8 KISAH BENAR MEREKA YANG TERSELAMAT DARI KEMALANGAN PELIK & NGERI

21.9.15 Suria Lekatlekit 1 Comments

8 KISAH BENAR MEREKA YANG TERSELAMAT DARI KEMALANGAN PELIK & NGERI. Kadang2 kemalangan boleh berlaku dalam keadaan yang kita tak sangka akan berlaku. Jangan ingat nama kemalangan ni atas jalan raya jer.. Dalam jamban pun boleh berlaku kemalangan. kadang2 benda tu berlaku di luar logik akal manusia. Sebab tu ia di kategorikan kemalangan pelik.


Terbaca satu artikel pasal 8 kisah benar kemalangan pelik & ngeri yang pernah berlaku kepada manusia. Kalau baca kisah & macam mana kemalangan tu berlaku ada macam susah nak percaya penyebab perkara tu menjadi satu kemalangan yang menyebabkan mangsa kemalangan tu dapat kecederaan parah & serius. Benda yang kadang kita tak sangka boleh menjadi bahaya yang memang kita guna dalam hidup kita seharian. Kalau korang nak baca 8 kisah benar kemalangan pelik ni korang boleh baca kat sini >> 8 Kisah Benar Mereka Yang Terselamat Dari Kemalangan Pelik & Ngeri<<

Sebab tu setiap peralatan yang kita guna tu kita perlu ambil langkah keselamatan dari awal walau sudu yang kadang2 kita rasa alah.. sudu jer. Mustahil la sebab sudu kita boleh dapat kecederaan serius. Lain la garfu tajam. Berhenti berfikir macam tu hokay! Jari kita pun boleh jadi objek yang mampu mencederakan diri sendiri apatah lagi sudu. Sentiasa fikir takde apa yang mustahil boleh mencederakan kita walau benda tu nampak selamat & tak berisiko.

Moral of the story.. Dalam hidup walau kita berhati hati pun boleh berlaku kemalangan. Kalau bukan kerana kelalaian kita mungkin sebab kelalaian orang lain cuma tak salah kita ambil langkah mengelak dari berlaku kemalangan. Kalau dah nak jadi tu mungkin ada hikmah di sebalik kejadian. Yang penting sentiasa ambil langkah keselamatan awal & bersangka baik dengan Ujian Allah, Insya Allah kita akan dapat yang baik dari musibah yang kita terima.

1 comment:

  1. Sebablah orang kata malang tak berbau.... Kalau kita dah boleh hidu malang tu, tentu-tentulah kita elakkan. Betul kata Suria tu, sudu yang takda apa masalah tu pun boleh jadi masalah besar kalau dah katanya malang nak berlakukan.

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!