menarik
Adakah korang tergolongan dalam golongan tipikal mak bapak zaman sekarang yang buat semua benda ni kat anak anak? Jom tengok
15 Typical Things That Kiasu Malaysian Parents Do

4 comments:

  1. SETUJU!!!.
    Semalam bila tgk kat TV..menyirap darah Fida..Makin melampau kan...bayar gaji mahal..buat kerja tak teruk mana pun..setakat basuh baju,,jaga anak..pastu satu amah hanya boleh buat satu kerja...tapi gaji mahal nak mam...umah makan semua ditanggung majikan..lebih baik ambik pelarian rohingnya...lagipun dah sah2 depa tu perlukan bantuan kita...Indonesia ni dah belagak la.

    ReplyDelete
  2. Setuju sangat...
    dulu2 mase bru habis study pun cuma dpt gaji RM800 jer ...abis smua kena buat admin + account sekali..... lepas tu pernah jugak dpt basic salary RM650.. kerja kerani lah masa tu.. klu gji RM1200 tu basic salary kerja sy skrg.. sungguh tak adil kalau bibik dpt naik gaji sama taraf ngan kerani...sbb kerani tak disediakn tempat tinggal, mkn minum sendiri, transport sendiri..
    klu nk gji mcm tu boleh... tpi kerja pun kenalah tiptop...

    ReplyDelete
  3. mak oi.. gaji mahal beno eh? terus jadi bangga pula sebab kathy suri rumah sepenuh masa,jadi tak perlulah ecik hubby nak menggaji maid mahal macam ni...

    ReplyDelete
  4. Dulu pun depa minta naik harga. Siap minta satu task, satu gaji. Kalau nak kemas rumah dan jaga baby, kena bayar untuk dua task gitu. Bukan main lagi time bayaran nak lebih jerk tapi kerja memang asyik minta kena sumpah jerk 24-7.

    Okeylah kalau mereka nak naik harga. Kita minta pulak kelulusan sama macam kerani kat Malaysia. Lepas tu semua makan minum, penginapan, tolak gaji. Takkan semua majikan nak tanggung lepas tu kerjanya lambung baling anak orang. Cis!

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!