IKLAN PRODUK TERLAJAK TAK MALU GUNA PEREMPUAN BERHIJAB

9/10/2015 12:02:00 PM suria lekatlekit 5 Comments

IKLAN PRODUK TERLAJAK TAK MALU GUNA PEREMPUAN BERHIJAB. Sekarang ni ramai pengasas produk kesihatan & kecantikkan tempatan take over iklan kat TV. Apa lah sangat nak bayar iklan tv kalau dah jadi jutawan muda ye dak?? Celah jari je boleh keluar duit. Siap boleh jadi penaja untuk rancangan hiburan. Ada yang melabur sampai juta ringgit Malaysia untuk sponsor rancangan hiburan kat TV. Ada yang guna rancangan realiti TV berunsur keagamaan untuk mempromosikan produk. kalau kau takde duit kau takkan mampu buat semua tu. Kata kunci dia tetap kau kena ada duit,hokay!

Eei... gediknya kau. Ada ke produk hilangkan kesan gedik kat Malaysia ni??

Apapun depa nak buat sebagai promosi produk tu hak masing masing la kan tapi tolonglah jaga kemaluan sikit. Kemaluan yang aku maksudkan bukan la tang tet.. & tut.. je. Kemaluan meliputi perangai depan camera jugak. Iklan yang aku rasa paling gedik dalam Malaysia adalah iklan2 D'herbs. Aku bukan anti Dato Terlajak laris tu.. Setakat dia nak jual gedik dia kat TV lantak la.. Bila dia guna perempuan bertudung tu please la jangan suruh depa beraksi over gedik sangat. Imej muslimah yang di bawa tu tak sesuai. Pakai tutup litup tapi perangai Na'uzubillah.. gedik macam sangap nak cari jantan sangat. Yang Terbaru katanya Syasya Salero yang pernah jadi viral dengan video macam cantik je.. macam comel jer.. tu berlakon iklan lipstick D'Hers. Serius aku tengok aksi budak tu dalam iklan tu macam kena miang rebung je. Memang terlajak gedik. Macam minta kena cium dengan tapak kaki je gayanya.

Aku tahu memang Dato Terlajak Laris sengaja je buat macam tu. motif dia memang nak orang perkatakan pasal iklan & produk dia walau orang sekadar nak mengutuk. Tu salah satu startegi marketing orang berniaga. Tapi yelah.. Kau memang jenis suka kena hina,kutuk & keji kot asalkan matlamat kau tercapai. Bila matlamat tercapai kau jugak yang kaya raya.. reta melimpah ruah di bumi Allah.

Entahlah.. Memang trend sekarang kot. Pengasas2 produk tempatan ni memang tak kisah kena keji asal produk dia meniti dari mulut ke mulut. Kalau depa je kena keji ok la... Tapi kesiankan pelakon & imej muslimah yang di bawa pelakon iklan tu. Seolah2 mempersendakan penganut agama tersebut. Pakai tutup litup.. size pinggang pun tak nampak alih2 depan camera macam kera dapat lipstick.

Nak berjaya tak perlu kot dengan buat benda benda bodoh yang menampakkan betapa low class cara kau nak berjaya. Tengok pakcik ni meniaga cendol je pun boleh berjaya. Tak perlu nak buat iklan guna perempuan pakai tudung gedik2 makan cendol pun boleh berjaya buka gelanggang futsal & berpuluh courts badminton kat Malaysia. Tak payah keluar TV pun. Tak caya tengok kat sini >> Kisah Benar Seorang Peniaga Cendol Yang Berjaya Bukan 4 Gelangang Futsal & 24 badminton courts << Walau dia tak sekaya Dato terlajak Laris tapi harga diri dia mungkin lebih mahal dari kau wahai Dato. Takde kontroversi pakai jubah jarang nampak boxer bagai pun boleh berjaya katanya. Ops!

Moral of the story Untuk Dato Terlajak laris tu.. Sudah2 la buat iklan yang mencetuskan kontroversi murahan walaupun kau jutawan. Rugi jadi orang kaya kalau suka menghasilkan karya yang low class. Kalau nak buat iklan2 macam tu tolong la jangan guna perempuan berhijab. Kesian tercemar imej muslimah yang di bawa. ambil je tasha shila berlakon. hehehehe. Yang baik ambil sebagai pengajaran yang buruk jadikan sempadan. Peace Yo!

5 comments:

  1. Ape pun suka jugak tgk iklan terbaru die yg die sorang je tu

    ReplyDelete
  2. aku suka iklan die tempek ape tah kat muka bg hilang parut tu .... gile kelakar part last tu .... hahahaha

    ReplyDelete
  3. Memang dia nak orang ingat tentang kegedikan dia sebab itulah dia buat iklan macam tu. Kalau sikit-sikit gedik tu bolehlah dimaafkan tapi kalau dah melampau gediknya oh, tak tahan....

    Sebenarnya tak tengok lagi iklan lipstick D'Herbs ni. So tak tahulah takat gediknya tu sampai tahap apa...

    ReplyDelete
  4. Mungkin dia dah fikir sebaiknya pasti ada kesan baik & buruk jika dia meneruskan iklan sebegini atau kekurangan idea yang kreatif untuk mengiklankan atau memperkenalkan produk terbaru. Sanggup menghabiskan duitnya untuk "qonquer" iklan tv di Malaysia. Jika dia seorg yang berilmu luas dalam pemasaran mungkin tiada iklan sebegini teruknya.

    Tapi apapun kita doakan yang terbaik agar mendapat ilmu yang lebih kreatif untuk mengiklan atau memperkenalkan produk terbaru di saluran media elektronik.

    ReplyDelete
  5. Tak suka lepas dia taja AF tuh.. Macam subahat plak...

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com