8 PERKARA YANG BAHAYA DI KONGSI DI LAMAN SOSIAL

26.6.15 Suria Lekatlekit 4 Comments

Semalam kecoh pasal gambar anak anak artis di letakkan di web lucah. Sebagai mak bapak berderau jugak darah sebab aku pun ada anak yang lebih kurang sebaya anak2 artis yang jadi mangsa gambar mereka di gunakan untuk web lucah tu (boleh rujuk entri ni >> gambar anak artis dalam web lucah ). Bila katanya ada unsur pedofilia.. Mak bapak mana tak risau. Kecuali mak bapak yang jenis rasa selagi anak dia tak jadi apa - apa tak perlu nak gelabah sangat. Spesis kena terpacak atas batang hidung baru dia rasa benda tu bahaya. Tu lantak la.. kalau dah jenis takde kesedaran, biar la dia rasa sakit tu tapi tu la kalau sakit tu dia je rasa ok cuma kalau sakit tu anak dia jugak yang dapat bahagian memang kesian.

Benda macam ni boleh berlaku adalah di sebabkan keterbukaan kita sendiri. Kita rasa macam Malaysia ni terlalu selamat untuk berkongsi apa saja di laman sosial. Semua benda kita nak bagitau orang. Setiap minit setiap saat & setiap apa yang kita buat.. Kita nak update. Tanpa fikir apa yang kita buat tu mungkin boleh mengundang bahaya bukan jer pada diri kita malah ahli keluarga kita sendiri.


Kadang2 apa yang kita kongsi maybe meletakkan diri kita dalam target penjenayah, penipu & risiko yang mungkin kita di kenakan tindakkan undang undang tapi sebab ketaksuban kita berkongsi sampai kita tak sedar benda tu sebenarnya boleh menyusahkan kita balik. Banyak antara kita kongsi 8 perkara ni di laman sosial tanpa rasa benda tu adalah berisiko cuma nasib kita selama ni masih baik jadi kita rasa takde apa yang memudaratkan. Nak tau apa 8 perkara yang tak sepatutnya kita kongsi di laman sosial meh baca kat sini >> 8 PERKARA YANG BAHAYA DI KONGSI DI LAMAN SOSIAL <<

Moral of the story.. berkongsi tak salah yang jadi salah bila kita berkongsi dengan cara yang salah, di tempat yang salah & perkara yang salah. So, hati hati ada yang memerhati.

4 comments:

  1. ye betul.. sekarang penjenayah dah hebat. dia guna media sebagai mencari target kerakusan nafsu jahat diorang. bukan nka kata sebba seks sahaja, malah perompak perompak boleh mencari sasaran dari facebook.. sebab kita pon kdg kdg tak tau siapa kawna kita kan..

    ReplyDelete
  2. teruknye..pasni xnk upload la gmbr ank2..huhuh

    ReplyDelete
  3. Pada pendapat akak, tak payahlah berkongsi semuanya di media sosial. Ada perkara boleh cerita, ada perkara lebih baik kita simpan sahaja. Bab letak-letak status berada di mana, tinggal sendirian blahblah semua tu memang sajalah nak mengundang mara-bahaya.

    ReplyDelete
  4. Nape mesti share semua kat media sosial eh? Gila glamer ke hapa? Jangan cari penyakit dan undang masalah okey..Hehehhee..

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!