TIBA MASA PEMINAT PERLU BOIKOT AZWAN ALI

29.6.15 Suria Lekatlekit 6 Comments

Tu dia kalau Diva AA baca mampuih aku kena maki dengan dia berkajang. Silap2 dia buat press conference nak maki aku katanya. Ada berani kau kempen boikot Azwan Ali. Kau nak mampus!! Kau tak tau ke dia dulu study law.. Silap haribulan dengan kau kau dia heret ke court. Hope dia heret aku ke court mamont jer la yer dekat2 nak raya ni.


Bukan la aku kata boikot sampai kalau nampak muka dia kat TV.. terus tutup. Kadang2 ada rancangan yang jemput dia memang menghiburkan jugak macam rancangan lari. Rasanya kalau takde dia bosan jugak. hahahaha atau kalau nampak muka dia keluar surat khabar jangan beli.. cuma tiba masanya peminat perlu boikot Azwan Ali melalui media sosial. Bukan kata pakat unfollow & unfriend dia.. Tak payah. Just kalau dia post apa2 jangan berkomen. Sebab apa aku tengok Azwan Ali sekarang ni makin menjadi jadi puaka niyang rapik dia. Tak boleh silap sikit asyik nak maki orang jer.. Takde langsung hormat orang lain.

So, selagi ada yang dok melayan dia meroyan kat laman sosial selagi tu dia akan rasa besar kepala & biadap dengan semua orang. Terbaru sebab salah faham seorang peminat yang suggest dia makan kat satu restoran steak.. sebab nama restoran tu bunyi macam tak berapa sedap di baca terus di maki hanjing bagai hamba Allah tu. Parah sungguh mental Azwan Ali sekarang ni.

Jadi kita perlu ajar azwan Ali supaya menghormati orang lain dengan cara ignore segala post dia.. seolah2 kita tak pedulikan dia. Biar jangan seorang pun yang respond. Manalah tau cara tu boleh bawak dia kembali ke pangkal jalan. Baru dia hargai orang2 yang sentiasa support dia walau dia tak nampak. baru dia tahu betapa penting orang yang selama ni follow dia kat laman sosial.

Tapi kalau hangpa memang jenis memang suka kena maki terus la melayan Azwan Ali. Jangan kena maki nak melalak satu alam maya pulak padahal semua orang tahu perangai dia yang suka memaki hamun tu. Hangpa pilih untuk terus buat rasa diri dia diva yang boleh maki hamun orang sesuka hati so kalau kena maki jangan nak salahkan Azwan Ali.

Moral of the story..  Azwan Ali sebenarnya seorang attention seeker yang kesepian cuma cara pembawakkan diri dia yang salah. So, marilah kita doakan semoga Allah Azwan Ali mendapat hidayah dari Allah.. Amin...


Yang menarik
Pernah tak korang bayangkan kalau Ayam pupus di muka bumi ni? Nak tahu apa berlaku kalau ayam tak wujud lagi di muka bumi ni meh tengok kat sini >> WARNING: Sesiapa yang suka makan ayam mungkin susah nak terima apa yang bakal dibaca ni <<

6 comments:

  1. Akak syak dia ni alien jadi moh anto dia balik kat planet dia mana tau nak raya ni bole dia beraya dgn kaum keluarga gituuuu....tak pernah komen2 dan tak pernah amik pedulik tentang mamat sorang ni....

    ReplyDelete
  2. ada baca juga pasal isu tu
    memang jenis tak hormat orang kan dia ni
    rasa dia aje betul, tu yang payah manusia camni
    hopefully dia berubah

    ReplyDelete
  3. Dia mmg x pernah nak berubah..moga Allah turunkan hidayah pdnya di bulan yg mulia ini. Jenis muka tak malu..org lain semua x betul dimata dia..dia je la yg perfect..

    ReplyDelete
  4. Bulan Ramadhan pun tak reti jaga mulut. Sayang betul padahal masa AA jadi pengacara Muzik Muzik memang Kathy minat dengan AA ni. Tak sangka sekarang AA yang dulu dgn yg sekarang. Sedih. T_T

    ReplyDelete
  5. Mungkin betul dia ni kesepian...so dia buat camtu utk tarikan org lain...dia tak takut agaknya dengan sikap bajet hot dia tu

    ReplyDelete
  6. kan??akak pun pelik la dengan depa2 yang suka melayan berbalas2 komen dengan dia..kalau akak ,dia tanya pun akak malas nak jawab..orang gila meroyan ni kita bukan boelh baca minda dia..kadang2 kita cakap lain dia paham lain,

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!