BANYAK MENU HAIWAN BERKAKI EMPAT DI MEE TARIK WARISAN ASLI

9/11/2015 02:53:00 PM suria lekatlekit 5 Comments

BANYAK MENU HAIWAN BERKAKI EMPAT DI MEE TARIK WARISAN ASLI. Ni cerita basa sikit la. Cerita makan makan minggu lepas. Dalam banyak2 orang dok mereview aku tertarik pulak nak try mee tarik. Kebetulan je sebenarnya makan mee tarik ni. Biasa la weekend kami anak beranak memang nak keluar lunch time je. Bukan tak boleh keluar pagi tapi tu suka dok melingkar dulu dalam rumah sampai rasa lapar baru gigih siap & keluar. Selagi aku tak mulakan langkah pertama bersiap maka seisi keluarga takkan siap sebabnya aku paling lama bersiap antara semua. Yelah.. laki aku nak meneyeh apanya. Mandi pakai baju seluar sikat rambut bagai siap la dia. Anak aku pun cinonet macam tu siap lebih kurang bapak dia je. Cuma mak dia je yang dah masuk zon remaja ni memang la nak menconteng arang ke muka dulu baru confident nak melangkah jauh katanya.


Alang2 melintas depan restoran mee tarik warisan asli Taman Sri Gombak ni terasa bagai melambai lambai pulak suruh aku masuk walau takde sapapun yang mengalu alukan. Kau rasa nak melantak masuk la duduk.. taknak kau punya pasal la kan. Bila duduk & tengok menu macam best2 jer. Nak2 lagi dok nampak je apek muslim dok menarik mee secara live kat situ. Amoi2 pun nampak dok siapkan menu yang orang order. Memang bukan cina dari Malaysia. Macam cina bukit @ tibet jer rupa depa. Tapi dia punya pelayan nampak macam bangla2 jer. Amoi2 yang dari dapur tu nampak pandai cakap melayu. Semua bertudung & lelaki berkopiah kecik senget sebelah. Sebelum menjamu tekak kita menjamu mata dulu dok mengusya persekitaran restorance. Kemas, cantik & bersih.

Dari jauh aku jadi mamaraziah candid gambar apek ni menarik mee. Macam senang je dia buat

Berbalik cerita tengok menu tadi yang tak habis dah melencong ke cerita lain.. Menu memang best2 tapi banyak menu daging. Menu ayam memang tak nampak sangat kecuali satu menu yang kami order. Brainsed Chicken Noodles ke hapa nama dia. Laki aku katanya tak nak makan nak minum je sebab menu2 banyak haiwan kaki empat. Almaklum la dia tak makan haiwan kaki empat ni. Menu ayam pun satu jer.. so dia suruh aku try dulu. Tapi bila sampai portion dia memang banyak jadi kami kongsi berdua tu pun tak habis sebab kurang menepati citarasa. Kami je kot rasa tak best dengan menu tu.. tengok menu2 lain orang makan berselera je. Yelah depa pemakan haiwan berkaki empat senang la try macam2 menu, ye dak.

Ni la Braised Chicken Noodles. Harga RM9.90.

Kesimpulannya jalan jalan cari makan minggu lepas tidak berjaya memuaskan selera serakah kami laki bini la. Bagi aku & asben.. Mee tarik yang kami cuba memang kurang menepati selera tapi aku tak kata menu kat situ semua tak sedap hokay cuma kalau korang bukan pemakan daging memang makan kat situ bukan pilihan terbaik. Majoriti 95% menu tu berasaskan daging dari mee sehinggalah nasik.

Moral of the story.. Selera masing2 kan? Jangan pulak ada pihak dari Mee Tarik Warisan Asli Taman Sri Gombak Mai serang entri aku sebab aku kata mee dia tak sedap. Ni pendapat dari sudut tekak aku je tidak mewakili orang lain.

5 comments:

  1. macam pernah nampak restoran ini kak suria :-)

    ReplyDelete
  2. Mee tarik ni masakan Cina jadi bagi akak memang tak berapa nak masuk dengan menu2 yang ada tapi sesekali nak makan bolehlah nak kata macam bessttt sangat tak lah. Perut Melayu katakan...

    ReplyDelete
  3. Asal akak buat review makanan je mulalah teringat kes kena serang tu... hahahaha..... yesss selera masing2... ada yang tak boleh angkat sangat dengan mee tarik ni.... tapi bab haiwan kaki empat ni rasa macam melambai2 pulak nak try...

    ReplyDelete
  4. Dulu pernah nak try mee tarik kat Bangi tp tak jadi sebab apa tah tak ingat.....
    Ohhhh tak makan kaki empat ek....yelah kan kalau cenggitu limitedlah menunya....

    Nanti bila bila nak try jugaklah

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com