HUKUM MAKAN DAKWAT SOTONG

9/03/2015 02:54:00 PM suria lekatlekit 15 Comments

HUKUM MAKAN DAKWAT SOTONG. Tadi ada terbaca satu artikel pasal menu2 di serata negara. Ada satu menu tu di buat dari dakwat sotong. masa dok google gambar dakwat sotong terjumpa pulak info pasal ni. Memandangkan aku sendiri pun tak pernah tahu hukum memakan dakwat sotong ni maka aku rasa ia satu perkongsian yang berguna jugak untuk semua. Bukan apa ada yang guna dakwat sotong dalam masakan. Bukan kat luar negara je tapi kat Malaysia pun ada. Macam sotong masak hitam, orang gunakan dakwat sotong untuk warna hitam dalam masakan tu. Mungkin dia tak tahu hukum makan dakwat sotong ni.

Gambar Sumber Google

Jadi aku merujuk la di portal rasmi Jakim, efatwa.. Yelah. Kang rujuk dari sumber di ragui datang pulak komen2 yang minta aku tunjukkan apa bukti jatuh hukum macam tu macam ni. Dah la aku bukan level2 setazah. Aku ni level2 buah cempedak di luar pagar jer... Apa aku belajar aku kongsikan la dengan semua. Kita sama sama belajar ye dak?? Ilmu tu kalau di kongsi jadi banyak manafaat jadi jangan kedekut ilmu dengan orang lain.

Keputusan yang aku dapat dari portal efatwa adalah seperti berikut..

Sumber Efatwa



Kalau suruh kita makan tahi pun kita tak nak sebab kotor macam tu jugak dengan dakwat sotong ia kategori najis. Jadi mana2 yang sebelum ni pernah gunakan dakwat sotong dalam masakan tu kalau boleh elakkan la dari gunakan ia sebagai bahan masakan. Yang mana nak makan sotong tu pastikan sotong cuci & buang bersih2 dakwat. Alah bukan susah pun nak buang kan??

Kalau jumpa menu macam ni yang di hasilkan dari dakwat sotong pun hope elakkan la dari makan. Bayangkan menu tu di perbuat dari najis confirm nampak sedap macam mana pun mesti korang takkan makan.

Moral of the story.. termakan tu tak salah tapi kalau dah tahu salah tetap nak makan tu yang bermasalah.

15 comments:

  1. Mmg ada resepi sotong masak hitam...tp taruk kicap kot..

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya tulis sebab ada orang cakap dia sotong masak hitam guna dakwat sotong even saya tak pernah buat. benda memang berlaku sebab tu saya tulis..

      Delete
  2. akak time kekecik dulu selalu mak akak goreng sotong saiz kecik2 tu tak buang dakwatnye....lepas goreng legam jadinye sotong tu....tapi time tu tak tahu ape2 jadi akak selera je bedal dengan nasi....kikiki....tak elok rupenye ek nasib dah lama tak makan camtu...

    ReplyDelete
  3. Nasib la xpernah mkn lauk sotong masak hitam tu..nak mkn pun pk ape rase die?

    ReplyDelete
  4. Halal tu halal, tapi pelik kan.. Orang tak pernah makan kot.. Lagipun dok dalam perut sotong ntah bercampur dgn apa kita tak tahu, jadi makan isi cukup la kan...

    ReplyDelete
  5. baru2 ni macam terbaca je ada blogger makan menu ada dakwat sotong ni..siapa entah..haram rupanya ye?/mujur tak pernah makan..

    ReplyDelete
  6. Info bermanfaat untuk rujukan bersama.. Tqsm sis..

    ReplyDelete
  7. Ohh baru tau. sebenarnya pernah juga masak guna dakwat sotong ni. masak sotong hitam letak black pepper. thanks atas ingatan

    ReplyDelete
  8. Baru tahu hukumnya..saya jatang mkn sotong masak2 ni..sotong goreng tepung suka. Perkongsisn yg bagus..

    ReplyDelete
  9. Dulu-dulu selalulah makan sotong masak hitam ni tapi tak tahulah sebab memang dakwatnya ke atau kicap. Maklumlah masa zaman anak dara tak kisah masuk dapur, tahu makanan dah siap terhidang untuk dimakan aje.

    Sekarang ni bila dah memasak tak pernah lagi masak sotong hitam macam tu. Kalau basuh sotong memang kasih bersih habis. No more kaler-kaler hitam katanya...

    ReplyDelete
  10. Dalam surah Al-Maidah ayat 4 menjelaskan Allah SWT memerintahkan kita memakan makanan yang baik-baik yang dihalalkan olehNya. Para ulamak memutuskan semua binatang laut adalah halal dimakan kecuali yang mendatangkan mudarat kepada manusia. Mereka berhujjahkan dengan ayat 66 dari surah Al-Maidah yang menjelaskan Allah SWT menghalalkan binatang perburuan di laut manakala makanannya adalah halal untuk umat manusia.

    Dalam madhhab Asy-Syafi'i binatang-binatang laut seperti sotong, udang dan ketam adalah halal di makan, kerana ia tidak memudaratkan badan dan termasuklah ke dalam umum ayat 66 di atas. Bagaimanapun cecair berwarna hitam yang ada pada sotong hendaklah dihilangkan dan dibersihkan kerana ia dikhuatiri boleh memudaratkan badan. Cecair ini hendaklah dibuang di saat sotong itu hendak dimasak. Jika dimasak juga bersamanya tidaklah menjadi masalah memakannya. Bagaimanapun hukumnya adalah makruh, kerana dibimbangi boleh mendatangkan kemudaratan kepada badan. Islam adalah agama yang mengutamakan kesejahteraan. Dalam sebuah hadis yang sahih menjelaskan " Tidak ada kemudaratan dan boleh memudaratkan dalam Islam".

    ReplyDelete
  11. Saya setuju dengan pendapat last sekali. Dakwat sotong bukan najis bukan bahan kumuh. Rasa pun takde beza cuma rupa sahaja lain. Jakim patut lebih teliti membuat kajian anatomi sotong sebelum mengeluarkan fatwa.

    ReplyDelete
  12. Betul tu, saya adalah dari suku kaum bajau laut, makanan sotong beserta dakwatnya ni telah saya makan sejak dri umur 7 tahun lgi hingga la sekarang,.. tp alhamdulillah, tidak ada lagi perkara yang tidak baik berlaku,..

    ReplyDelete
  13. Yg mengeluarkan fatwa ni kdg2 tak study . Contohnye nak bicara psl biologi, tp tak rujuk mne2 pakar biologi. Nak ckp najis dakwat sbb bahan kumuh? Utk pengetahuan ye, dakwat tu bukan bahan kumuh. Bkn perlu dikeluarkan dari bdn mcm kencing n berak. Benda tu tujuan utk protection drp predator. Karut. Nak jatuhkan hukum tanpa study dulu. Yg tak belajar anatomi haiwan lagi laaa..

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com