MAK BAPAK SIBUK BEROMEN BIAR ANAK MAIN SENDIRI KAT TEMPAT AWAM

5/28/2015 02:25:00 PM suria lekatlekit 8 Comments

Bukan la kata aku ni mak yang memang prihatin sangat tapi aku antara jenis mak yang overprotect jugak nak2 lagi kat luar & tempat awam yang ramai orang. Nak lepak2 online sambil biar je anak bermain memang bukan jenis aku. Setiap pergerakkan anak aku tu memang tak lepas mata aku pandang. Sebab dalam otak aku asyik fikir, seminit pun boleh jadi macam2 benda buruk.


Hari minggu lepas kat selayang Mall.. kat tingkat atas tu kan ada tempat permainan games segala bagai. Memang ramai orang & ramai jugak budak. Aku memang kalau ke selayang Mall suka bawak anak aku main2 kat situ even tak pernah beli token pun. Alah bagi dia main gitu jer. Hahahaha... takpe anak aku tak pernah kisah pasal tu.

Sambil2 dok layan anak aku main kat situ tengok la sepasang mak bapak ni bersama seorang anak kecik yang aku rasa anak dia lagi muda dari anak aku. Di biar je la budak tu main, depa laki bini sibuk dengan smartphone & dok bermanja kat situ. kemain dok beromentik, Tak pandang pun anak yang kejab ke sana, kejab kesini main sorang2 kat tempat sesak macam tu. Kalau orang nak culik senang2 jer.. Rasanya lepas jugak keluar dari Mall yang tak berapa besar macam selayang Mall tu baru mak bapak dia perasan. Aku pulak tolong  risau tengok anak dia.. aku pulak jadi tukang tengok2 kan anak dia sementara anak aku dok main kat situ.

Zaman yang kita boleh dengar hari2.. kanak2 hilang, kanak2 kena culik, kanak2 di temui mati di bunuh.. Ada jugak mak bapak yang jenis macam ni. gamaknya masa beranak dia tak rasa sakit kot. Sambil kentut2 tetiba terkeluar anak. Bila dah jadi benda buruk time tu baru reti nak meraung.

Moral of the story.. smartphone hilang boleh kumpul duit beli lain kalau anak hilang mustahil kau boleh beranak anak yang sama macam yang hilang tu sebagai penganti. Jadi.. kat tempat awam macam tu kena selalu ingat seminit kita terlalai mungkin mengundang kesalan seumur hidup. Yang berjaga2 pun kadang2 berlaku jugak benda tak di ingini apatah lagi yang buat sambil lewa.

8 comments:

  1. parents tu Melayu ke?? ish, memang jenis x syg anak kot.

    ReplyDelete
  2. serius memang sakit hati tengok parent yang macam ni. lately ni memang banyak berlaku. saya yang belum kawin ni pun geramn je tengok....

    ReplyDelete
  3. yup..pernah jumpa parents macam tu.. seriau tengok anak lari sana lari sini..

    ReplyDelete
  4. ish..ada parent yang tak risau anak ye..

    ReplyDelete
  5. Alamak ai.. Kalau hilang nangis tak berlagu tu..

    ReplyDelete
  6. Hadoii..camgini punya mak pak pun ada.kalau kita kalau blh nk kepong anak kita dr main jauh2

    ReplyDelete
  7. betul..kebnykkan ida tgk..diorg suka biar ank2 lari sana sini..diorg wt hal sndiri...nth apa2 la..

    ReplyDelete
  8. btul..saya sokong awak.dan saya pun antara mak2 yang overprotective kot.bkn setakat overprotective bab keselamatan,bab kesihatan bila main2 kat playground camtu.huhu~~tapi memang, saya akui, saya akan cuba sedaya upaya bukak mata luas2 bila lepaskan anak bermain,gadjet semua simpan tepi.....banyak kes culik sekarang...takut.

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com