KEBODOHAN SEORANG ARTIS BARU

12.8.15 Suria Lekatlekit 6 Comments

KEBODOHAN SEORANG ARTIS BARU. Kecoh la pasal seorang artis katanya dia cuba sebarkan seorang artis lelaki yang dah kawen ni dok try adjust dia atau dalam kata yang lebih mudah orang paham ngorat dia la. Lelaki tetap la lelaki.. Kalau dah ada record curang satu ketika dulu tak mustahil di ketika ini dia boleh buat hal lagi. Tapi dalam kes depa tu tak sure la.. samada ada yang menyamar jadi dia untuk tujuan menjatuhkan dia atau memang dia sendiri yang dok menggatal dengan artis baru tu.


Benda yang tak pasti tu rasanya kita tak payah nak ulas sangat.. Tapi yang terang2 aku nampak si retis baru tu agak sedikit kurang bijak. Dia sebarkan screenshot conversation dia dengan retis laki orang tu.. Dalam tu jelas2 tunjuk dia pun respond jantan tu. Kau dah respond baik lepas tu kau nak memburukkan dia pada umum pulak. Yang tak cerdik sangat tu bila screenshot tu menunjukkan depa sama2 gatal mengatali.. hahahaha amik kau jemah! gatal mengatali kalau cikgu BM aku baca confirm berbirat kena libas dengan bulu ayam.

Motif sangat misteri bagi aku. Kau dah respond dia lepas tu kau yang cuba nak menjatuhkan dia. watdehek! Memang bila masuk industri hiburan nak cari makan publisiti tu perlu tapi tak payah la buat jualan murah sangat dengan mencipta kontroversi yang menjatuhkan maruah sendiri. Naik style cheap cheap ni.. tak lama. Cheap2 ni barang tak kualiti je banyak sebab tu dia cheap2... Ni kalau cikgu English aku baca confirm kena denda makan keju sekilo. ikut suka je aku nak tulis hahahaha. Tak payah la cari publisiti kualiti lowyat sangat. Bak kata melodi.. kurangkan kontroversi, tingkatkan prestasi.. berdiri atas bakat sendiri.

Moral of the story... Jadilah artis yang berkualiti, berbakat & bermaruah kerana tu je mampu buat anda bertahan dalam industri seni hiburan negara. Tak kemana nak naik cepat dengan kontroversi murahan ni.. Jangan berangan la dengan cara tu kau boleh jual sampai keluar negara.

6 comments:

  1. Lama tak dengar citer pasal hiburan ni.

    ReplyDelete
  2. Rsa mcm nk je thu sngt sapa artis tu.. Hehe

    ReplyDelete
  3. ni gosib pasal artis mengatal dalam wechat tu ke? kikiki....nampak sangat dua2 pon gatai ulat bulu naik daun....

    ReplyDelete
  4. Kan? Bukan main tak sabo naw-naw nak kena spend... Hehehhehe..

    ReplyDelete
  5. Oh, baru buka blog gosip tadi! Sempatlah baca tajuk. Kalau dah saling gatal-menggatali katanya (ni kalau cikgu BM baca mahu dia menangis budak ni pernah dapat A katanya....) toksahlah nak gembar-gembur rasa macam diri teraniaya digatali gitu....

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!