BUKTI PELUKIS DOODLE MEMANG SUKA CONTENG MERATA RATA

9/08/2015 02:56:00 PM suria lekatlekit 4 Comments

BUKTI PELUKIS DOODLE MEMANG SUKA CONTENG MERATA RATA. Mesti kerut dahi para pelukis doodle kan? Yelah aku cakap depa ni suka menconteng merata rata. Aku cakap dengan bukti. Kejab lagi aku tunjukkan bukti pada hangpa semua.


Ramai blogger yang suka lukis doodle ni dah boleh jadi salah satu sumber pendapatan secara online dah sekarang pelukis doodle. Sebab doodle dah jadi satu trend jugak sekarang. Masing2 yang nak buat doodle dengan muka sendiri. Aku je belum terjebak dalam aktiviti menempah doodle ni sebab aku rasa kalau aku dilukiskan dalam bentuk doodle pun tetap nampak puaka jugak. Jadi biarlah aku sorokkan muka aku buat sementara waktu sehingga jadi cantik macam cinderella baru aku tayang seantero alam maya. hahahaha.

Kalau dah tangan tu suka melukis memang asal ada peluang dia nak menconteng dia akan buat tak kira la kat mana dia berada. Kat bus stop ke.. kat restoran ke.. kat rumah.. kat hospital.. sambil lepak2 minum kat kopitiam tetap dia nak menconteng. Tempat contengan dia tak terhad atas kertas je.. Pendek kata apa je boleh melekat dakwat pen/pensil dia akan lukis kat situ. Memang perangai orang yang suka melukis kot macam tu. Tangan dia memang tak boleh control dari nak menconteng arang katanya... ni buktinya memang pelukis doodle memang suka menconteng tak kira tempat dengan alasan nak menceriakan orang lain dimana saja >> Inilah hasil contengan pelukis doodle yang tidak terhad di atas kertas sahaja <<

Moral nak lempiaskan nafsu melukis tu kat mana2 saja boleh selagi ia bukan kategori vandalism & merosakkan harta benda awam. Jadi salurkan bakat & minat melukis anda pada saluran & tempat yang betul sebelum anda di tempatkan di tempat untuk memperbetulkan tingkah laku anda yang salah. Peace Yo!

4 comments:

  1. kalau akak dulu setakat barang2 sendiri je akak buat doodle.dinding bilik.meja dalam bilik. kat almari..keluar bilik memng tak de...kira malu2 je doodle2 akak tu..hahaha

    ReplyDelete
  2. mmg boleh bt pendapatan sampingan...


    tapi jgn la melukis di merata-rata tempat..

    ReplyDelete
  3. Kerja org seni yg pandai melukis memang kerjanya lukis je tetapi merata-rata tak kira tempat.

    ReplyDelete
  4. Akak ni memang tak berseni. Setakat doodle ni memang tak menjadilah kalau nak suruh akak yang conteng-conteng katanya... Tapi hebatlah kalau berseni macam ni. Bagi apa pun dia sibuk mendoodle!

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com