PEREMPUAN MISTERI BERJALAN ATAS AIR DI TASIK HARAPAN,USM PENANG

1.6.15 Suria Lekatlekit 5 Comments

Kita kembali bersegmen seram serik lekat lekit. Insya Allah selagi ada cerita seram best yang nak share kat blog, aku akan tulis tanpa prejudis. Yang mana rasa suka boleh baca yang rasa duka pergi la masuk selimut & tidur. Jangan seksa zahir & batin baca cerita seram kat blog aku ni.

Alkisahnya pasa suatu hari di tengah malam.. seorang pemuda baru balik kerja tunggang motor lalu depan Masjid Al-Malik Khalid yang berhadapan dengan Tasik harapan, USM. Dia pelik bila nampak seorang perempuan dok jogging tengah malam buta kat situ. Sebab dah pukul 12 tengah malam pejadahnya jogging tengah2 malam. Dah tu pakai pakaian serba putih.

Bila dia nampak macam perempuan tu lari ke arah tasik, dia rasa tak sedap hati. Maybe dia rasa perempuan tu nak bunuh diri la kot, kan? so dia perlahankan motor dia. Tapi bila dia nampak perempuan tu betul betul kearah tasik apa lagi kelam kabut dia berhentikan motor & terus terpa gaya ala2 hero hindustand nak selamatkan gadis impian.

Tapi.. Niat dia terbantut bila apa yang di lihat satu kejadian yang sangat mengejutkan sebab perempuan tu bukan terjun dalam tasik tapi berjalan atas air sehingga ke tengah tasik kemudian hilang macam tu jer.  So, tanpa termenung jauh lagi dia cepat2 pusing balik terus blah dari situ. Kalau korang adakah korang akan tunggu umpama geng seekers yang nak jumpa hantu untuk dapatkan rakaman menarik? Mustahil sangat.. Geng paranormal pun kalau nampak hantu pun kadang2 bersepah lari apatah kita individu yang tak berapa paranormal sangat katanya.

Bukan gambar sebenar

Nasihat si mamat yang serempak dengan makhluk berjalan atas air dalam tasik tu supaya sesapa yang balik lewat malam terutama wanita elak melalui jalan tu. Sesungguhnya dia juga makhluk.. Bagi la dia privacy nak jogging kat situ. Asyik serempak dengan manusia jer.. spoil mood dia nak amalkan gaya hidup sihat katanya

Moral of the story... Bumi ni bukan di huni manusia & makhluk2 yang kita mampu lihat dengan mata kasar malah kita berkongsi bumi yang sama dengan makhluk2 ghaib. Tak pelik la kalau ada yang boleh ternampak sebab jin ni boleh menampakkan diri pada manusia dengan izin Allah. Sapa tak percayakan kewujudan  jin.. Maka dia tak percayakan ajaran Islam la. Peace!

Sumber : FB


Yang Menarik 
Yang kaki contest tu elok la tengok. Sebab hadiah dia bukan cikai cikai. Hadiah semua gempak2. Antara hadiah menarik yang di tawarkan Fuji Instax Camera, gadgets, Starbucks vouchers & banyak lagi. Cara dia senang jer.. Hanya jawab soalan yang di beri hari tu & anda berpeluang menang hadiah menarik tu. Nak tau macam mana nak join meh tengok kat sini

5 comments:

  1. Heehhehehe.. Sis ni kan kelakar la.. Ada juga ye makhluk yg nak amalkan gaya hidup sihat tu.. Adoiyaii..hehehehhe.

    ReplyDelete
  2. Hehe... Ye la kan.. Kita kan berkongsi alam..

    ReplyDelete
  3. hehe....seram tp ttibe klakar part yg jogging tu..bgus hntu tu joging memalam..hihi

    ReplyDelete
  4. Boleh tak pesan kat depa ni, Suria. Kalau nampak perempuan jogging detik 12 malam ke, perempuan jalan tersipu-sipu tepi highway pukul 12 tgh malam ke, tolonglah tak payah susah hati nak ambil pusing. Kalau dah waktu begitu dan pakaian pun serba putih aje, tak payah buang masa nak tanya khabar. Ni mengalahkan cerita seram omputihlah...dah tahu hantu suka aje nak siasat over-over. Kang kalau orang jumpa pengsan kat tepi sungai ke, tepi jalan ke, siapa yang susah? Awak juga!

    ReplyDelete
  5. Sy ex usm..grad 2007..tp x pnh terserempak la dgn 'benda' tu. Mmg tasik tu keras. Member pnh nmpk 'kak lang' dok ats pokok kt area tasik tu kul 12 mlm. Alkisahnya dia n kwn dia ondeway balik drp pesta pulau pinang..tmbhan pula kwn dia tu tgh dtg bulan..lg la benda tu suka..

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!