MONA FANDEY ISTERI YANG SETIA & SENTIASA JAGA SOLAT

2.7.15 Suria Lekatlekit 11 Comments

Kisah mona fandey yang biasa kita dengar adalah kisah kejam pasal pembunuhan seorang ahli politik, kisah2 mistik & seram berkaitan penglibatannya dalam ilmu hitam.. Jarang kita dengar orang cerita pasal kebaikkan seorang yang di katakan memiliki senyuman yang menyeramkan ni. Sepanjang kes dia dulu.. gambar2 yang terpampang di surat khabar atau television waktu tu.. kebanyakkan gambar dia tersenyum. Tak pernah ada kes dia maki wartawan ke, sepak cameraman ke.. Dia sentiasa senyum bila lensa di halakan pada dia.


Aku sendiri pun tak pernah tahu kisah ni yang di ceritakan sendiri seorang warden penjara wanita kajang yang waktu tu di tugaskan menjada Mona Fandey.. Menurut ceritanya Mona fandey seorang yang sangat peramah, menjaga solat 5 waktu & rajin mengaji malah menjadi kawan baiknya di penjara sebab Mona Fandey seorang yang suka bercerita tapi cerita dia takde yang memburukkan orang lain. Lebih kepada berkongsi kisah kehidupan peribadi dia jer..

Yang kita tak tahu sebenarnya Mona Fandey pernah di dapati tidak bersalah kerana pembunuhan itu di lakukan oleh suspek pertama & kedua iatu suaminya affandi & pembantunya. Dia boleh di bebaskan tapi dia memutuskan jika suaminya tidak di bebaskan dia jugak tidak mahu di bebaskan. Dia rela mati di tali gantung bersama suaminya. Dia mengorbankan peluang di bebaskan untuk bersama suaminya. Warden penjara yang berkongsi cerita tu katanya sepanjang dia menjaga mona fandey tiada langsung kejadian mistik atau seram macam di canangkan pihak media berlaku. Malah saat kematiannya juga.. Jenazahnya dalam keadaan sempurna & senang di uruskan.

Bekas suami Mona Fandey jugak tak percaya Mona akan membunuh orang dengan kejam.. sebab katanya nak siang ikan pun dia menangis sebab kesian. Malah sepanjang perbicaraan bekas suami & anak anak mona Fandey sentiasa hadir di mahkamah memberi sokongan. Malah anak2 mona fandey jugak sentiasa menyokong ibunya kerana bagi mereka, mereka lebih mengenali siapa ibu mereka.

Itulah sisi baik seorang yang di panggil Mona Fandey yang tak pernah didedahkan & setelah 21 tahun kes tu berlalu baru di ceritakan. Kesian kan.. 21 tahun kita di momokkan dengan kisah seram, kisah kejam, kisah mistik yang mengaibkan seseorang yang dah meninggal dunia sedangkan apa yang berlaku sebaliknya.

Moral of the story.. Sejahat jahat manusia.. selagi dia bernama manusia pasti ada sisi baik yang mungkin kita yang orang pandang baik sangat pun tak mampu buat seperti yang dia buat. Muhasabah diri.. Belajar dari kesilapan. teguran ni untuk diri aku sendiri jugak.

Artikel penuh boleh baca kat sini >> Mona Fandey Pembunuh Kejam? - Maaf, Anda Salah, Baca Pendedahan Dari Sarjan Azizah Ini


Yang Menarik
 Nak tahu apa 15 tanda laptop menunjukkan tanda tanda dah rosak,  ada meh baca kat sini >> 15 Tanda awal Anda kena beli Laptop Baru <<

11 comments:

  1. cite ni memang popularkan
    abah saya siap beli buku yang merangkumi penyiasatan tentang dia
    takut baca buku bila penulis menggambarkan kekejaman yang dilakukan

    anyway tak semestinya orang kita jahat akan juga mati dalam kejahatan
    pada saya sape yang kena hukum gantung tu mungkin lebih baik dari kita
    pasal diorang tahu bila mati dan sempat bertaubat untuk semua kesalahan
    apapun saya setuju entry suria ni
    ALLAH terima ke idak tu belakang cerita
    yang penting siapalah kita nak tentukan syurga dan neraka sesorang

    ReplyDelete
  2. Baru tau cite ni...moral of the story...org jahant x semestinya jahat sgt

    ReplyDelete
  3. Kite ni sering di momok2 kan dgn cerita akbar yg ntah betol ntah tidak....selalu bayangkan arwah seorng pengamal ilmu hitam yg kejam....

    ReplyDelete
  4. hakikatnya tak kenal maka tak cinta..10 orang kata dia jahat,hanya Allah yang tahu dia macam mana..

    ReplyDelete
  5. ida pun xamik kisah sgt psal citer arwah..kbnykkn berkaitan dgn kes pembunuhan..seram jugak nk tgk..betul kan..kita xthu apa kebaikan die sbnrnye..

    ReplyDelete
  6. Biasanya kita ni kalau sekali orang buat jahat sampai mati kita ingat sampaikan terlupa kebaikan dia

    ReplyDelete
  7. Masa akk sekolah rendah kisah mona fandey ni..senyum je bila dia msk tv ms perbicaraan...
    Wallahualam...

    ReplyDelete
  8. Aku suka ambil tahu pasal cerita arwah... ada ''sesuatu'' pada dia yang menarik minat aku tentang dia..

    ReplyDelete
  9. sisi lain di sebalik kisah Mona Fendy..

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!