KEPERCAYAAN KARUT YANG ORANG MALAYSIA BUAT UNTUK JIMAT MINYAK

11.9.15 Suria Lekatlekit 9 Comments

KEPERCAYAAN KARUT YANG ORANG MALAYSIA BUAT UNTUK JIMAT MINYAK. Sejak harga minyak macam biskut chipsmore.. sekejab naik sekejab turun ramai rakyat Malaysia mula membuat eksperimen sendiri cara penjimatan minyak. Macam2 tips di kongsikan untuk jimat minyak walhal secara logiknya tips yang takde kaitan pun. Depa rasa je macam jimat minyak tapi semua tu ilusi & silap mata. Kita je rasa macam jimat sebab mentaliti kita fikir cara tu menjimatkan padahal sebenarnya tidak.


Zaman minyak macam nyawa seorang manusia ni.. sedaya upaya semua orang cuba memastikan minyak yang dia isi kat stesen minyak tidak tersia walau setitik. Pernah tengok tak orang lepas isi minyak ketuk2 nozel pam tu nak pastikan minyak tu masuk dalam tank hingga ke titisan terakhir. Betapa berharganya minyak pada rakyat Malaysia. Sebab minyak terlalu berharga yang menjadi nadi kepada manusia maka terciptalah pelbagai kepercayaan karut & mitos untuk jimat minyak.

Salah satu mitos paling popular untuk jimat minyak.. kononnya isi minyak waktu malam & pagi sebab cuaca sejuk. Kalau isi masa siang dalam kepanasan cuaca Malaysia, ramai percaya minyak akan lebih tersejat ke udara. Jadi, memang rugilah. padahal minyak yang sedia ada dalam tangki bawah tanah tu memang dah sejuk. Tapi ramai yang percaya cerita dogeng ni. Isi pada waktu siang atau malam sebenarnya sama je.

Tu salah satu mitos paling popular di kalangan rakyat Malaysia. Sebenarnya ada banyak lagi mitos penjimatan minyak yang masih di amalkan. Mungkin anda salah seorang yang mengamalkan kepercayaan macam ni untuk jimat minyak. Nak tau banyak lagi perkara mitos & extreme rakyat Malaysia selalu buat untuk jimat minyak sila baca kat sini. Kalau korang ada buat pun diam2 sudah. Bukan ada sapa yang tahu pun.. kan? hahahaha >>  7 Perkara Ekstrem & Kepercayaan Karut Pemandu Malaysia Buat Untuk Jimat Minyak <<

Moral of the story.. Dalam hidup memang takde yang akan turun semuanya akan naik. Tak payah la panik sangat bila dengar minyak naik harga semua terus berbaris panjang kat stesen minyak padahal isi penuh tank pun bukan boleh tahan sebulan pun minyak tu.

9 comments:

  1. senang je nak jimat...isi penuh2 minyak...esok guna pegi pasar ke kerja ke jalan kaki..sumpah jimat

    ReplyDelete
  2. haahaha yeke same..sy antra yg percaya mitos tu

    ReplyDelete
  3. aku tak buat macam 2...
    sebab aku tak percaya benda tu...

    ReplyDelete
  4. Okje percaya bulat bulat yg bab isi minyak waktu mlm dan pagi tu Suria .....sebabvrasa mcm logiklah pulak hihi....kesian sungguhkan....

    Statement bawah tu sama dgn pemikiran husband okje. Dia mmg tak kuasa nak beratur panjang semata mata nak isi minyak mln sebelum harga naik

    ReplyDelete
  5. Sy pun percaya mcm tu, ada logik kot!!

    ReplyDelete
  6. Memang pelik la dengan sikap manusia bila tahu minyak akan naik..

    Kalau boleh saving sebulan dengan beratur panjang tu ok juga la kan..

    ReplyDelete
  7. Baru nak belajar2 pasal minyak ni sejak hasben bawak kereta.... kalau tak bodo sokmo pasal minyak.... hahahaha tapi pernah arr dengar mitos pasal isi waktu malam ke pagi ke sejuk so amat menjimatkan....

    ---- suka bau petrol waktu pagi & malam... amat menenangkan ^^

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!