STUNTMAN MALAYSIA DI LANGGAR BETUL BETUL DALAM FILEM

6/25/2015 11:27:00 AM suria lekatlekit 5 Comments

Bila tengok babak aksi yang boleh gugur jantung kita cuma kagum dengan pelakonnya tapi tak semua benda tu di lakukan oleh pelakon. Disebalik aksi bahaya & hebat tu.. Ada seseorang yang mempetaruhkan nyawa bagi menjayakan babak babak bahaya dalam sesuatu filem atau drama. Jarang kita ambil tahu kisah hidup seorang pelakon lagak ngeri @ stuntman kat Malaysia ni. Mereka tak popular sebab hanya bekerja belakang tabir.. Kita nampak aksi tapi bukan wajah mereka.


Bila tonton video seorang stuntman malaysia ni.. berderau jugak darah sebab ada babak langgar yang secara tak sengaja pelakon yang membawa kereta terlebih had laju semasa dia melakonkan babak di langgar kereta. Melambung stuntman tu kena langgar real punya. Korang boleh tengok video tu sendiri kat sini sebab aku tak reti nak upload kat entri >> Beraninya lelaki ni! Isteri dia tak suka pun dia buat jugak kerja bahaya ni... <<

Kalau aku jadi bini dia pun memang aku tak berapa restu dengan pekerjaan suami aku seorang stuntman ni... So tak pelik la katanya dari sebelum kawen sampai dah ada anak isteri dia memang tak pernah restu dia melakukan pekerjaan bahaya ni.

Tapi itulah demi menyara keluarga.. memenuhi nafkah isteri.. membesarkan anak anak.. walau berdepan dengan bahaya setiap hari mereka meneruskan jugak kerja berisiko ni. Jika di bandingkan dengan kaki ragut.. Even pekerjaan meragut ni pun bahaya tapi tetap depa nak buat, lebih baik la jadi stuntman. At Least mencari rezeki pada jalan yang betul.

Moral of the story.. itulah kasihnya seorang suami & seorang Ayah.. Jadi hargailah lelaki yang di jodohkan dengan kita jangan hanya reti dok menyindir laki kat FB jer...

5 comments:

  1. Isteri mana yang sanggup tengok suami terdedah kepada perkara bahaya lebih2 lagi camni..

    ReplyDelete
  2. Huhu takut.. Sentiasa rasa x selamat bila suami kluar klu dia kerja camtu. Ye ajal maut di tgn tuhan tp kerja camni sentiasa dlm bahaya, lg lah x senang duduk kan...

    ReplyDelete
  3. Bahayanya kerja diorang ni.. silap-silap boleh jadi balu di usia muda.

    ReplyDelete
  4. makaiii..berani btl..sanggup dia utk menyara keluarga..

    ReplyDelete
  5. Uhuh, pedasnya kata-kata di penghujung 'moral of the story' ni... Kesiankan kalau ini ajelah pekerjaan yang mampu dilakukan untuk menyara keluarga. Walaupun bahaya, terpaksa juga lakukan demi isteri dan anak-anak tersayang.

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com