SATU LAUK SATU GST MEMANG BERSIH POKET

29.8.15 Suria Lekatlekit 1 Comments

SATU LAUK SATU GST MEMANG BERSIH POKET. Pelik sangat ke GST di kenakan pada setiap jenis lauk @ makanan?? Takde la pelik di Zaman kegemilangan Dato Seri Najib Tun Razak ni. dah jadi rutin harian hidup rakyat malaysia tak kira miskin atau kaya untuk membayar GST. GST adalah cukai yang tak pilih kasih ok. Takde kasta2 untuk bayar GST. sangat adil & saksama perlaksaan cukai GST ni. Kau berduit ke tidak tetap kau kena bayar GST bila kau beli barang yang di kenakan cukai GST.


Semalam.. Almaklumlah genap 20 tahun umur aku katanya (sila buat2 percaya). So, macam biasa celebration family cinonet aku ni kami akan spent time together pergi makan & jenjalan. Sebab aku request nak makan ikan bakar maka suami mithali bawak la ke JERAM sana. Aku memula taknak makan kat situ.. Last makan tak sedap & mahal. Mana lagi Aroma Ikan Bakar la. tapi Sang Suami budiman cakap.. alah umpama kita mencuba kembali buat pertama kali. Ok la.. Sebab time tu belum malam & belum ramai orang makan service pun memuaskan & masakan pun tak rasa puaka sangat. Kategori sedap hingga menjilat pinggan la. Di tambah memang tengah lapar tahap cipan. Maybe Aroma Ikan Bakar kembali menaik taraf kesedapan masakan depa atau memang depa tak masak kelam kabut sebab orang belum ramai tak sure la pulak.

Bab menu ok la tapi bila tengok bil..  alahai rasa nak tumpang bahu pakcik najib menempiaskan nafsu sedih tak terkata ni. Bersepah GST pada setiap menu. Even nampak kecik2 je angkanya tapi besar kesan sampingannya tau. Kenapa pakcik najib!! Kenapa semua ini harus terjadi?? pakcik Najib mungkin penat.. Sila la berehat. Jangan siksa diri sendiri & rakyat Malaysia dengan bebanan macam ni. Kita sama2 rasa susah. Kan pakcik Najib??

Harga makanan kat situ bukan la murah sangat di tambah GST walau RM5.21 aku terbayang tu baru makan 2 mulut kalau bermulut mulut lagi la banyak. Memang la masih mampu bayar kalau setakat bertahun sekali makan kat sini tapi i tetap tak suka GST tau! Apapun kali pertama makan pepahat. Apsal rasa dia macam ada pasir ke sebab kulit dia tu depa ketuk ada yang hancur sikit. ketam sekor,udang ada 3 4 ekor,ikan pari pun ketul yang paling kecik,pepahat je dia dah pack sesiap. 1 pack rm25 siapa masak. Memang semua lauk pauk tu untuk 2 orang makan je. Tu pun aku tak bagi laki aku order sayur ke tomyam bagai dah. Takut tak habis sebab aku memang jenis tak reti sangat makan banyak lauk pauk. hahahaha. maaf aku tak snap gambar makanan walau laki aku dah ingatkan. Aku malas hehehe

Ini Malaysia kini.. GST tidak mengenal pangkat & darjat. Dia datang tanpa kerelaan rakyat tapi tak nak pergi bila di halau. Sampai bila GST nak menakluk Malaysia?? Entahlah mungkin pakcik Najib ada jawapan. Nasib baik la aku surirumah rajin masak katanya.. (rajin la sangat kan.. hahaha) so jimat la sikit. Kalau tak satu lauk 1 gst. Bukan takat bersih wallet.. habuk tak sempat nak lekat punya korek. licin terus. hahahaha

Moral of the story.. semoga pakcik Najib di beri petunjuk & hidayah dari Allah bukan geluk jampi untuk kembali ke zaman sebelum bergelar Perdana Menteri. Sebagai rakyat Malaysia yang sayangkan pemimpin aku kesian tengok pakcik Najib.. kening pun dah putih. Tu tanda tanda wajib pencen dah tu.

P/S : sebab pakcik najib semalam tak boleh masuk KL nak pi merembat dvd seram sebab jam. Yelah.. kan hari ni ada perhimpunan bersih maka semalam bersepah roadblock.

1 comment:

  1. Apa boleh buat, dah dilaksankan, mahu atau tidak tetap kena bayar GST. Tapi ke mana duit GST itu pergi? Adakah ia kembali kepada rakyat?

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!