BAWA GARAM KASAR PERGI BERCUTI ELAK DI GANGGU JIN

9/09/2015 02:01:00 PM suria lekatlekit 7 Comments

BAWA GARAM KASAR PERGI BERCUTI ELAK DI GANGGU JIN. Garam kasar memang salah satu yang di gunakan untuk rawatan berkaitan sihir & jin ni. Tu aku tak nafikan la. Sebab apa yang aku baca jin memang tak suka dengan garam ni. garam salah satu benda yang boleh menakutkan & mencederakan jin Jadi tak berapa pelik jika garam kasar di jadikan "pemagar" untuk menghalang dari di ganggu makhluk halus @ jin ni.

Macam ni rupa garam kasar yer.. Sumber Google

Tapi ada juga yang aku baca cara ni tidak di gunakan dalam rawatan Islam hanya di gunakan dalam rawatan alternatif yang di warisi dari zaman dahulu kala. Tapi dalam blog Pusat rawatan Islam Al Qayyum mereka juga ada menggunakan garam kasar untuk rawatan memagar dari gangguan jin. Pusat Rawatan Al Qayyum ni aku pernah pergi memang cara dia merawat tak meragukan. Perawat juga terdiri dari kalangan mereka bergelar Ustaz. Bacaan ayat2 Al Quran & cara merawat jugak takde pulak pelik. Sama je macam aku tengok ustaz2 dari Darussyifa merawat. Tak tau la satu blog ni aku baca cakap kaedah guna garam kasar tu cara yang di ajar jin. Jadi untuk lebih kepastian maka korang pergi la merujuk kepada mereka2 yang lebih arif. Kita tidak layak membuat kesimpulan apa yang betul & salah.. ye dak??

Tapi kita jarang sangat nak bawa garam kasar atas tujuan untuk mengelak dari gangguan jin @ orang putih suka gelarkan mereka roh jahat padahal jin ni bukan dari jelmaan roh siapa2 kot. Depa memang wujud sebagai makhluk ghaib bernama Jin. Anak aku pun pernah kena gangguan masa pergi bercuti kat Melaka dulu. Takkan nak ulang cerita yang sama kot. Kalau hangpa nak tau alkisah pasal anak aku kena gangguan dari sebuah hotel kat Melaka ni boleh baca kat sini >> PENGALAMAN SERAM DI SEBUAH HOTEL MELAKA<<

Pun macam tu.. Tak pulak aku rasa akan bawa garam kasar masa pergi bercuti walau ada pengalaman macam tu berlaku pada aku. Tapi jangan tak tahu masih ada orang yang amalkan bawa garam kasar ni sebagai pelindung dari gangguan makhluk halus. Macam lawak jugak aku baca. Sampai gitu dia takut dengan makhluk halus ni kan. mat saleh yang kita rasa macam moden dengan kehidupan barat style pun ada jugak amalkan benda ni. Tapi berbaik sangka je la. Dia cuma ambil langkah keselamatan dari awal. Yelah.. Jalan jauh tak tau mana tempat kita singgah tidur. Tak tau tempat tu entah2 ada penghuni yang kita tak nampak kan.. Benda tak mustahil boleh berlaku. Apapun sebagai umat Islam kita haruslah memohon perlindungan dari Allah.

Tapi tu bagi aku tak rare sangat la. Ada orang pergi bercuti bawa sekali dvd player Uolls. Aku yang suka tengok dvd cerita seram pun rasanya tak obses nak tengok dvd sampai macam tu sekali. Bukan bawa dvd player je.. Kalau korang nak tahu apa lagi benda yang kadang2 kita tak jangka orang akan bawa bila pergi bercuti korang baca sendiri kat sini >> Inilah barang2 yang kita takkan sangka ada orang bawa dalam Luggage Bags ketika pergi bercuti <<

Moral of the story.. Aku kalau nak pergi bercuti benda paling banyak aku suka bawa pakaian jer kadang2 terlebih pun ada. Macam tak confident je kalau bawa cukup cukup. Hahahaha

7 comments:

  1. betul jugak kan boleh jer bawak garam kasar..satu hal plak kat imigration kena tahan..sure kena gelak sebab bawak garam kasar...

    ReplyDelete
  2. Macam cerita Supernatural tu kan ,watak Sam & Dean mmg guna garam untuk jadi pagar dari segala serangan syaitan.

    ReplyDelete
  3. cakplah garam kasar nk wt mandi sebab memang bgus pun...hehehe

    ReplyDelete
  4. garam kasar tak pernah bawak..tapi garam bukit dalam bentuk ketul tu pernah bawak pi bercuti..heheheh

    ReplyDelete
  5. Betul, ada yg bawa dvd. Agaknya mmg release tension kot mlm2 tgk dvd.... lg pun tv dekat hotel tu x de chanel pun kekadang...

    Yup garam kasar ni digunakan halau jin sejak dahulu lg. Dekat dlm rumah sy pun ada, just simpan utk kejadians x diingini. Garam tu dah dibaca yasin dan beberapa ayat dr daruk sifa klia ni

    ReplyDelete
  6. Beg sentiasa penuh macamana nak bawa garam kasar. Makan ruanglah... Hehehe!

    Dulu-dulu selalu juga tengok tau kalau ada gangguan mesti tabur garam kasar keliling rumah. Cegah hantu masuk rumahlah kononnya.. tapi tak tahulah berkesan ke tidak. Kenapa ek jin takut garam kasar? Suria tak cuba interview ke depa tanya kenapa garam kasar, kenapa tak serbuk kunyit ke, serbuk kari ke...

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com