JEMAAH YANG HILANG DI MAKKAH RUSIAH SUAR DI SAHKAN MENINGGAL DUNIA

9/13/2015 08:34:00 PM suria lekatlekit 2 Comments

JEMAAH YANG HILANG DI MAKKAH RUSIAH SUAR DI SAHKAN MENINGGAL DUNIA. innalillahiwainnalillahirojiun.. Takziah kepada seluruh ahli keluarga Allahyarhamah Rusiah Suar,56 tahun berasal dari sungkai perak yang sebelum ni tersenarai sebagai jemaah yang hilang dalam trajedi kren runtuh di Kaabah dah di kenalpasti & di sahkan meninggal dunia. Sekurang kurang pemergian beliau di tempat yang baik & moga roh beliau di tempatkan di kalangan orang2 yang beriman.


Bagi ahli keluarga mungkin berita ni sangat2 menyedihkan.. Yelah siapa tak sedih kehilangan orang yang tersayang. Aku dulu Ayah aku meninggal pun bengkak biji mata sampai la selamat di kebumikan. Bukan tak redha cuma hati seorang manusia memang tak boleh lari dari rasa sedih bila orang yang kita sayang pergi buat selamanya. Namun bagi mereka yang terpilih untuk pergi dalam keadaan sedang melakukan ibadah di tanah suci makkah di depan kaabah.. Sesungguhnya sangat2 beruntung kerana menjadi insan terpilih. Bukan semua umat manusia berpeluang mendapat apa yang mereka dapat di hujung hayat mereka.


Sesungguhnya.. bergembiralah mereka2 yang di cabut nyawa dalam keadaan sedang beribadah. Siapa tahu saat semua dosa2 mereka di ampunkan nyawa mereka di ambil. Ya Allah cemburunya kita yang hidup & masih tidak tahu bila masanya kita akan di jemput pulang & dalam keadaan berdosa atau sebaliknya. Moga kita di matikan dalam keadaan yang mulia saat semua dosa2 kita telah di ampunkan.

2 comments:

  1. Alfatihah. Beruntung sangat meninggal di tanah suci Mekah. Bukan semua orang berpeluang begitu. Ada yang bermohon beria-ia pun tetap juga pulang dengan selamat....

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com