MISTERI NASI TAK BASI SEPANJANG BULAN PUASA

6/22/2015 12:57:00 PM suria lekatlekit 6 Comments

Nasi tak basi pun jadi misteri ke? Misteri la jugak kalau sampai 2 3 hari tanpa di simpan dalam peti sejuk tapi nasi tak basi sebab sebelum ni.. kalau masak siang, siang esok mesti basi. Kadang2 pelik nasi basi tak sampai 24 jam. Masuk jer bulan puasa... Sampai 3 hari nasi tak basi. Memang agak pelik..

Sumber Google

Sebabnya.. cara masak sama. Jenama beras sama. Periuk yang sama jugak masak nasi. Tapi kenapa hari2 biasa cepat sangat basi tapi masuk jer bulan puasa nasi terus jadi lambat basi walau berhari hari. Tu yang aku pelik sekarang ni. Sebab berlaku kat aku.  Selalu kita dok baca kalau makanan cepat basi mungkin salah satu tanda rumah tu ada jin.. Gamaknya bulan puasa jin balik kampung ke hapa. Yelah.. Bulan puasa ni yang kena ikat Iblis & syaitan bukan jin.

Bagus la sempena bulan puasa ni jin2 yang pernah dok membasikan nasi aku dah dapat hidayah terus berubah jadi jin yang baik. Moga jin2 tersebut Istiqomah la melakukan kebaikkan. Gangguan bunyi2 pun dah takde sepanjang 5 hari berpuasa ni. Takde pulak dia sibuk mengemas bagai bulan puasa ni kan. Maybe letih puasa kot. Kalau tak kejab bunyi seret perabut,kerusi, bunyi guli.. 

Apapun itulah keistimewaan bulan Ramadhan yang mulia.. Terhindar dari bisikan syaiton yang ada cuma bisikan "yusof Taiyob" jer...  kalau ada jugak dok jadi jahat bermakna memang bukan pasal syaiton la dia jahat tapi dia memang jahat.

Moral of the story... Bila Iblis &syaitan dah kena ikat korang jangan take over tugasan depa pulak. Dah takde alasan nak salahkan iblis & syaitan.

6 comments:

  1. ada dengar bunyi guli tak .. selain nasi basi bunyi budak main guli, alih perabot dan barang electric sellau rosak...

    ReplyDelete
  2. nasi di rumah memang jarang basi... mungkin adalah sebab musababnya tu nasi tak basi tu...he he he...

    ReplyDelete
  3. Perkara ghaib tak dinafikan ada kaitannya..wallahu'alam. Saya pulak, nasi tak basi2 walau dah 2 hari sbb on mode "keep warm" kat periuk nasi..hihi

    ReplyDelete
  4. jarang nasik nak basi kat rumah akak ni..sebab selalu masak cukup2 untuk makan la2 tu jugak..

    ReplyDelete
  5. Emmm aku masak nasi pun jarang basi....sebab selalu je habis..agagaga

    ReplyDelete
  6. Hehehhe.. Biasa masak ngam² 6 orang makan sekali masak sis.

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com