INILAH KARIPAP LAIN DARI YANG LAIN DI MALAYSIA

9/11/2015 11:08:00 AM suria lekatlekit 9 Comments

INILAH KARIPAP LAIN DARI YANG LAIN DI MALAYSIA.  Apa yang rare sangat setakat karipap tu kan?? Karipap je kot. Yelah.. memang la karipap ye tapi karipap ni aku confirm ramai yang tak pernah cuba lagi termasuk aku. Sebab tu aku kata rare. Benda yang tak banyak orang buat lagi kategori rare la kan. Bukan karipap angin hokay! Tu tak rare tu namanya karipap putar alam shah! Sebab menipu je kerjanya. Ni karipap bukan karipap menipu dengan inti angin hokay. Nak tahu teruskan pembacaan sehingga ke noktah terakhir.

Gambar karipap lawa ni google je ni. Bukan aku punya. Pinjam Jab tapi sekadar hiasan

Inilah karipap yang masih rare sebab belum di popularkan lagi. Karipap Bihun @ mee hoon pulak muncul. Gamaknya dah tak rare sangat kot makan karipap inti kentang,ayam,sardin,daging bagai tu. Setakat karipap macam tu bersepah jual kat tepi jalan & gerai2 kuih muih katanya. Ni karipap bihun @ mee hoon. Kau pernah makan? Tak pernah kan??

Karipap Bihun

Aku ni kan rajin membaca. Hari2 aku membaca & menulis. Asal aku baca je mesti dapat idea nak menulis. Pendek kata kalau aku baca je mesti aku tulis... Tadi terbaca satu artikel 10 kombinasi makanan & minuman. Macam mana di kombinasikan tu. Contoh macam karipap bihun @ mee hoon ni la. Karipap + Mee hoon @ bihun. Kita pun tak pernah terfikir nak buat karipap kombinasi dengan makanan2 lain sebelum ni selain kari daging/ayam/kentang, sardin ni kan?? Tak pernah kita rasa nak try tukar inti dia jadi nasi lemak ke,  mee goreng ke, spaghetti bolognoese ke kan padahal... boleh je. Yelah.. kadang2 kena ada seorang pencetus baru kita terfikir... Ooo... boleh rupanya gabungkan benda ni dengan benda ni. Rasa dia takde la pelik sangat. Lagipun karipap inti luar dia cuma tepung kan.. So, rasanya mudah nak padan kan inti dia dengan banyak jenis makanan. Maybe karipap durian atau karipap ais krim ke kan?? hahaha... mati la over idea aku.

Tu salah satu contoh dari 10 makanan & minuman yang telah di kahwinkan dengan makanan yang kita tak pernah terfikir rasanya boleh ngam sebelum ni. Kalau korang nak tengok apa 10 jenis makanan & minuman yang di kombinasikan boleh tengok kat sini. Mungkin memberi anda idea untuk menyediakan hidangan yang rare kat rumah. Manalah nak tau nak cuba makan ikan masin dengan strawberi pulak kan?? erkk.. macam pelik tapi memang ada tak caya tengok kat sini >> Kombinasi Menarik 10 Jenis Makanan & Minuman <<

Moral of the story.. menyediakan makanan @ minuman ni pun perlukan kreativiti jugak untuk buat menu kita sentiasa sedap & ada kelainannya. Nak2 lagi pengusaha makanan.. Inilah masa bereksperimen dengan menu2 anda.

9 comments:

  1. yelah...memang lain dari yang lain..akak tak pernah jumpa lagi karipap mee ni

    ReplyDelete
  2. KFC rice wrap tu pun tak gamak nak makan..karipap mihun lg le idok

    ReplyDelete
  3. katanya karipap ni berasal dr sabah..utk budak2 yg tak tahan pedas katanya, tp tak tau la..pakcik kawin dgn org sana tu la yg tau tu..

    ReplyDelete
  4. da pernah rasa. . mak cik kita selalu buat masa kenduri.

    ReplyDelete
  5. menarik 1st time aku tau natang ni .... natang akte ko eima... hahhaha kuih ...

    ReplyDelete
  6. Pebret aku ni taim d sandakan...pas gigit sket..cecah plak cili dlmnya..perghhhhhh..hahaha rasa mau buat plak ni

    ReplyDelete
  7. Kalau kat Sabah,ni antra menu breakfast yg mnjadi pilihan kitaorg..x kir masa pun sbnrnya..hihi...dia kena makan dengan sambal pedas..sambal dia buat drpd lada kecik,sedikit garam dan cuka..nyamann dimakan x kira masa..

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com