ARTIS TAK BOLEH CAKAP PASAL POLITIK KALAU TAK SOKONG KERAJAAN

3.9.15 Suria Lekatlekit 2 Comments

ARTIS TAK BOLEH CAKAP PASAL POLITIK KALAU TAK SOKONG KERAJAAN. Susah jugak kan bila bergelar artis ni. Dah macam bukan manusia biasa pulak. Itu tak boleh.. Ini tak boleh. Macam hilang hak dalam banyak perkara bila jadi artis. Gamaknya artis cuma boleh buat kerja kerja menghiburkan je la yer. semalam terbaca isu Soo winci ke apa nama artis tu.. Almaklum la tetua ni tak menghafal sangat la nama retis. Dok menghafal nama2 ikan, sayur, herba masakan je katanya... Yelah sangat kan?? hehehehehe


Katanya minah retis ni dia meng upload satu video yang mendesak Pakcik Najib letak jawatan.. So, di tegur la Presiden persatuan Karyawan.Katanya.. sebagai retis dia tak sepatutnya keluarkan statement macam tu. Lagi bagus fokus dengan kerjaya seni masing masing. Konon yang menjadikan dia semakin tak layak mengkritik kerajaan sebab dia banyak berada kat taiwan jadi dia tak tahu politik negara. What the lawak of the day punya statement la.. meh kita gelak hahahahaha. erk... jadi retis memang auto sain kontrak tak boleh cakap pasal politik negara nak2 lagi yang tak menyokong kerajaan ke??

Hello... retis pun rakyat Malaysia yang berhak menyuarakan pendapat dia tentang apa saja termasuk politik. Selagi pandangan dia tu tak menyentuh sensitiviti agama atau kaum. Jadi tak salah kot.. Hak dia bersuara sebagai rakyat Malaysia. Kepada pakcik pendi penendes tu kalau kau nak membodek parti kerajaan pun tak payah la keluarkan kenyataan yang memperbodohkan diri. Kalau betul artis tidak sepatutnya campur hal politik negara kenapa yang lantang bersuara mengkritik pembangkang tak pernah pulak kena tegur?? Boleh la pulak. Patut kau keluarkan kenyataan teguran tu macam ni.. artis tak boleh mengkritik kerajaan atau parti kerajaan. Baru la tepat sikit maksud yang kau nak sampaikan.

Moral of the story.. Aku tengok orang yang terlalu backup pemerintah yang tak berapa betul cara pemerintahannya ni semakin hari semakin hilang kebijaksanaan. Asal keluar je kenyataan mesti jadi isu untuk di perbodohkan.

2 comments:

  1. Sume diorang nak kontrol kan...nampak sgt sesuatu di situ.....drama politik malaysia dah makin memualkan tekak rakyat....

    ReplyDelete
  2. Dah macam penjawat awam juga la.. Tak boleh kutuk dan luahkan perasaan walaupun tak suka.

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!