PELAKON BELL NGASRI KONGSI CERITA GUNA MINYAK SELUDUP

25.8.15 Suria Lekatlekit 0 Comments

PELAKON BELL NGASRI KONGSI CERITA GUNA MINYAK SELUDUP. Bell ngasri atau dulu budak2 dia di kenali sebagai Ngasrizal Ngasri. Dulu dia berlakon bawak watak serius jer... sekarang dah makin berumur dia jadi comedian pulak. Tapi aku enjoy jugak la dengan lakonan dia sekarang yang memang lawak. Kalau nak banding dengan pelawak baru apa nama ntah Acheh ke hapa.. Bagi aku tak lawak langsung. haritu tengok drama suamiku drakula kat TV9.. acheh tu berlakon, Ya Allah totally tak lawak langsung Rasa kalau watak tu bagi kat Bell lebih sesuai.


walaupun jarang nak nampak muka dia dalam filem tapi muka dia memang popular dalam drama TV. Memang totally sekarang semua watak dia bawa berunsur komedi je. Takde lagi watak macam dalam drama Pa'e tu. Budak jahat yang kita tengok rasa nak sepak je. hahahaha. Ni terbaru tengok video dia untuk kempen #TaknakSeludup.. Kelakar jugak la.  Korang nak tonton video pengalaman pahit Bell Ngasri guna minyak seludup boleh tengok kat sini >> Lebih baik beli minyak yang sah. Jangan sampai macam mamat ni <<

Bell ni antara artis yang takde account laman sosial. Aku tahu pun dari rancangan apa entah kat TV dia kata memang dia tak ada account laman sosial. Jadi kalau ada fanpage ke apa maybe dari peminat je. Maybe kurang berminat kot dia nak bersosial di laman sosial. Apapun dia berlakon dari kecil memang bakat dia dalam lakonan kita tak boleh nak nafikan. Yelah.. adik beradik dia semua pelakon termasuk yang adik bongsu dia yang 'Special' tu pun pandai berlakon. Alah.. kalau korang tak kenal adik beradik dia.. Ngasriah Ngasri, Ngasreen Ngasri, Nasliza Ngasri, Boy Ngasri... kebanyakkan dah tak aftif berlakon sekarang tapi popular zaman 90an dulu.

Moral of the story... Zaman kejatuhan Ringgit Malaysia ni memang semua dari luar dah jadi mahal.. so buat apa nak seludup lagi kalau dah makin mahal, ye dak?? Time time camni la kita support #taknakseludup atau dalam erti kata lain #TaknakMahal hahahaha

0 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!