DISEBALIK FILEM STAR WARS YANG ORANG TIDAK PERNAH TAHU

9/10/2015 02:47:00 PM suria lekatlekit 2 Comments

DISEBALIK FILEM STAR WARS YANG ORANG TIDAK PERNAH TAHU. Siapa kat sini peminat filem star wars.. Yang pasti bukan aku. Aku memang tak minat filem2 fiksyen macam ni. Aku minat filem seram je. Tak seram tak layan hokay! Tapi aku tak boleh nafikan ramai peminat filem star wars ni kat Malaysia. Entah apa yang best pun tak tau filem tu.. hanya mereka yang minat je tahu. Kita dah tak minat, memang la rasa tak best ye tak.


Tapi aku berani kerat kuku ada sesuatu yang ramai peminat filem star wars ni tak tau. Yelah.. dia tau pasal filem tu je. Di belakang tabir bukan dia nak ambil tahu sangat. Di pendekkan cerita inilah fakta yang mungkin peminat filem star wars tak pernah tahu.

Obi Kenobi
1. Sir Alec Guinness, pemegang watak Obi Wan Kenobi menganggap filem Star Wars hanyalah “kisah dongeng murahan”. walaupun begitu, ia mendapatkan bayaran dengan nilai 2% dari jumlah penjualan tiket film Star Wars, yang membuat ia menerima bayaran lebih dari 95 juta dolar!

George Lucas & Steven Spielberg
2. George Lucas pernah bertaruh dengan Steven Spielberg, akan menukar 2,5% pendapatan dari Star Wars dengan karyanya, 2.5% pendapatan dari Close Encounters of the Third Kind karya Spielberg. Film Lucas mendapat kejayaan besar dan dia kalah dalam pertaruhan & terpaksa membayar Spielberg lebih dari 40 juta dolar.

Salah satu bangunan yang di gunakan dalam filem star wars
3. Bangunan-bangunan yang digunakan untuk babak di Tatooine masih ada sampai sekarang di gurun Sahara, Tunisia. Kalau korang peminat star wars boleh la kesana.

4. Asalnya Luke Starkiller di namakan dengan Luke Skywalker tapi di tukar dengan Nama yang di cantum dengan tajuk awal filem Star Wars dan digunakan sampai bermulanya pengambaran. Tapi ok la sebab nama Luke Starkiller tak pernah di gunakan jadi takde siapa tahu nama tu di tukar kepada Luke Skywalker.

Kesan Luka di wajah Luke
5. Tahukah anda wajah pemegang watak Luke Skywalker pernah tercedera & cacat akibat kemalangan kereta dalam satu babak dalam filem tu. Dalam filem tu terpaksa di adakan adegan wajah dia di cederakan oleh seekor wampa agar parut di wajah dia nampak logik dalam filem tu.

6. Pembawa watak Luke Skywalker jugak pernah tercedera sehingga pembuluh darah di salah satu bahagia wajahnya pecah akibat terlalu lama menahan nafas. Terpaksa guna taktik camera untuk menyembunyikan kesan merah pada sebelah muka dia tu sampai habis shooting.

Yoda
7. watak makhluk Yoda katanya di inspirasikan dari seekor beruk tapi tidak pernah di umumkan dalam filem tu Yoda ni dari spesis apa. Yang best bilangan jari kaki dia berubah dalam setiap episod filem star wars ni. Kira tak tetap la jumlah jari kaki dia.. sekejab tiga, sekejab empat.

-Sumber : Fakta tentang Filem Star wars -

Tapi tu fakta2 lama tentang filem star wars. Untuk peminat star wars 2015 ni ada yang lebih mengejutkan & menarik untuk anda. Ini Yang peminat filem star wars kena tahu sebelum terlewat. Takut terlepas pandang ada yang menyesal pulak kan >> Yang peminat Star wars kena tahu apa yang berlaku 2015 ni <<

Moral of the story.. walaupun aku tak minat filem star wars tapi aku suka juga baca apa2 fakta tentang sesuatu tu. Saja ambil tahu & pada yang sama boleh kongsi dengan orang yang minat. Manafaat sebagai blogger... Yes! memang ada. Jadi rajinlah membaca. Peace Yo!

2 comments:

  1. Akak pun tak minat Star Wars tapi bolehlah layan cerita ni sampai habis. Kalau bukan genre cerita yang akak suka, akak tengok kegantengan pelakon-pelakonnyalah ^_^

    Oh, banyak juga manfaatnya kalau blogger ni rajin membaca! Menambah ilmu dan bolehlah dibuat satu entri kan!

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com