INILAH BENDA PELIK YANG ORANG CAMPURKAN DALAM KOPI

9/21/2015 04:08:00 PM suria lekatlekit 2 Comments

INILAH BENDA PELIK YANG ORANG CAMPURKAN DALAM KOPI. Lain tempat lain cara orang menikmati kopi. Kalau kita biasa minum kopi dengan gula,susu,krimer bagai ada orang minum kopi dengan cara yang kita tak pernah sangka atau tak terfikir nak buat. Malah kita tak sanggup nak campur kopi dengan benda2 pelik tu. Salah satu benda pelik yang orang campur dalam kopi adalah arang.




Aku ingat dalam filem nujum pak belalang je ada orang minum air arang ni rupanya dalam kehidupan seharian kita ada jugak yang minum kopi arang. Mungkin dapat Inspirasi dari filem nujum pak belalang la kot hahaha.

Tapi tak di nafikan jugak arang memang ada khasiat dari sudut kesihatan & kecantikkan. Kalau keracunan makanan pun doktor akan bagi pil arang yang hitam untuk memulihkan keracunan kita tu. Unsur yang ada dalam arang dapat mengeluarkan kotoran seperti minyak dan benda asing di dasar kulit. Ia juga menyingkirkan bakteria dan toksin lantas membuatkan ia sesuai untuk mereka yang mempunyai masalah kulit berjerawat.

fakta khasiat arang dalam perubatan..
Penggunaan arang sebagai ubat bukanlah sesuatu yang baru. Sejak 1500 SM, masyarakat Mesir menggunakan arang sebagai penyembuh luka dan pembersihan usus halus selepas makan. Hippocrates (460 SM – 377 SM) iaitu salah seorang pakar perubatan Yunani, yang digelarkan "Bapa Perubatan", menggunakan barang kelam itu untuk rawatan pengidap epilepsi, klorosis, dan Antraks. Pada 1831, di depan pelajar di French Academy of Medicine, Profesor Touery melakukan demontrasi dengan minum racun strychnine yang dicampurkan butiran hitam asal pembakaran. Hasilnya, ia masih hidup dan menjelaskan arang penawarnya.
Jadi itu sebab kat Indonesia ada orang minum kopi hitam yang di celupkan arang panas. Mungkin ada alasan untuk faktor kesihatan jugak la kot. Kalau korang nak tengok macam mana kopi arang panas ni & banyak lagi benda2 pelik yang orang campur dalam kopi boleh tengok kat sini >&gt; 7 Benda Pelik Yang Orang Campur Dalam Kopi <<

Apapun setiap apa yang pelik tu ada alasan termasuk bahan pelik yang di campurkan dalam minuman. Takde orang akan buat benda tu saja2 nak cari penyakit kecuali orang tu memang ada niat nak bunuh diri atau mencederakan diri dia.

2 comments:

  1. kalau pandai buat kopi yang bubuh arang tu memang sedap..tapi kalau terlajak bubuh memang rasa arang je la..terus rasa sakit hati..hahah

    ReplyDelete
  2. Macam2 dorang ni, ..tdk taulah ada betul ke tidak.

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com