KATA KATA AKHIR SHAHEIZY SAM KEPADA JULIANA EVANS

9/07/2015 09:03:00 PM suria lekatlekit 6 Comments

KATA KATA AKHIR SHAHEIZY SAM KEPADA JULIANA EVANS. Sedih betul aku dok ikuti kisah depa dua ni sejak dua menjak ni. Kadang2 terfikir jugak aku.. andai kita ada satu peluang untuk bercakap dengan orang yang kita tahu akan pergi jauh selama lamanya gamaknya apa yang aku nak cakap. takkan nak cakap see U in jannah & good luck je kot. Tak tersusun kata kata kalau nak buat planning awal2 apa nak cakap. Kena secara spontan jugak berada di situasi tu baru boleh tahu apa yang keluar dari mulut aku masa tu.


Tapi kalau kita berada dalam situasi Shahiezy Sam ni gamaknya apa kita nak cakap kat Juliana Evans?? Dalam saat antara hidup dengan mati kadang2 kita boleh tercerita segala benda yang mungkin selama ni menjadi rahsia kita sebab kita takut kalau tak cerita sekarang mungkin kita takde peluang lagi untuk bercerita dengan orang yang kita sayang tu.

Tengok video Sam Meluahkan segala rahsia dia kat Juliana Evans yang tengah koma tu sedih pulak aku. Konon sampai ke hati la sangat punya feel. Kalau korang nak tengok kisah cinta Sam & juliana ni boleh tengok kat sini >> Pelangi Cinta Sam & Juliana <<

Apapun.. Jangan sia siakan peluang yang kita dapat. Hargai peluang yang ada. Jangan sampai satu saat bila semuanya dah semakin berakhir kita mengharap ada lagi peluang yang sama datang biarpun dulu berkali kali kita tak hargai. Sebab peluang pertama yang di lepaskan.. belum tentu menyusul peluang kedua apatah lagi ketiga.

Moral of the story.. Kalau kau sayang atau syok kat seseorang bagitau je.. Tak payah nak simpan2 sangat. Hahahaha

6 comments:

  1. Luahkan apa yg di rasa.. Hehehe.

    ReplyDelete
  2. saya pun nak sampaikan kata-kata terakhir tetapi tak sampai hati ia belum lagi berakhir..jadi simpanlah ia jadi kenangan

    ReplyDelete
  3. Saya adalah seorang yg xpandai luahkan apa yg terbuku dihati depan2..dlm sms jela yg mampu tu pun masih pk lg..

    ReplyDelete
  4. Kalu aku la kan.. memang akan banjir air mata 24jam, kesiankan dia, takut pun ada, bantu dia buat apa yg dia inginkan buat kali terakhir, yakinkn dia bahawa Allah swt tuhan kita yg berkuasa, redha dan berserah atas nikmat kehidupan selama ini. Beritahu dia orang yg beruntung kerna tau bila waktunya terhenti, bahkan kita sendiri manusia biasa, tak pasti bila akan kembali...

    ReplyDelete
  5. betullah kan...besok belum tentu ada untuk kita

    ReplyDelete
  6. Nak luah apa-apa, jangan tunggu esok lusa. Takut tak sempat katanya walaupun selalu dengar orang kata 'esok masih ada' :)

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com