BAHAYA MENCANGKUNG SEMASA PAKAI SKINNY JEANS

6/23/2015 02:26:00 PM suria lekatlekit 4 Comments

Sapa kat sini peminat skinny jeans. Ramai.. Tak payah ngaku sorang2. Tengok gambar2 hangpa upload kat FB pun tau jenis seluar hangpa tu. Skinny ni jeans ni bukan golongan free hair je pakai golongan bertudung pun pakai jugak. So, skinny jeans memang ramai penggemarnya. Memang cantik tapi tahukah korang bahaya di sebalik pakai skinny jeans ni nak2 lagi semasa korang mencangkung.


Jangan bohong la korang tak mencangkung langsung masa pakai skinny jeans. Kadang2 korang perlu mencangkung jugak. Mencangkung ni bukan masa nak berak jer... hahahaha.. Tahukah anda mencangkung semasa memakai skinny jeans dalam jangka masa yang lama boleh merosakkan otot dan urat saraf di kaki. Hasil pemeriksaan terhadap 1 kes wanita di US yang dilaporkan terjatuh dan terbaring beberapa jam di lantai kerana tidak mampu bergerak sebelum dikejarkan ke hospital. Sebelum itu, wanita terbabit menghabiskan masa dengan membantu memindahkan barang ke rumah baru saudaranya dan banyak bercangkung untuk mengosongkan almari pakaian. Betis wanita berkenaan bengkak dan dia tak mampu untuk menggerakkan pergelangan kaki tumit. Doktor mendapati tisu otot wanita ini telah rosak kerana mencangkung terlalu lama dan percayai penyebabnya adalah seluar jeans yang ketat di pakainya.

jadi kalau korang nak melakukan aktiviti lasak macam mengemas ke, memunggah barang atau apa2 perbuatan yang memerlukan anda duduk, cangkuk,bongkok,tunduk bagai elakkan pakai skinny jeans. Setakat nak selfie tu boleh la... Tak sesuai untuk melakukan  aktiviti yang memerlukan banyak pergerakkan.

Moral of the story.. nak selesa & selamat pakai yang longgar sudah. Confirm selamat dari kecederaan fizikal si pemakai jugak mental yang melihat. hehehehe. Peace Yo!

4 comments:

  1. Ye la. Elok pki pkaian yg bersesuaian utk aktiviti yg di lakukan.

    ReplyDelete
  2. Aiyaya...bahayanya!!!
    Akk pun pakai skinny tp bkn hat ketat sgt tu..
    Xlulus dek laki kalau pakai cenggitu..hahahaa

    ReplyDelete
  3. seluar ketat mmg xelok utk perempuan

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com