TONTON VIDEO NI JIKA MASIH ADA AYAH SEBELUM TERLAMBAT

6/19/2015 12:07:00 PM suria lekatlekit 2 Comments

Bila cakap pasal Ayah ni.. Serius rasa macam tak kuat jer nak tulis. akan terkenang satu wajah & satu nama dalam gelaran Ayah dalam hidup aku yang dah 5 tahun pulang ke pangkuan Ilahi. Seorang Ayah yang tak suka campur hal orang lain, tak suka bergaduh, banyak mengalah, rajin bekerja & yang tak tahu menyatakan perasaan kasih sayangnya... Tapi Ayah meluahkan segalanya melalui perbuatan.


Bila kita memiliki Ayah yang jenis tak banyak cakap.. Tak pandai bermanja. Kita rasa Ayah kita macam tak ada perasaan, tak peduli & tak kisah pasal kita sedangkan kita tak nampak dari sudut lain yang dia cuba menunjukkan kasih sayang seorang Ayah.. Bila kita memiliki Ayah yang garang, kita rasa dia Ayah seorang kejam padahal kita lupa dari sudut lain dia sedang melindungi kita dengan cara dia. Ayah.. cuma seorang manusia yang tidak sempurna tapi dalam ketidaksempurnaan tu mereka cuba memberi yang terbaik pada anak anak dengan cara mereka sendiri.

Bila tengok video ni serius.. Aku rasa banyak di antara kita salah faham tentang Ayah kita selama ni. tetiba jadi rindu sangat kat arwah Ayah.. Jika anda masih ada Ayah & anda seorang ayah.. Tontonlah video ni. Mungkin ia mewakili isi hati ayah kita. Tonton la sebelum terlambat. Mungkin anda akan terlepas sesuatu yang penting semasa hayat dia masih ada jika anda terlambat menyedari >>[VIDEO] The Heartwarming Truth Kids Probably Don’t Realise About Their Own Fathers << (video dalam bahasa English tapi ada subtitle bahasa melayu)

Moral of the story... Ayah tetap hero sampai bila bila.. Tanpa Hero kita takkan ada pelindung. Selamat hari Bapa buat semua ayah,bapa,papa,dady,walid... & Alfatihah buat arwah Ayah. Semoga Allah mengampuni segalanya dosa ayah & tempatkan Ayah bersama orang2 yang beriman.. Amin..

2 comments:

  1. tak pernah rasa kasih sayang ayah..jadi dok tepi je la...heheheh

    ReplyDelete
  2. Al fatihah buat ayah sis dan juga ayah kathy. Rindu T_T

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com